Ada masanya teringin sangat nak makan juadah dari Penang yang memang terkenal Sebagai syurga makanan. Nasi kandar Hameediyah, Mi Goreng Sotong Hameed Pata, jeruk Pak Ali antara yang sering menjadi pilihan pengunjung ke Pulau Mutiara ini.
Tapi kekangan masa dan faktor jarak yang agak jauh menyukarkan kita untuk realisasikan hidangan tersebut. Namun jangan risau kena ada berita baik untuk korang yang berada di Lembah Klang, platform penghantaran makanan airasia Super App bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu.
Pilihan makanan termasuk pilihan menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.
Kredit foto: AirAsia
Dimasak segar dan dihantar terus ke Lembah Klang
Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan hanya RM5.99 setiap pesanan.
Ads
Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal.
Kredit foto: Penang Foodie
Ketua Serantau airasia food, Tan Suan Sear, berkata Malaysia terkenal dengan kepelbagaian juadah makanannya yang digemari dunia dan ada yang sanggup untuk merantau jauh untuk memenuhi keinginan mereka.
Ads
“Kami berhasrat untuk memenuhi keinginan anda dengan mudah sehingga ke hadapan pintu rumah dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar ini.
“Sebagai sebuah platform penghantaran makanan yang berada dalam ekosistem yang sama dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia, kami berbangga untuk memperkenalkan sesuatu yang unik dalam industri penghantaran makanan iaitu membawa hidangan dari seluruh dunia kepada anda.
Ads
Kredit foto:Penang Foodie
“Selain itu, matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
So lepas ni kalau craving je boleh terus order kat airasia Super App ni. Barulah surrrrr!
Sumber: BH Online
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tourism Selangor memaklumkan pejabat urusannya, program Royal Klang Heritage Walk Tour, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort dihentikan operasi untuk sementara hingga 31 Mac ini.
Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Segala aktiviti promosi pelancongan untuk Negeri Selangor selama tempoh tersebut masih diteruskan melalui saluran dalam talian dan digital. Kesemua lokasi pelancongan itu termasuk pejabat urusan akan dibuka seperti biasa pada 1 April ini.
Tourism Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama mengekang penularan wabak berkenaan.
Seekor biri-biri ‘berbadan bulat’ ditemui semula selepas tujuh tahun kelibatnya tidak dilihat dipercayai lari dari satu kebakaran di Pulau Tasmania, Australia pada Januari 2013.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 80 kediaman terjejas akibat kebakaran besar di Tasmania yang turut mengakibatkan kehilangan haiwan dan tanaman rosak.
Menurut seorang petani, Alice Gray, biri-biri betina diberi nama Prickles itu ditemukan di kawasan tanah miliknya dalam keadaannya yang berbulu lebat dan seakan bertubuh obesiti sebelum ditangkap oleh suaminya.
Foto: metro.coFoto: themercury.com.au
Biri-biri tersebut dilihat tidak selesa dengan keadaan bulunya itu, oleh itu petani terbabit bercadang untuk menggunakan bulu tersebut bagi membantu mereka yang dalam kesusahan berdepan pandemik COVID-19.
“Kami ada bercakap mengenai kehebatan Prickles dalam menjalani ‘kuarantin diri’ selama tujuh tahun itu dan juga memikirkan situasi kini iaitu COVID-19. Jadi, kami bercadang untuk mengadakan sebuah pertandingan meneka berat bulu Prickles dan hasil duit penyertaan akan disumbangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” lapornya kepada agensi berita BBC.
Foto: metro.coFoto: metro.co
Kata Alice Gray, kejadian kebakaran tujuh tahun lalu itu telah menyebabkan pagar-pagar di ladangnya turut musnah. Mereka terpaksa membina semula pagar dan disebabkan itu, dia dan suaminya percaya bahawa si Prickles biri-biri tersebut mungkin terperangkap di dalam belukar tidak jauh dari kawasan ladang mereka.
Saban tahun bila memasuki bulan Mac, akan berlaku jerebu. Kebiasaannya ia melibatkan pembakaran hutan secara terbuka oleh negara jiran bagi penanaman pokok baru. Malah isu pemcemaran rentas negara ini akan sentiasa berulang tahun demi tahun.
Terkini, beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pagi ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi, iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada jam 8.00 pagi ini.
Pemerhatian mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya) (sumber Bernama).
Jelas, dalam keadaan beberapa buah daerah mencatatkan IPU tidak sihat, diharap orang ramai menjaga diri dan tidak keluar tanpa arah tujuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...