Ada hotel ala Bali di Ipoh, tak perlu lah pergi jauh kalau nak merasa mood honeymoon macam luar negara. Dan nama hotel itu pun lpoh Bali Hotel di Ipoh, Perak.
Hotel Ala Bali Di Ipoh
Kalau ikutkan hotel ini sangat sesuai untuk honeymoon and sarapan pun sedap. Suasana hotel ini sangat tenang and cantik. Sesuai kalau anda nak release tension.
Rasa penat kerja boleh lah datang sini untuk tenangkan fikiran. Staff pun peramah sangat, senang nak tanya apa-apa.
Ads
Untuk sarapan anda boleh pilih nak makan apa. Nanti diaorang akan direct hantar ke bilik terus. Bangun pagi makanan dah ada dalam bilik. Tak perlu nak keluar untuk pergi sarapan.
Ads
Nak makan dekat luar bilik pun boleh sebab dekat situ ada meja dan boleh makan sambil tengok ikan dalam kolam.
Ads
Selain itu, kalau rasa nak ambil photoshoot wedding pun boleh tapi kena add on duit.
Lokasi:
lpoh Bali Hotel
12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 lpoh Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila dah banyak jelajah campsite, setiap satunya pasti ada tarikan tersendiri. Paling best bila campsite yang dilawati ada view paling epik untuk dijadikan kenangan. Bonus kalau ada kemudahan ekstra yang tiada kat campsite lain, selain layanan pemilik campsite yang cukup mesra dan baik.
Kali keempat ‘pacak’ khemah di Caribbean Campsite yang terletak di Yan, Kedah, Noorsuzaimi Noordin berkongsi pengalaman terbaru camping di sini. Menurutnya campsite ini turut menjadi tumpuan camper dari luar negara kerana lokasinya yang cukup cantik dan lain daripada biasa.
Berhampiran dengan jeti nelayan, camper boleh beli seafood murah dan jadikan bahan masakan, mesti syok kan layan view sunset sambil nikmati seafood segar!
Jom ikuti perkongsiannya:
CARIBBEAN CAMPSITE, YAN, KEDAH
Mencari ‘Jack Sparrow’ yang menghilangkan diri.
Campsite milik ‘Jack Sparrow’ Kedah ni sentiasa penuh. Kadang weekdays pun boleh penuh.
Sebab apa campsite di Pantai Ruat ni jadi rebutan? sebab boleh pijak pasir gebu dan layan sunset dengan view 3 pulau epik di Yan, Kedah. Kami sendiri pun dah kali keempat camping sini. Foreigner pun kerap datang. Setakat yang tahu dari Germany, USA, Slovakia, England dan lain-lain lagi.
Berkali-kali tanya, dapatlah tarikh weekday (khamis), 21 – 22 Julai 2022 (dpt 1malam je sebab esoknya full booking, tapi weekdays pun hambik kau penuh jugak). Milik Abang Zaki (Jack Sparrow) dan Kak Anna, memang peramah, sentiass tanya ok ke tak, nak tambah lampu tak, ada nak minta apa-apa tak.
Campsite ni unik sebab view hadapan nya adalah laut, boleh nampak 3 pulau epic di Yan, iaitu Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong (korang google sejarah pulau ni). View sunset dia superb (tapi tarikh sy pi cuaca tak berapa elok).
View belakang nya pulak view Gunung Jerai, waktu pagi sunrise, syahduuuu..
Ada pantai tapi tak boleh mandi sbb berlumpur. Jadi, untuk anak-anak kena bawa sesuatu untuk hiburan, contoh chess, jigsaw puzzle, bola dan sebagainya.
Bersebelahan campsite pula ada jeti nelayan, boleh beli seafood harga murah.
Booking cepat campsite ni 010-7988816 (Anna). Harga tapak RM30 – RM50 (ikut size tent), tak kira per head, tak kira parking. Semua tapak view laut tau. Katanya campsite nak tutup sekejap (tapi tak tahu bila) untuk tambak pasir bagi gebu lagi dan tambah toilet.
Special kat sini, CO akan bagi free ais, berlambak ais dalam tong merah, korang pergi cedok ja berapa banyak yang nak. Kalau ada rezeki, CO bagi air buah kelapa muda fresh. Layannn.. yang nk oo ot (ootd) pakai baju pantai siap topi gulung-gulung ala-ala nak ke Hawaii.
Sedikit ringkasan review :
Toilet bersih ada 3 pintu. Shower tak ada, jenis cangkung aja.
BBQ Pit dpt sekali meja plastic.
Sinki ada 2.
Parking berdekatan khemah.
Plugpoint dekat.
Surau jenis dangau tertutup.
Tapak campsite bersih.
Keselamatan – campsite berpagar.
Coverage telco semua ok.
Campercar / Campervan / Motohome sesuai.
Merupakan pusat pentadbiran yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan Malaysia, Putrajaya juga mempunyai banyak tarikan lain untuk korang beriadah dengan keluarga atau teman-teman.
Boleh piknik, jogging, buat aktiviti lain bahkan nak OOTD pun boleh dilakukan di tempat-tempat yang ada di Putrajaya.
Berikut 10 port best yang ada kat Putrajaya yang boleh korang explore, sehari memang tak cukup!
Putrajaya Steps
Naik turun 248 anak tangga je…kacang! Jangan salahkan Senah, kalau esoknya kaki korang jelly Kalau tak nak naik pun ambil je gambar di tingkat bawah.
Kelab Tasik Putrajaya
Hotspot untuk aktiviti famili. Ikan di sini sangat jinak, tak hairan ramai yang datang untuk beri makan ikan. Selain itu, korang boleh berkayak, bermain basikal, skuter dan berjogging. Makan pun sedap di sini
Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
Selain pusing ronda Taman Wetland yang luas, korang boleh datang ke sini untuk belajar mengenai alam dalam cara yang interaktif. Ada kolam 3D di sini, confirm anak-anak akan teruja.
Dibuka setiap hari kecuali Isnin (9 am-5 pm)
Pantai Floria, Anjung Floria
Best bawa famili ke sini, selain pemandangan yang cantik, korang boleh beraktiviti seperti kayak, bermain bot kawalan jauh, memancing, berkelah dan juga mandi manda di Pantai Floria.
Taman Cabaran Putrajaya, Presint 20
Peminat aktiviti extreme, di sini syurga korang dengan pelbagai aktiviti seperti Mountain Bike, Wall Climbing dan Skateboard. Caj yang dikenakan pun murah jer.
Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya merupakan tempat yang perlu dikunjungi apabila melancong ke Putrajaya. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di Asia.
Monumen Milleniam
Monumen Millennium adalah monumen kebangsaan kedua yang dibina di Putrajaya selepas Plaza Mercu Tanda. Berketinggian 68 meter, monumen berbentuk seperti peluru berpandu ini berdiri di dalam taman berkeluasan 25 hektar di Presint 2.
Sepertimana di kebanyakan lokasi di sekitar Putrajaya, monumen ini juga merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk berfotografi kerana anda dapat menyaksikan kemegahan jambatan Putrajaya serta melihat dengan jelas percikan warna-warni bunga api pada sambutan tertentu.
Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya pastinya memukau para pengunjung apabila tiba di lokasi ini. Keunikan taman ini sebagai lokasi pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep yang berbeza untuk dinikmati pengunjung iaitu konsep European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar.
Astaka Morocco
Nikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi bila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco. Di dalam taman ini, terdapat binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian di mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuklah ayat Al-Quran.
