Bertempat di Element Kuala Lumpur, seni minum petang ARTEASTRY di perkenalkan buat media. ARTEASTRY ialah gabungan Art, Tea dan Pastry. ARTEASTRY merupakan kombinasi high tea yang sempurna untuk sesi berkumpul bersama keluarga dan teman ketika hari minggu.
Bertempat di aras 40 hotel mesra alam tertinggi, TRACE restaurant & bar menawarkan high tea dengan gaya artistik ditemani panorama ibu kota. Permulaan hidangan ARTEASTRY di dalam kotak bento kontemporari , dihiasi rumput sintetik dan kepingan slate berkilau.
Memenuhi kotak bento terdiri daripada Waffle bersama Salmon dan Crème Fraiche, Apple Duck dalam Savory Cone, Chicken Sliders dalam Mini Croissant bersama Tomato Relish, Tomato dan Basil Macaroon, Confit Portobello Mushroom dan Swiss Cheese Bruschetta. Tidak lengkap high tea tanpa scones. Teh Earl Grey Tea menjadi pelengkap scone yang dihidang bersama clotted Cream dan Strawberry Jam.
Ads
Istimewanya, ada persembahan seni yang menarik dari kebiasaan high tea yang dihidangkan menggunakan three-tiered cake stands. “The Red Splash” memberi kelainan pada high tea di sini di mana chef membuat seni dekorasi hidangan di atas meja anda. Sambil anda menghirup kopi atau teh, chef berkepakaran mempersembahkan seni menggunakan Framboise a la Mascarpone, Raspberry Confit, Raspberries, Meringue Sticks, Vanilla Soil, Sponge Fingers dan Mango Chutney.
Ads
Ads
Mengakhiri persembahan ini, tetamu dijemput memegang white chocolate sphere lalu memecahkannya di tengah hasil seni yang dilukis oleh chef tadi. Harga promosi ARTEASTRY ini ialah RM78nett untuk dua orang, bermula Oktober hingga penghujung November.
Selepas promosi harganya RM88nett untuk dua orang. ARTEASTRY high tea hanya ditawarkan untuk tetamu pada hari minggu (Sabtu & Ahad), dari 1.00pm hingga 5.00pm di TRACE Restaurant and Bar, Element Kuala Lumpur. Untuk tempahan boleh email element.kualalumpur@elementhotels.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang gemar mencari restoran yang menarik untuk dikunjungi, Heli Lounge pasti menarik perhatian dan memberi kepuasan berganda kepada anda.
Heli Lounge terletak di Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bagi mereka yang tinggal di luar dan tidak biasa dengan jalanraya di Kuala Lumpur, anda hanya perlu menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps, cari Menara KH atau Helipad Heli Lounge dan anda akan diberi tunjuk arah terus ke destinasi.
Sampai sahaja di destinasi, anda boleh memilih untuk parkir kenderaan sama ada di aras bawah atau menggunakan valet parking. Jika anda tidak pasti, anda boleh bertanya pada pengawal yang berada di situ.
Keluar sahaja dari lif di tingkat 34, ada penyambut tetamu di pintu masuk menyambut kedatangan anda. Jujurnya, muka penyambut tetamu tu memang nampak garang, tapi bila dah bertegur dengan dia, ramah sebenarnya.
Kedatangan saya yang pertama kali ke situ tak berasa kekok kerana layanan mesra yang diberikan mereka. Jangan terkejut pula, sebelum anda dibenarkan masuk ke dalam restoran, beg anda akan diperiksa terlebih dahulu sebagai salah satu prosedur keselamatan mereka.
Melangkah masuk ke dalam, pelayan-pelayan restoran menyambut dengan mesra dan menunjuk arah ke mana untuk duduk dan membuat pesanan. sama seperti restoran lain, anda boleh duduk di mana-mana sahaja yang anda suka.
Jadi, apa yang uniknya Heli Lounge ni berbanding dengan tempat lain yang pernah saya lawati?
Haaa, yang menariknya, lepas pesanan dibuat dan kita bayar, kita boleh naik ke kawasan helipad. Kena naik tangga ke 3 tingkat dulu baru dapat sampai ke kawasan helipad. Jangan lupa bawa makanan atau minuman yang anda beli tadi tu ke atas ya.
