Pengunjung yang datang ke pantai Amroth di Pembrokeshire, Wales tidak dibenarkan untuk mengutip batu di kawasan berkenaan kerana batu-batuan yang berada di pantai berkenaan adalah benteng yang menjadi pertahanan semulajadi daripada hakisan laut.
Satu papan tanda amaran telah dinaikkan di pantai berkenaan, memberikan amaran bahawa mengalihkan batu-batuan di pantai tersebut adalah satu kesalahan dan sekiranya anda didapati bersalah, anda boleh dikenakan hukuman.
Kesalahan itu termaktub dalam Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.
Papan tanda tular yang diletakkan oleh individu tidak dikenali di Pantai Amroth, Wales.
Namun, memetik laporan oleh BBC, papan tanda berkenaan sebenarnya diletakkan oleh individu yang tidak dikenali tetapi perkara tersebut telah memberikan kesan positif kerana tiada lagi orang yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan di pantai berkenaan.
Ads
Setahun yang lalu, pantai berkenaan berdepan dengan krisis hakisan laut apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan dalam sekala besar.
Batu-batuan yang terdapat di Pantai Amroth, Wales.
Perkara tersebut tidak dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya mengambil sebiji dua batu tetapi dilakukan oleh orang dewasa yang datang menggunakan lori-lori yang besar.
Ads
Rasanya Malaysia pun boleh guna pendekatan yang sama dalam hal-hal menjaga persekitaran alam semulajadi macam yang dilakukan oleh orang-orang di luar negara.
Ads
Yang pertama, denda yang tinggi dan yang kedua, ada individu yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama membantu mencegah orang-orang lain daripada membuat kerosakan alam.
Pemandangan Pantai Amroth, Wales. Perhatikan batu-batuan yang terdapat di sebelah kiri gambar.
Libur cadangkan, denda yang tinggi untuk tangan-tangan gatal yang buang sampah merata-rata dekat kawasan rekreasi atau pelancongan ni dan yang kedua, rakam video dan saman dikeluarkan pada kenderaan yang diorang naik. Baru la tak boleh lari. Kan? Boleh ke buat macam tu?
Mengenang semula tempoh dua dekad yang gemilang, pada awal penubuhannya, Tourism Selangor telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pada 24 Februari 1994, ianya telah didaftarkan sebagai syarikat persendirian dan nama terdahulu, PNSB Realty Sdn. Bhd. telah secara rasmi ditukarkan kepada Tourism Selangor Sdn Bhd (Tourism Selangor) pada 14 Julai 2001.
Pada bulan Oktober tahun yang sama, Tourism Selangor telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Tourism Selangor merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sehingga tahun 2008 dan selepas itu telah berpindah milik kepada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) hingga ke hari ini.
Tourism Selangor telah meraikan ulang-tahun penubuhannya yang ke-20 pada 14 Julai secara maya menerusi “Tourism Selangor’s LiveTalk – Episod 2” yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor.
Sesi LiveTalk tersebut turut melibatkan barisan panelis; Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor.
Sambutan ulangtahun ini bukan sekadar sebagai sinonim sambutan tradisi, namun juga untuk menghargai dan memperlihatkan peranan, tanggungjawab dan pencapaian Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sepanjang dua dekad ini.
Dalam sesi sama, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan amanat beliau menerusi penyiaran sebuah klip ekslusif. “Sepanjang tempoh dua dekad usaha yang dipergiat oleh pihak Tourism Selangor dengan menjejaki kawasan pelancongan baharu serta mempromosikan tempat pelancongan menarik dengan kepelbagaian kebudayaan serta kualiti yang dimiliki Negeri ini, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 30 juta orang pelancong pada tahun 2019”.
“Ianya sekaligus membawa kesan ekonomi serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Negeri ini. Covid-19 memberi kesan yang sangat parah kepada industri ini.
“Namun, Negeri Selangor mempunyai pelan serta perancangan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Kita Selangor 1 dan Pelan Kita Selangor 2.0; di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan menerusi Pelan yang komprehensif bagi menarik pelancong ke Negeri ini.
“Justeru sempena ulang-tahun ke-20, semoga kita terus kekal berusaha mendepani segala cabaran untuk kembali menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan terbaik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Selamat ulang-tahun yang ke 20, Tourism Selangor”, tambah Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.
Manakala, Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri Selangor, serta turut dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan Negeri ini. Saya berharap, pihak Tourism Selangor akan menjadi tulang belakang kepada para penggiat industri di Negeri Selangor serta terus peka kepada kehendak industri dari masa ke masa”.
