Ramai yang memilih bercuti kala ini. Sekian lama berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masa untuk menenangkan fikiran dan bersantai-santai sebelum dilambakkan dengan kerja yang tidak pernah habis.
Namun saat teruja bercuti itu, hati-hati ketika booking apartment “direct owner” kerana tidak semuanya indah seperti kita harapkan. Kadang kala, jimatnya hanya beberapa puluh saja tapi servisnya mungkin tidak seperti kita harapkan.
Seorang ahli Geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi pengalaman agak pahit semasa cuba check ini di salah satu apartment di Bukit Bintang dalam percutiannya baru-baru ini.
Ini perkongsiannya:-
Last week aku book apartment di area Bukit Bintang dengan satu laman web yang glamer tu. Aku book apartment tu sebab rate 9.2. Ramai review apartment tu bersih. Lepas berjaya book untuk 2 hari, dapat harga RM 475.
Ads
Sejam lepas tu, tetiba dapat call dari nombor yang tak dikenali. Dia cakap dia owner apartment. Kalau cancel book kat web, book dengan dia direct, hanya bayar RM440. Aku pun cancel kat web. Aku cakap kat owner, aku akan check-in kul satu, 17/10. Check out 19/10. Owner cakap OK.
Tiba hari nak check in, aku pun tiba di apartment, jam 2.30 petang. Owner tunjuk apartment di tingkat 42. Wow view dalam bilik tu memang nampak view cantik, nampak KLCC dan KL tower. Ada 2 room.
Tapi sayang. Apartment tak clean lagi. Toilet utama ada bathtub tapi langsir tak ada. Cuma di cover dengan plastik yang separuh. Kalau mandi ke, mesti orang dari Blok B tu nampak. Memang tak secure.
Ads
Owner cakap lagi sejam setengah, cleaner akan bersihkan. So aku amik keputusan, pergi mandi kat pool apartment yang besar dan luas tu.
Kul 4.45 petang, aku naik ke apartment, tengok apartment masih kotor. Call owner. Tanya mana cleaner. Owner cakap nanti cleaner datang. Aku cakap kat owner, since dah 2 jam ni, kalau cleaner tak datang , aku nak check out sebab bilik semua memang kotor.
Nak solat Asar pun tak boleh. Dengan lantai yang perhabis dan kotor. Owner pun marah. Dia cakap kalau nak keluar, keluarlah. Ayat paling sakit hati di dengar dr mulut owner, ‘sister, you are muslim, i am muslim’. So apa masalah u muslim I muslim. Ishh geram aje.
Ads
Lantas, aku pun check outlah dari apartment tu. Nasib baik lah, duit RM440 tak di transfer lagi. Selamat. Bila dah keluar daria apartment tu dan yang kelakarnya after 15 minit, owner yang berlagak tu, mesej balik cakap, kalau nak masuk balik bilik tu, dia akan bagi rate RM400 sahaja untuk dua malam.
Ishhh tak de maknanya aku nak stay kat situ setelah dia menghalau tadi. No way. Owner ni foreigner. Dia cakap dia ada 41 buah apartment dalam pusat beli belah tu. Patutlah dia cepat-cepat call suruh cancel dengan booking dan order direct dengan dia. Dia nak elakkan bayar komisen ke laman web tu. Kalau direct book dengan owner, kita tak boleh bagi review. Ooo bijak bijak.
Bila tengok perangai owner nikan, teringat masa hampir-hampir jadi mangsa scam kat owner apartment kat London walaupun masa tu aku book apartment tu dari laman web tu. Jangan percaya kalau mana-mana owner contact balik suruh order luar dari website. Nasib baik aku tak kena scam. Nasib baik aku tak transfer lagi duit. Alhamdulillah.
Warga asing menggunakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor bakal dikenakan caj tidak lama lagi.
Banyak aduan diterima kebanyakan perkhidmatan bas percuma dipenuhi dengan warga asing. Susulan itu, kerajaan Selangor membuat kajian mengenal pasti mekanisme terbaik untuk mengenakan caj kepada warga asing.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini selaras dengan dasar subsidi bersasar diamalkan Kerajaan Negeri untuk dinikmati pembayar utama cukai kerajaan iaitu rakyat tempatan.
“Bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kita juga merangka kaedah baru sama ada pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, bas percuma ini akan mula mengenakan caj kepada warga asing. Ini juga adalah salah satu kaedah meningkatkan rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya.