Sampai je kat atas tu, subhanallah.. memang sangat cantik pemandangan yang ada di depan mata saya. Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas adalah antara bangunan yang menghiasi ruangan langit di situ.
Terbentang luas deretan bangunan atau hutan konkrit di kota raya Kuala Lumpur sampai ke hujungnya. Yang membuatkan pengalaman itu lebih menarik adalah pemandangan 360 darjah sekeliling Kuala Lumpur.
Sayup mata memandang, terlihat kawasan bukit-bukau di Kuala Lumpur yang masih terpelihara. Tambah pula dengan warna langit biru dan calitan warna oren daripada matahari senja, memang cantik dan memukau mata siapa yang melihatnya.
Satu lagi yang anda perlu tahu, pelanggan Heli Lounge yang ada di helipad itu memang ramai. Meriah dengan muka-muka pelancong asing dari pelbagai negara.
Kalau anda nak duduk di meja dan menikmati pemandangan senja sambil minum air atau makan dengan tenang, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal terlebih dahulu.
Atau boleh juga anda menikmati pemandangan sambil berdiri dan berkenalan dengan pelancong-pelancong yang berkunjung di situ. Saya sempat menegur sorang dua pelancong yang datang dari German dan juga London. Vibe di situ memang sangat menenangkan.
Bagi yang beragama Islam, jangan risau nak solat dimana sebab ada kemudahan surau yang selesa disediakan di tingkat 5. Maklumkan sahaja pada pelayan yang berada di situ anda hendak ke surau dan ingin naik semula ke helipad.
Usai solat, tidak menjadi masalah untuk anda akan dapat naik semula ke atas. Anda boleh naik semula ke kawasan helipad dan menikmati pula pemandangan gemerlapan lampu-lampu neon Kuala Lumpur dan order lagi makanan atau minuman.
Rugi kalau anda tak cuba berkunjung ke Heli Lounge. Bagi saya, pemandangan di situ worth it. Kalau anda mendaki bukit atau gunung, anda dapat lihat hutan hijau yang cantik terbentang, kalau di Heli Lounge ini pula anda akan dapat lihat hutan konkrit terbentang cantik yang menjadi kebanggaan negara kita.
Waktu operasi:
Setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga pukul 3.00 pagi.
P/S: Bagi yang memakai tudung, selepas pukul 9.00 malam kawasan lounge akan bertukar menjadi kelab malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apabila sempadan negara dibuka, kesempatan tersebut memberi peluang kepada ramai pengembara yang sudah lama tidak bercuti untuk explore ke lebih banyak tempat-tempat yang ada dalam bucket list masing-masing.
Kesempatan yang ada digunakan sebaiknya untuk mengembara ke luar negara melihat sendiri keindahan negara luar yang ada tarikan tersendiri.
Berkesempatan bercuti secara solo backpackers ke Jerman, Izzuddin Pauzi berkongsi di Group Facebook Backpackers Buddies Malaysia itinerari lengkap perjalanannya selama 6 hari di sana.
Turut memberikan info dan maklumat serta senarai tempat yang menarik untuk dilawati, menurut Izzuddin, kunjungan ke ibu kota Jerman itu memang sangat menarik dan memberikan pengalaman baru yang cukup bermakna. Selain dapat melihat sendiri keindahan tempat yang ada, dapat juga belajar budaya di sana dan juga berkenalan dengan teman-teman baru tatkala menginap di hostel.
Ikuti perkongsian Izzuddin Pauzi:
Solo “Backpacking” di Germany
Ramai rakyat Malaysia sekadar “singgah” di Deutschland ini terutamanya di Munich kerana ianya berdekatan dengan Switzerland dan Austria.
Ibu kota Jerman, Berlin adalah semua bandar yang sangat menarik dan cantik. Penuh dengan sejarah, dari WW1 ke WW2 (Nazi Germany) dan juga Cold War di mana Germany terpisah kepada dua states, West Germany (backed by the US) dan juga East Germany (backed by the Soviet). Begitu juga dengan bandar Berlin (West Berlin dan East Berlin)
Saya spent 3 hari di Berlin dan 3 hari di Munich dan sudah tentu kesemua 6 hari masih lagi tidak cukup untuk merasai pengalaman sebenar di Germany.
