Wabak pandemik ini betul-betul memberi impak buruk kepada masyarakat dunia. Seperti apa yang diramalkan, ramai penduduk dunia akan kehilangan pekerjaan lebih-lebih lagi buat sektor yang sangat terjejas. Tidak kira hebat bagaimana pun kerjaya anda, ia mungkin tidak bertahan lama dengan keadaan ekonomi ketika ini.

Itu yang berlaku kepada salah seorang juruterbang di Malaysia. Dulu terbang gah dilangit biru, kini terpaksa meneruskan hidup dengan berniaga di gerai. Beliau sebahagian daripada individu yang hilang kerjaya, punca pendapatan utama namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat bekas juruterbang ini, Kapten Azrin Mohamad Zawawi. Rutin hariannya kini berubah. Jika dulu sibuk di kokpit pesawat, kini sibuk memegang pisau di dapur.

Hilang Kerjaya Di Awan Biru Ketika Pandemik, Bekas Juruterbang Teruskan Hidup Berniaga Di Gerai. Salute! Hilang Kerjaya Di Awan Biru Ketika Pandemik, Bekas Juruterbang Teruskan Hidup Berniaga Di Gerai. Salute!

Hari sibuknya bermula seawal jam 6 pagi, hari-hari maka tiada cuti, namun berbekalkan semangat dan sokongan isteri dan keluarga tercinta, Azrin terus tabah menempuhi setiap dugaan. Kini, beliau boleh berbangga dengan gerai kecilnya, Kapten Corner di Boomtown USJ, Subang Jaya. Meskipun baru dibuka namun sambutannya cukup menggalakkan, kadangkala dia mengakui tak menang tangan dibuatnya.

IKLAN

Hilang Kerjaya Di Awan Biru Ketika Pandemik, Bekas Juruterbang Teruskan Hidup Berniaga Di Gerai. Salute! Hilang Kerjaya Di Awan Biru Ketika Pandemik, Bekas Juruterbang Teruskan Hidup Berniaga Di Gerai. Salute!

“Sebenarnya keluarga isteri memang dah lama terlibat dalam bidang masakan. Jadi, idea ini datang bila kedengaran khabar angin mungkin syarikat akan melakukan pemberhentian pekerja. Jadi kami berbincang dan pilih lokasi di sini berdasarkan nasihat dari rakan. Kami mula berniaga seminggu sebelum diberhentikan kerja. Boleh kata saya memang bersedia awal. Awal-awal memang kekok. Masa itulah belajar potong sayur, kupas bawang dengan cepat, semuanya baru untuk saya. Lama-lama dah biasa. Dulu masa bungkus kuah, sampai bengkak jugalah jari tapi sekarang bila dah biasa, nampak mudah saja. Syukur isteri dan anak-anak sama-sama bagi semangat untuk saya,” ujarnya.

IKLAN

Lebih 20 tahun menjadi juruterbang, tak dinafikan beliau sedih apabila mendapat surat berhenti kerja namun bagi Azrin, dia lebih sedih meninggalkan rakan-rakan seperjuangannya. Lebih menyedihkan, ada yang diberhentikan begitu sahaja ketika tiada apa-apa perancangan dan persediaan. Dalam pada itu, Azrin menasihatkan semua yang terjejas akibat COVID-19 khususnya terus bangkit kerana peluang ada banyak, cuma perlu dicari sahaja.

IKLAN

“Jangan putus asa, semangat kena tinggi sebab kita nak survive. Kita tak boleh putus asa, kena sentiasa fikir ke depan, kena fikir apa yang perlu dibuat untuk hadapi semua ini. Jalan terus, maju ke depan, usah pandang ke belakang,” nasihatnya.

Hilang Kerjaya Di Awan Biru Ketika Pandemik, Bekas Juruterbang Teruskan Hidup Berniaga Di Gerai. Salute!

Sumber: astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI