Port bercuti ala-ala rumah kayu kampung siap dengan private pool hanya 40 minit dari Kuala Lumpur.
Sesuai sangat yang nak buat aktiviti keluarga sambil mandi manda dalam kolam renang. Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh buat family day, reunion ataupun lepak lepak tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk korang sekeluarga.
Nama : Teratak Sofea. – Special : Semua unit ada Private pool. – Unit bilik : Total hanya ada 3 unit sahaja.
Ads
Harga : bermula RM450+ – Unit stay : Ibu Mertuaku (Max 20 pax sahaja). – 3x blik dengan 1 queen bed + 1 single bed (9 pax). – 1x blik dengan 9 unit bunk bed (9pax). – 4x bilik mandi dengan tandas duduk.
Kemudahan disediakan: – Semua bilik fully aircond & kipas siling. – 1x unit TV LCD sahaja dibawah rumah. – Peralatan dapur yang lengkap. – Ada disediakan mesin basuh. – Selimut & bantal disediakan. – Mesin gosok baju disediakan.
Ads
Kemudahan asas untuk pengunjung : – Basikal untuk riadah disediakan. – Mesin minuman sejuk disediakan. – Mini taman & gelanggang sukaneka.
Kekurangan : – Tiada water heater. – Parking kereta yang limit. – Tiada towel & amenities. – Kawasan sekitar perumahan penduduk. – Unit yang sangat terhad, kene flexible pilih tarikh.
Ads
Total bintang kasi pengalaman stay: 5 Bintang
*Tidak sesuai untuk yang nak berdating berdua. resort ni khas untuk yg jenis berkumpul pada group yang besar sahaja. FB : Teratak Sofea No Telefon : wa.me/60122213636 Alamat : Lot. 1623, Jalan Manggis, Batu 9 Kg Medan, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.
Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:
Bunga Refflesia – Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii.
Salt Lick – Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan berkumpul menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Santuari Ikan Sungai Ruok – Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Jangan lepaskan peluang memberi ikan ini makan sambil ‘berenang manja’.
Air Terjun Sungai Kooi – Hanya setengah jam masa diambil untuk mendaki naik ke kawasan air terjun tinggi yang sangat cantik ini. Jangan lupa ambil gambar sebagai gambar kenang-kenagan.
Burung Enggang – Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.
Perkampungan Orang Asli – Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito.
Kem Royal Belum – Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Rainforest Resort – Antara penginapan yang selesa dan pilihan ramai untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Resort mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang.
House Boat – Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di atas House Boat ini seperti BBQ, memancing, berkayak, berakit dan karaoke.
Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kita selalu dengar, negara Arab adalah destinasi yang sentiasa bersuhu panas dan kering kontang bukan? Ini ada perkongsian menarik daripada seorang rakyat Malaysia, Puan Masnira Ramli yang kini menetap di tanah Arab tentang suhu atau cuaca di negara tersebut. Di harap dapat memberi sedikit info berguna buat semua.
Semalam dan kelmarin hujan di Makkah ini beserta angin kuat dan guruh. Itu tandanya perubahan musim telah bermula. Hari ini kita masuk ke hari pertama pada bulan Oktober.. Biasanya pada penghujung bulan October suhu akan mula menurun dan kemudian datang lah musim sejuk! Kemuncak musim sejuk di Saudi adalah pada bulan Disember dan January. Ia biasanya berlanjutan sehingga ke pertengahan bulan March. Bumi Saudi Arabia ini mempunyai geografi yang agak hebat. Jangan sangka di sini hanyalah padang pasir, kering, tandus dan panas. Bahagian selatan Saudi agak panas kerana sebahagian besar terdiri daripada gunung manakala bahagian utara agak sejuk. Oleh kerana kita sudah mahu beranjak ke musim sejuk dan seiring dengan visa pelancong yang baru dilaksanakan ini, saya nak kongsi beberapa tempat-tempat sejuk di sini! Jangan tak percaya tempat-tempat ini boleh mencecah suhu sehingga 0c atau lebih rendah lagi.
s1.
1. Turaif
Terletak di sempadan utara saudi. Turaif merupakan bandar paling sejuk kerana pernah mencecah sehingga -12c.
2. Sakaka
Di sini suhu pada musim sejuk boleh mencecah sehingga 0 darjah celcius
3. Abha
Abha berada di pertengahan gunung Sarawat. Mempunyai ketinggian 2,270m. Abha bukan lah merupakan bandar yang paling sejuk tetapi mempunyai suhu yang agak selesa sepanjang tahun.
4. Rafha
Merupakan tempat yang dekat dengan sempadan Iraq. Biasanya di sini ada salji pada musim sejuk.