Di bawah ini saya list kan itinerary secara ringkas sewaktu trip saya di dua bandar terbesar di Germany:
Berlin
Day 1
– Free walking tour activity (Reichstag, Brandenburg Gate, Murdered Jews Memorial, Berlin Cathedral, Museum Island, Checkpoint Charlie, Berliner Fernsehturm) -> Tour sekitar 3 jam 30 minit
– East Side Gallery
– Unter den Linden
Day 2 (Museum Day)
– Jewish Museum Berlin
– DDR Museum -> belajar tentang kehidupan di East Germany
– Topography of Terror -> semua tentang Nazi atrocities
Day 3
– Victory Column
– Lepak di sekitar Alexanderplatz
– 4 PM: Naik ICE train (bullet train) ke Munich, perjalanan sekitar 4 jam lebih. Ticket saya beli dalam 55 Euro
Munich
Day 1
– Free walking tour activity (Marienplatz, Victuals Market, Munich Residenz, St. Peter’s Church, Odeonsplatz) -> Tour sekitar 3 jam
Pada pendapat saya, tak perlu spend lebih masa di Munich. But for non-Muslim friends, this city is the capital of beer in the world and there is a lot of Beer museums in this city that you can pay a visit.
Perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain hanya lah dengan berjalan kaki dan juga menaiki public transport.
Sebagai tourist, saya pilih untuk ambil a day pass untuk public transport dan ianya valid untuk 24 jam berharga sekitar 9 Euro. Ada juga option untuk 48 jam.
Bagi saya, perkara wajib bila sampai di sesebuah bandar, getting myself lost in the city is actually a fun thing to do as long as avoid dodgy areas.
Dan juga join free walking tour. Yes, it’s free. Tapi ianya adalah tip-based tour, biasanya saya akan bagi sekitar 5-7 Euro. Boleh search di google seperti “Berlin free walking tour”, sekiranya perlu book tempat. Then boleh book dan pergi terus ke meet up point.
Usually, tour ni akan cover main places in the city and at the same time dapat belajar sejarah/explanation on that particular place.
Accommodation
Berlin -> The circus hostel (20 Euro/night)
Munich -> Euro Youth Hostel (18 Euro/night)
Hostel is the best place to make friends from other parts of the world. Saya travel secara solo dari Malaysia dan hampir setiap hari di sana saya bersama kawan dari hostel atau free walking tour.
Food
Di Germany, makanan halal sebenarnya mudah cuma pilihan mungkin tak banyak. Contoh makanan halal yang boleh dimakan seperti Doner Kebab, Durum, etc. tapi pastikan tanya dulu sekiranya makanan tersebut halal atau tidak atau google sahaja kedai makanan halal di sana, pasti jumpa. Restoran Indian dan Arabic cuisines juga banyak di sana.
I share more tips and information regarding my trips on my Instagram: @izzudinpauzi, videos and more pictures of Germany and other places are there too!
Dapat menjejakkan kaki ke salah satu negara Eropah pun dah seribu rahmat, apatah lagi kalau dapat travel ke negara-negaranya yang lain. Maklum sajalah, bukan semudah membalikkan telapak tangan untuk kita pergi melancong ke Eropah. Banyak persediaan yang perlu diambil kira sebelum hari untuk kita berlepas ke sana.
Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah itinerari ke mana lokasi tujuan kita di sana nanti. Adakah kita nak ke kawasan bandar atau ke kawasan luar bandar? Nak melawat tempat bersejarah atau nak melawat lokasi-lokasi yang lebih moden? Itu semua termasuk dalam persediaan yang perlu kita fikirkan.
Jadinya, Libur nak kongsikan satu itinerari oleh Mohd Fauzi Zakaria yang melawat kawasan perkampungan di 6 buah negara di Eropah. Itinerari ini menggunakan jalan darat, jadi kepada anda yang suka untuk melihat kawasan tempatan di sesebuah negara dengan lebih dekat, itinerari daripada Mohd Fauzi ini sangat sesuai untuk anda.
Kawasan perkampungan di sana tak kuang cantiknya, ditambah pula dengan cuaca di sana yang mempunyai empat musim, pastinya trip menggunakan info daripada itinerari ini akan memberikan pengalaman baru buat anda. Jadi jangan tunggu lagi, jom kita selidik apa perkongsian Mohd Fauzi ini.