Menerajui Tourism Selangor bermula dari 1 Januari 2020 sehingga kini, Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor berkata, “Saya percaya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras atau ‘bench-mark’ ini. 20 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Tentunya pelbagai cabaran, rintangan serta momen suka dan duka telah dilalui oleh setiap pihak yang pernah mengemudi atau berkhidmat dengan Tourism Selangor”.
“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah terlibat dengan pihak Tourism Selangor secara langsung atau tidak langsung selama 20 tahun ini. Tidak dilupa juga kepada para Media yang sentiasa memberikan sokongan kepada inisiatif promosi pelancongan Tourism Selangor, Agensi Kerajaan dan Swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program dan Acara anjuran pihak Tourism Selangor, dan seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
image via FB Warga Wilayah | Sumber: SinarHarian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bangkok kota metropolitan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mempunyai pelbagai tarikan dan juga turut terkenal dengan aneka makanan enak serta barang-barang yang murah antara faktor menjadikan Bangkok destinasi pilihan pelancong dan juga pengembara.
Tak hairan kalau yang ramai ke sini semata-mata untuk food hunting dan shopping. Bagi Hamidah Hamdan kesempatan berkunjung ke ibu kota Thailand itu tidak dilepaskan.
Mempunyai agenda utama iaitu fanmeet dengan salah seorang ahli kumpulan 2PM, gadis ini tak lepaskan peluang untuk jalan-jalan dan makan-makan sambil membeli-belah. Turut disertai oleh ibu dan adiknya, Hamidah berkongsi beberapa maklumat yang boleh korang jadikan panduan bagi yang ingin ke negara Gajah Putih ini.
Jom ikuti perkongsiannya dan juga gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang percutiannya kali ini:
Short trip to Bangkok (6/8/2022)
Pergi : AA
Balik : MAS
Sewaktu mendarat :
Mula ingat semua flight turun BKK (Survanabumi) sebab ada kawan yang naik flight AA 6 pagi turun Airport Don Muang (DMK) dan saya naik flight pukul 11 lebih turun di BKK. Di BKK procedure agak mudah saya sudah siap-siap print certificate vaccine sepertinya sekali imbas dilihat, minta boarding pass dan tanya soalan berapa hari di sana.
Boarding pass saya kebetulan payah nak cari jadi sempat tanya pegawai kalau e boarding pass dia accept atau tidak dan pegawai cuma anggukan kepala untuk verifikasi namun akhirnya jumpa juga physical boarding pass .
Urusan immigration mudah dan ambil bagasi. Takde diminta scan bagasi dan terus keluar dari custom area. Airport survanabumi ni bagi saya luas lagi dari KLIA dan sibuk dia mcm di Doha / Dubai airport.
Telco
Untuk telco saya pre order DTAC dari KLOOK Rm28.89 -15GB untuk 8 hari. Nak ambil kena naik tingkat 4 bahagian departure di kaunter K (area check in british airways) sebelah KBank booth.
Kalau turun DMK opposite international arrival immigration. Tunjuk passport dan pekedai akan tolong install simcard dalam phone.
Tempat tinggal
Saya stay di Noursabah Boutique Bed Bangkok di kawasan petchaburi soi 7. Ke BTS Phaya Thai pun dekat senang nak berjalan sekitar Bangkok. Jika ke sini menaiki airport railway train boleh turun di station Phaya Thai. Pilih kawasan ini atas rekomendasi dan boleh muatkan 3 org satu bilik kerana kejiranan muslim jadi mudah makanan halal sekeliling tempat tinggal.
Hotel sangat bagus dan bersih. Pekerja hotel siap kirakan waktu sesuai saya balik dengan airport transfer supaya cukup masa check in, immigration dan kastam.
Kalau rasa hassle pilih grab yang ada pelbagai pilihan dari airport ke hotel atau destinasi lain. Berpeluang rasa dari kereta mewah sampai van pelancong pun ada yang jemput.
Ada satu lagi kawasan Ramkamhaeng dimana ada hotel meroz inipun saya dpt review bagus serta mudah untuk pergi makan termasuk restoran bingsunom dan restoran sophia.
Membeli belah
Chatucak lebih pada pelancong. Pilihan saya Pratunam Night Market masih mood seperti dulu nak cari baju copy ori. Jodss fair lebih pada jalan jalan suasana ala ala tapak urban street dekat KL tapi ada jual barangan lain selain makanan. Bangkok meriah adanya.
Dilihat Bangkok hari ini dengan jejak kali pertama 2011 sangat berbeza. Pilihan makanan halal lebih pelbagai. Ramai dari Selatan Thai maka komunikasi lebih mudah seperti pekerja airport, di Seven Eleven dan tempat lain.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...