Taman Putra Perdana, Putrajaya
Sebagai bandar pintar dalam taman, tidak peliklah kenapa begitu banyak sekali taman yang ada di sekitar Putrajaya ni. Salah satunya adalah Taman Putra Perdana Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Pulse Grande Hotel, Presint 1 dan di tengah-tengah bulatan utama Putrajaya.
Di dalam taman ini juga terdapat sebuah mercu tanda berbentuk piramid iaitu Plaza Mercu Tanda yang didirikan untuk merasmikan bandaraya Putrajaya pada tahun 1995. Selain dapat melihat dengan lebih dekat binaan yang ikonik ini, anda juga boleh menggunakan teropong umum yang disediakan untuk melihat keindahan sekitar Putrajaya dengan sepuas hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sabah yang merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia mempunyai banyak tarikan yang cukup cantik dan indah. Ada antaranya yang belum lagi diteroka dan masih terpelihara.
Berkesempatan mengembara ke 27 daerah yang ada di Sabah membuka mata pengguna facebook yang dikenali dengan nama Helmi Baharum akan kecantikan yang ada di Sabah tiada tolok bandingnya dengan tarikan yang ada di negara luar.
Sempat juga berkongsi maklumat tentang beberapa perkara yang menarik yang ada di Sabah, apa yang dikongsikan juga memberikan gambaran lebih jelas tentang keindahan yang ada di negeri yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu.
Ikuti perkongsian Helmi Baharum semperna bulan keamatan tahun ini menjejak ke semua 27 daerah di segenap pelosok Sabah!
1 Bahagian Kudat: Daerah Kota Marudu, Daerah Kudat dan Daerah Pitas
2 Bahagian Pantai Barat: Daerah Kota Belud, Daerah Kota Kinabalu, Daerah Papar, Daerah Penampang, Daerah Putatan, Daerah Ranau dan Daerah Tuaran
3 Bahagian Pedalaman; Daerah Beaufort, Daerah Keningau, Daerah Kuala Penyu, Daerah Nabawan, Daerah Sipitang, Daerah Tambunan dan Daerah Tenom
4 Bahagian Sandakan: Daerah Beluran, Daerah Kinabatangan, Daerah Sandakan, Daerah Telupid dan Daerah Tongod
5 Bahagian Tawau: Daerah Kalabakan, Daerah Kunak, Daerah Lahad Datu, Daerah Semporna dan Daerah Tawau
6 Bahagian Ekstra* : Wilayah Persekutuan Labuan (Sumber Wikipedia)*
1 Lapangan Terbang Kota Kinabalu: Daerah Kota Marudu, Daerah Kudat dan Daerah Pitas, Daerah Kota Belud, Daerah Kota Kinabalu, Daerah Papar, Daerah Penampang, Daerah Putatan, Daerah Ranau dan Daerah Tuaran ,Daerah Beaufort, Daerah Keningau, Daerah Kuala Penyu, Daerah Nabawan, Daerah Sipitang, Daerah Tambunan dan Daerah Tenom
2 Lapangan Terbang Tawau: Daerah Kalabakan, Daerah Kunak, , Daerah Semporna dan Daerah Tawau, Daerah Lahad Datu
3 Lapangan Terbang Sandakan: Daerah Beluran, Daerah Kinabatangan, Daerah Sandakan, Daerah Telupid dan Daerah Tongod
4 Lapangan Terbang Labuan: Daerah Kuala Penyu,Daerah Beaufort, Daerah Sipitang
Bumbung puncak Malaysia: Dengan kewujudan Banjaran Crocker yang megah berdiri dengan struktur semulajadi paling tinggi di Malaysia berketinggian 4,095 meter meletakkan Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara secara geologinya. Sehingga kini saya hanya sempat untuk menerokai kawasan-kawasan menarik di sekitar kaki gunung sahaja, namun telah membuat tempahan hiking untuk ke puncaknya pada akhir tahun ini sebagai kemuncak lawatan ke Kinabalu.