Itinerary 10 Hari Roadtrip ke kawasan kampung cantik di 6 negara Eropah. (Austria, Slovenia, Croatia, Itali, Hungary, Slovakia)
Day 1: Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Bergantung pada waktu ketibaan. Sebaiknya cari flight yang tiba awal pagi, boleh terus ambik kereta sewa di level -1. Dapat kunci boleh teruskan perjalanan ke Salzburg melalui sebahagian jalan kampung yang dipanggil The Romantic Road.
Dari Vienna, ambik lebuhraya A1 sebelum exit ke jalan kampung 42, sebelum ke pekan Styers di laluan 122.
View kiri dan kanan memang cantik jika cuaca baik. Teruskan perjalanan sehingga ke Hallstat.
Di Hallstat, korang boleh naik ke Top of Hallstat dan terus ke The Salt Mine dengan bayaran 34 euro termasuk cable car.
Kalau ada banyak masa, boleh juga hiking. Ada trail. Then, dah puas ambik gambar kat atas, boleh pulak sambung bergambar di area rumah2 tepi tasik tu. View memang cantik.
Solat jamak zuhur dan asar kat area parking tu. Takde masjid dan surau kat sini. Jangan buang masa mencari dan cari alasan tak solat pulak. Islam tu mudah.
Kedai makan pun takde yang ada tanda halal kat sini. So, on the way ke sini, kalau jumpa pasar mini Billa atau seangkatan dengannya, beli la apa2 yang patut.
Dah setel, drive semula ke Salzburg dan bermalam di sana
Malam 1 : Salzburg.
Day 2 : Awal pagi, bergerak ke St Wolfgang Lake. Kat sini ada panorama train, tapi sehari sekali je. Start pukul 1150 pagi dan turun 1245 tengah hari. Harga tak cek pulak sebab tak naik. Sambil2 tu boleh jalan2 sekitar tasik di St Wolfgang ni.
Dalam pukul 2, patah balik ke Salzburg. Boleh ronda2 kat oldtown Salzburg. Kat sini paling famous ialah Mozart’s House.
Then, ada few attraction macam Salzurg Castle dan lain2.
Dah habis, terus balik semula ke hostel.
Malam 2 : Salzburg.
Day 3 Check out awal pagi. Destinasi utama hari ini ialah ke Kitzsteinhorn yang terletak di Kaprun.
Ia adalah pusat sukan ski yang famous dan merupakan puncak tertinggi di Salzburg.
Untuk sampai ke atas, kena ambik cable car dengan 3 kali tukar. Tiket return berharga 44 euro.
Half day kat sini.
Jika berkesempatan, boleh cuba laluan scenic road Austria yang dikenali sebagai Grossglockner High Alpine Road yang menghubungkan Bruck di bahagian utara hingga Heiligenblut sejauh 130 km
( laluan ini cuma dibuka pada musim panas je. Cek website dulu dan ada tol dikenakan)
Dan selesai 2 perkara ini, boleh check in di pekan Kaprun.
Malam 3 : Kaprun
Day 4: Selepas sarapan, akan bergerak menuju ke negara baru hari ini iaitu Slovenia. Untuk hari ini ada 2 destinasi yang akan dikunjungi iaitu Vintgar Gorge yang menjadi sebahagian dari Triglav National Park.
Bayaran masuk adalah 9 euro.
Kurang 15 minit pemanduan, anda boleh ke Lake Bled iaitu satu lagi Unesco Site di Slovenia
Malam 4 : Bled
Day 5 : Hari ini, sebenarnya agak santai. Anda ada beberapa pilihan. Yang pertama menuju ke Lake Bohinj sebelum ke ibu kota Slovenia di Ljubjana
Pilihan kedua lebih menarik iaitu memandu ke satu pekan kecil Slovenia yang menhadap Lautan Adriatik yang bernama Piran.
Selepas itu, mungkin boleh menjejakkan kaki ke sebahagian negara Itali di pekan yang bernama Triste.
Selesai bersantai di 2 kota ini, boleh menyambung semula perjalanan ke Ljubjana.
Dan boleh bersiar2 di malam hari di pekan di oldtown Ljubjana ini.