5. Riyadh
Sebagaimana yang kita tahu Riyadh merupakan ibu kota negara Saudi. Kebelakangan ini, suhu di Riyadh pada musim sejuk mencecah sehingga ke 1 darjah celcius pada malam hari. Khabarnya kerana global warming.
6. Tabuk
Selalu nampak gambar salji turun pada musim sejuk di saudi kan? Kebanyakkannya adalah gambar dari Tabuk ni. Tiap-tiap tahun salji turun di sini.. Suhu boleh mencecah sehingga ke -4 c.
7. Arar
Arar pula berada di kawasan batuan kapur. Suhu sangat moderate dan tidak mencecah sehingga ke 0 c pada musim sejuk.
8. Hail
Sebuah bandar yang agak tinggi kedudukannya.. merupakan sebuah bandar pertanian. Suhu boleh menurun sehingga -10c.
Menarik kan tempat-tempat sejuk di Saudi ni. Mungkin saya juga perlu mula meneroka tempat-tempat menarik di sini. Malu nak bagitahu dah 8 tahun tahun menetap di Makkah, belum pernah pun explore tempat lain selain makkah, madinah, taif, jeddah sahaja.. kena atur startegi untuk cuti2 saudi pula lepas niii…! InshaAllah
s.
Rentetan dari status saya berkenaan musim sejuk semalam rupanya pada masa yang sama telah mencetuskan kebimbangan kepada jemaah-jemaah umrah yang bakal datang pada musim sejuk ini. Ramai yang komen & pm bertanyakan perlukah bawa winter gear bila nk datang umrah hujung tahun ni. Baca dengan teliti saya ada nyatakan bahawa tempat-tempat sejuk tersebut berada di kawasan utara Saudi Arabia. Bermakna kawasan-kawasan tersebut berada agak jaaauhhh dari Makkah, Madinah dan kawasan sekitar seperti Jeddah. Justeru, hari ini saya kongsi kan perbezaan cuaca di Makkah dan Madinah pula ya? Saya kongsi juga berkenaan Taif sebab ramai jemaah yang sudah merancang untuk ke Taif.
1. Makkah
Kalau dilihat dari sudut geografi, kota Makkah terletak di koridor antara 2 gunung. Bermakna ia terletak di kawasan lembah dimana masjidilharam merupakan tempat paling rendah. Makkah mempunyai iklim gurun panas.Oleh itu, apabila saya menyebut musim sejuk, Suhu nya tidak lah terlalu sejuk. Hanya sekitar 18-30 darjah celcius.. lebih kurang cuaca di negara kita sahaja cuma di sini kadar humidity/kelembapan sangat rendah tidak seperti negara kita yang mempunyai kadar kelembapan yang agak tinggi. Bahasa mudahnya adalah cuaca yang agak kering.
2. Madinah
Dari sudut geografi, kota Madinah terletak di dataran tinggi padang pasir yang dikelilingi oleh gunung ganang dan batuan. Berbeza dengan Makkah, suhu di Madinah lebih sejuk apabila musim sejuk dan lebih panas apabila musim panas. Pada musim sejuk suhu di Madinah sekitar 12 -25 darjah celcius. Suhu akan lebih sejuk pada tengah malam sehingga awal pagi. Namun tidak mencecah sehingga bawah 10c.
3. Taif
Taif pula merupakan kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland.. ianya terletak di lereng Gunung Sarawat yang berada di aras ketinggian 1879m. Taif juga merupakan pusat pertanian yang terkenal dengan bunga rose, buah anggur dan buah delima. Suhu di Taif agak sejuk berbanding dengan Makkah sekitar 8-23 darjah celcius pada musim sejuk dan juga menerima kadar kekerapan hujan yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, jika kalian datang pada kemuncak musim sejuk iaitu pada bulan Disember dan January boleh lah bawa pakaian lebih kerana di Madinah agak sejuk. Di Makkah biasa-biasa sahaja seperti di Malaysia. Kalau tak nak pakai baju yang tebal boleh pakai thermal wear bahagian dalam dan stokin dan cukup bagi saya. Ada pula yang minta Makkah turun salji! Kalau mengikut dari sudut geografi sangat mustahil perkara tersebut akan berlaku. Namun tiada yang mustahil dengan kekuasaanNya. Jangan lah doa macam tu.. kasihan orang lelaki yang dalam ihram nanti!
Cuba anda tanya kepada mana-mana pemandu tidak kira lelaki atau perempuan, mesti rata-rata daripada mereka akan dibayangi rasa takut apabila sedang memandu dan tiba-tiba lampu E menyala sebelum mereka sampai ke destinasi.
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan. Haru weyhh..
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini Libur sediakan sedikit panduan untuk anda.
Tanda aras minyak dalam bulatan merah.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
E bukan bermaksud empty
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
P/s: Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...