Ads

Raih Pengiktirafan Dunia, Hong Kong Bukti Destinasi Mesra Muslim Tak Semestinya Negara Islam

Hong Kong

Masih ramai pengembara Muslim masih teragak-agak untuk menjadikan Hong Kong sebagai destinasi percutian kerana bimbang mengenai status makanan halal dan kemudahan mencari ruang solat. 

Namun, tanggapan itu ternyata meleset apabila Libur melihat sendiri bagaimana kota metropolitan ini bersungguh-sungguh meraikan pelancong Muslim dengan kemudahan bertaraf antarabangsa.

Kesungguhan ini terbukti apabila Hong Kong meraih pelbagai pengiktirafan berprestij di 2026 Global Muslim Travel Index (GMTI) Awards oleh CrescentRating, termasuk menduduki tempat ke-2 bagi kategori Destinasi Mesra Muslim (Bukan OIC), tempat ke-2 peringkat global bagi Destinasi Mesra Pengembara Wanita Muslim (Bukan OIC), serta tempat pertama bagi Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Mudah Akses (Bukan OIC). Malah, kempen Jelajah Hong Kong turut dinobatkan sebagai Halal Travel Marketing Campaign of the Year.

Makanan Halal Diiktiraf & Peralatan Makan Diasingkan

Hong Kong

Perkara paling melegakan ketika meneroka Hong Kong ialah sistem pensijilan halal yang jelas dan dipantau rapi oleh The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong, iaitu satu-satunya badan rasmi yang mengeluarkan sijil halal di sana. 

Pengunjung juga mudah mengenal pasti kategori premis makanan berdasarkan label rasmi, sama ada restoran bersijil halal (Halal-certified restaurant), dapur bersijil halal (Halal-certified kitchen), restoran mesra halal (Halal-friendly certified) mahupun restoran milik Muslim (Muslim-owned restaurant).

BACA JUGA: Pulau Ketam Selangor, Kampung Atas Air Penuh Warna-Warni! Boleh Jalan Kaki, Naik Basikal & Makan Seafood Segar

Ads

Lebih mengagumkan, tahap sensitiviti terhadap keperluan Muslim sangat dititikberatkan sewaktu menjamu selera. 

Ketika menaiki Bauhinia Cruise dan menikmati sarapan pagi di Intercontinental Grand Stanford Hong Kong, pihak pengurusan turut mengasingkan set sudu dan garfu khas untuk tetamu Muslim. 

Langkah teliti ini memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan penuh kepada pelancong untuk menikmati hidangan tanpa rasa ragu.

Penginapan Selesa Dengan Kemudahan Ibadah Lengkap

Hong Kong

Urusan ibadah harian di bilik penginapan juga langsung tidak menyukarkan. Menginap di Intercontinental Grand Stanford Hong Kong, bilik yang disediakan lengkap dengan penunjuk arah kiblat, sejadah, serta risalah maklumat khusus mengenai panduan mesra Muslim di sekitar bandar. 

Ads

Kemudahan seperti ini membuktikan pihak perhotelan di Hong Kong memahami keperluan asas pengembara Muslim dan bersedia memberikan layanan terbaik sepanjang tempoh penginapan.

Ruang Solat Tersedia Di Taman Tema Popular

Hong Kong

Bagi yang gemar aktiviti lasak dan hiburan keluarga, Ocean Park Hong Kong yang turut menerima pengiktirafan Muslim-friendly Attraction of the Year menyediakan dua ruang solat khusus untuk pengunjung Muslim. 

Kemudahan ini sangat membantu kerana pengunjung tidak perlu tergesa-gesa keluar dari kawasan taman tema semata-mata untuk menunaikan solat fardu dan boleh menyambung semula penerokaan dengan tenang.

Ads

Menjejak Masjid Tertua & Syurga Dim Sum Halal

Hong Kong

Pengembaraan rohani dan budaya di Hong Kong menjadi lebih bermakna apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Jamia, masjid tertua di Hong Kong yang berdiri teguh sebagai simbol sejarah serta warisan komuniti Islam di kota ini.

Selain itu, kunjungan ke Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick wajib dimasukkan dalam senarai perjalanan. Bukan sahaja menjadi pusat tumpuan utama komuniti Muslim tempatan berkumpul dan beribadah, masjid ini juga menempatkan Islamic Centre Canteen yang terkenal dengan sajian dim sum halal yang asli, segar dan menyelerakan.

Secara keseluruhannya, gabungan kemudahan ibadah yang teratur, pengiktirafan antarabangsa serta keprihatinan tinggi daripada penyedia perkhidmatan tempatan menjadikan Hong Kong destinasi percutian yang selamat, selesa dan mesra buat pengembara Muslim dari Malaysia. 

Dengan adanya panduan melalui laman web rasmi Hong Kong Tourism Board, kini tiada lagi alasan untuk tidak memasukkan kota penuh warna-warni ini ke dalam senarai percutian anda yang seterusnya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Terbang 420 Meter Merentasi Hutan Di Putrajaya! Flying Fox Berkembar Ini...

Siapa kata nak cuba aktiviti lasak perlu pergi jauh ke kawasan hutan atau pusat peranginan di luar bandar? Rupanya di Putrajaya pun ada lokasi menarik...