Malam 5 : Ljubjana
Day 6 : Hari ini pemanduan agak jauh iaitu dari Ljubjana ke Plitvice National Park di negara Croatia. Perjalanan sejauh 200 km mengambil masa levih kurang 4 jam selepas beberapa stop breakfast dan toilet
Jika bertolak jam 5 pagi, dijangka tiba jam 9 pagi. Tiket berharga 100 kuna. Sebaiknya, habiskan lebih kurang 4 atau 5 jam di dalam National Park ini.
Selesai di sini, sambung perjalanan ke ibu kota Croatia di Zagreb. Perjalanan sejauh 130 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Dalam perjalanan ke Zagreb, boleh singgah bergambar di kampung cantik bernama Rastoke.
Malam 6 : Zagreb
Day 7 : Setengah hari di sini bersiar-siar di sekitar ibukota Zagreb. Ada banyak restoran halal di sini. Jangan lupa ke Upper Town untuk saksikan panorama bandar Zagreb
Jam 2 petang selepas solat Zuhur menyambung perjalanan ke kota Budapest di negara Hungary.
Perjalanan sejauh 345 km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kesesakan di pintu sempadan.
Sebaik tiba, check in dan terus rehat
Malam 7 : Budapest
Day 8 : Hari ini seharian explore bandar Budapest. Kereta cuma park di hotel dan bergerak menaiki pengangkutan awam seperti Tram, bas dan metro. Day Pass berharga 4.5 euro dan sah selama 24 jam.
Jika ada bajet lebih, boleh naik cruise melihat suasana matahari terbenam di Dunabe River dengan kos 20 euro.
Malam 8 : Budapest
Day 9 : Trip sudah hampir ke garisan penamat. Hari ini memandu semula ke Vienna. Tapi dalam perjalanan singgah di kota Bratislava yang terletak di dalam negara Slovakia.
Berhenti rehat sambil melawat oldtown dan Bratilava Castle sambil makan tengah hari di sini.
Perjalanan bersambung ke kota Vienna. Selesai menghantar kereta di airport, masing2 bergerak ke ibu kota Vienna. Dari airport ke Vienna, ada 2 pilihan iaitu fast train dan slow train. Fast train dikenali sebagai CAT dengan tiket one way berharga 12 euro.
Pilihan kedua lebih jimat iaitu 24 hours tiket dari airport ke airport berharga cuma 11.60 euro. Pastikan anda naik train S7 atau mana2 Regional train yang berhenti di Wien Mitte.
Dari Wien Mitte, anda boleh ke Central Station menaiki metro.
Malam 9 : Vienna
Day 10 : Hari terakhir trip. Bersiar- siar di kota Vienna. Tak payah risau sesat sebab ada day pass. Kalau malas nak jalan kaki, duduk je dalam tram dan saksikan keindahan kota Vienna dari atas tram.
Jam 5 petang bertolak ke airport untuk flight lewat malam ke Kuala Lumpur.
Semoga membantu. Kalau rasa bermanfaat, dipersilakan copy. Tak payah minta izin. Jangan tanya berapa bajet sebab bab bajet ni subjektif.
Tapi for basic info :
Untuk penginapan, kalau hostel start dari 15 euro. Kalau hotel twin room, start dari 45 euro.
If kawasan bandar macam Zagreb dan Budapest, ambik yang jauh sikit dari bandar. Hotel murah dan kalau nak pusing2 town just guna day pass public transport atau uber.
Jimat masa sebab bandar besar jalan jamm dan parking pun mahal.
Untuk makan, letak je dalam 10 euro sehari.
Sewa kereta pulak, depends besar mana, manual atau auto.
Yang penting, jangan skip insurans full coverage. Memang nampak mahal, tapi demi ketenangan waktu travel.
Bukan ke kita diberitahu malang takde bau?
Harga minyak pula 1.2 euro seliter. Jangan isi kat Itali. Harga 1.5 euro.
Masuk highway ada yg tol berpalang dan ada yang beli kupon macam kupon parking ikut berapa hari kita kat sana.
Ada soalan? Kasi PM tepi, tapi kalau balas lambat harap bersabar.
Once dah jawab, silalah ucap terima kasih. Kita kan rakyat Malaysia, diajar sopan dan berbudi bahasa.
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...