Walau bagaimanapun menurut beliau, caj yang dikenakan kepada warga asing itu nanti adalah pada kadar berpatutan. Warga tempatan dan asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor akan dikenal pasti melalui kad pengenalan atau pasport bagi membolehkan caj dikenakan kepada pihak terlibat. Langkah yang masih dikaji mekanismenya itu diambil berikutan maklum balas pengguna Bas Smart Selangor sejak program itu dilancarkan.
Amirudin juga percaya langkah ini membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 60 peratus pengguna jalan raya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.
Jepun sememangnya sebuah negara yang mempunyai tarikan pelancongan. Memiliki empat buah pulau utama, jutaan pelancong melawat negara itu saban tahun bagi mencuba menikmati budayanya, pemandangan indah, berbelanja dan lain-lain tarikan. Ramai menyukai melancong ke negara ini kerana keunikan negaranya malah ia menjadi pilihan ramai ekspatriat.
Berkongsi kisah menarik pulau Okinoshima ditulis oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit ini.
Okinoshima adalah pulau yang dianggap suci oleh penganut Shinto. Terletak di wilayah Fukuoka, pulau ni sangat “rahsia” sebab bukan sembarangan orang boleh jejakkan kaki kat dalam pulau ni.
Okinoshima hanya didiami oleh lebih kurang 2 dozen sami Shinto dan setiap tahun hanya lebih kurang 200 orang lelaki saja dibenarkan masuk ke dalam pulau ini dengan syarat – tanpa pakaian .
Mereka perlu “sucikan” diri dulu dekat kawasan laut berhampiran sebelum masuk Okinoshima manakala wanita pula diharamkan terus dari jejakkan kaki ke pulau ni kerana dipercayai wanita tidak suci sebab mempunyai kitaran menstruasi.
Mereka yang dah masuk pulau ni pun, diharamkan bercakap pasal pulau ni dekat orang lain apatah lagi bawa keluar apa-apa benda dari pulau ni walaupun sehelai daun. Nelayan sekitar pun tak berani nak datang dekat dengan pulau ni. Sebab macam-macam cerita lagenda yang tak berapa best berlaku kalau seseorang tu yang langgar “pantang” ni.
Sebabkan status misteri pulau ni, ia dipercayai menyimpan lebih kurang 80,000 artifak yang kini jadi warisan negara Jepun. Walaupun pulau ni adalah tapak warisan UNESCO sejak tahun 2017, tapi ia tetap tak dibuka kepada umum walaupun ramai gesa. Bak kata ketua sami di Munakata Grand Shrine,
“Kami takkan buka Okinoshima pada umum walaupun ia adalah tapak warisan UNESCO. Orang awam tak patut datang hanya sebab sifat ingin tahu (apa yang ada dalam pulau ni)”
Biasa macam tulahkan, benda yang orang tak bagi itu lahhhh yang dia nak sangat. Rasa Tokyo Organic kena buat macam tu juga lah, kita jual dekat orang yang tak nak beli je.
Dari jauh nampak seakan salju putih yang jatuh di hamparan lautan. Semakin dekat, bau busuk mula menyapa. Beberapa pantai popular di Chennai India ketika ini dipenuhi dengan buih putih seakan buih sabun yang terhasil ketika membasuh pakaian.
Sungguh pun dikatakan beracun, ramai yang membanjiri kawasan tersebut untuk melihat fenomena ini. Kerajaan telah memberi amaran buih putih itu berpunca daripada pencemaran dan tidak selamat untuk didekati apa lagi untuk menyentuhnya. Buih racun ini dikatakan muncul setiap tahun setiap kali musim monsun. Penasihat perubatan memberi amaran buih ini paling buruk pada tahun ini dan menyebabkan masalah kulit serius.
Bagaimanapun, amaran itu langsung tidak dihiraukan oleh penduduk tempatan yang gembira dengan 'keunikan' tersebut. Meskipun dikatakan sangat bahaya, ia tidak menghalang orang dewasa mahupun kanak-kanak bermain dengan buih berbau busuk berkenaan. Kelihatan juga ramai yang merakamkan gambar dan ada juga yang berswafoto dengan latar belakang pantai yang putih.
Beratus-ratus keluarga miskin yang tinggal di sepanjang pantai itu pula hanya membiarkan kanak-kanak dengan gembira bermain dengan buih berkenaan.
Lembaga Kawalan Pencemaran Tamil Nadu berkata, pihaknya telah mengambil sampel buih itu yang tersebar beberapa kilometer di sepanjang pantai untuk dianalisis. Buih itu semakin banyak muncul dari tahun ke tahun dan dikatakan semakin tercemar dengan teruk.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...