Hati-Hati Penduduk Di Kawasan Tumpat Kelantan, Ribut Tropika Vamco Dijangka Melanda Hari Ini

Share

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Dalam kenyataannya bertarikh 15 November 2020, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.

Vamco adalah ribut paling berbahaya melanda Filipina tahun ini. Ribut itu membunuh sekurang-kurangnya 67 orang di pulau utama, Luzon sejak beberapa hari lalu dan menjejaskan kira-kira 1.7 juta penduduk di seluruh negara itu. Ribut Vamco turut membadai Vietnam semalam dengan merosakkan bangunan-bangunan dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang. Ribut itu tiba di daratan dan membawa angin selaju 90 kilometer sejam yang mengakibatkan pokok tumbang serta bumbung kediaman tercabut.

Foto: cnn.com

Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j). Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j.

Oleh itu ambil langkah berwaspada buat penduduk yang berada di kawasan berhampiran. Jaga diri dan amalkan keselamatan diri.

image via google | Sumber: Bernama

IKLAN