Hari Ini Dalam Sejarah. Tiada Solat Jumaat Di Semua Masjid Seluruh Malaysia

Share

Semua masjid di seluruh negara akan menghentikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membantu negara untuk memutuskan rantaian virus COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Photo credit :KAMARUL AKHIR/AFP/Getty Images)

Jelasnya arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil di beberapa negara Islam lain, seperti Arab Saudi dan Kuwait. Minggu lalu, Perlis antara negeri terawal yang membatalkan Solat Jumaat di seluruh masjidnya.

Baca: https://www.libur.com.my/terkini-perlis-batal-solat-jumaat-hari-ini-digantikan-solat-zohor-dirumah-masing-masing/

“Patuhilah arahan yang dikeluarkan dan gantilah solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing, bersama keluarga. Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan pemerintah. Sekali lagi pesan saya, solatlah Zohor di rumah, InsyaAllah ada hikmahnya,” katanya.

Sumber: Bernama

IKLAN