Amazon of Malaysia: Sungai Kinabatangan yang menyusuri megah dan menduduki kedudukan sungai kedua terpanjang di Malaysia ini menyimpan khazanah tidak ternilai terdiri daripada flora, fauna dan khazanah sumber alam lain mejadikannya antara penumpang biodiversiti terbesar di Malaysia. Pengalaman menyusuri Sungai Kinabatangan membawa saya ke dunia alam semulajadi dengan lebih dekat di kawasan liarnya.
Gunung berapi tunggal di Malaysia. Ia di Tawau terdapat beberapa gunung berapi kuno dan saya hanya sempat ke Gunung Bombalai Tawau serta Ke Sungai Balung Tawau melihat bagaimana proses bentuk muka bumi yang membentuk formasi batu bersusun.
Pulau tercantik dan terbanyak di Malaysia. Dengan jumlah pulau hampir 400 buah pulau menjadikannya yang terbanyak, secara peribadi saya memilih pulau Bohey Dulang di Semporna sebagai tercantik terutamanya apabila air surut hingga membentuk formasi seolah-olah dulang air yang membiru. Selain daripada itu juga Pulau Banggi di Kudat merupakan pulau terbesar di Malaysia, pengalaman ke sini juga melengkapkan eksplorasi saya kesemua 10 pulau di Malaysia dengan dua diantaranya ada di Sabah, dan satunya lagi adalah Pulau Timbun Mata, Semporna.
Rumah dua tuan: Rumah dengan kedudukan dapur di Malaysia, manakala ruang tamu di Indonesia menjadikannya sangat unik. Lawatan pendek saya ke sini agak rumit kerana harus melalui beberapa mod pengangkutan dari Jeti Feri Tawau sebelum meneruskan perjalanan menaiki ojek motor untuk ke rumah ini melalui kawasan perkebunan sawit dan perkampungan di Indonesia.
Air Terjun tertinggi di Malaysia. Air Terjun Kadamaian di Gunung Kinabalu memiliki predikat sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun kerana ketiadaan akses untuk ke sini, saya memilih untuk ke Air Terjun Tawai di Telupid yang merupakan kedua tertinggi di Sabah dan pertama tercantik menurut saya secara peribadi, walaubagaimanapun untuk ke sini bukan perkara yang mudah kerana harus hiking sejauh hampir 13KM pergi dan balik.
Syurga Bunga Terbesar,Rafflesia: Hasil lawatan saya di Pusat Informasi Rafflesia Tambunan menemukan fakta bahawa Sabah merupakan negeri yang paling banyak taburan bunga gergasi ini, setakat ini saya hanya berpeluang untuk menjejaki bunga ini di Poring, Ranau dan saiz baka ini lebih kecil yang saya temui di Lojing, Kelantan.
Jalanraya tertinggi dan terlurus di Malaysia. Benarlah bagai dikata negeri ini berkedudukan di atas awan, terdapat jalan bernama Lebuhraya Kimanis-Keningau yang begitu curam sehingga terdapat Bukit Graviti dengan fenomena melawan daya graviti bumi. Selain itu juga jalan raya lurus terpanjang di Malaysia di Jalan Raya Apin-Apin–Tambunan tanpa keluk sejauh 19KM menjadikan pengalaman pemanduan saya lebih mulus namun terasa sedikit kebosanan kerana kurang mencabar.
Populasi lipas terbanyak di dunia. Gua Gomantong, Kinabatangan merupakan syurga bagi pencari sarang burung liar, namun pencarian saya adalah menemukan koloni lipas yang paling banyak di dunia di sini, dan yang paling penting keindahan lubang guanya sangat memukau pandangan mata.
Hagia Sofia-nya Nusantara: dengan sejarah yang sama dengan Masjid Hagia Sofia di Turki, menjadikan jalan cerita Masjid Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Kota Kinabalu saling tak tumpah kerana kedua-duanya dahulunya merupakan rumah ibadah Kristian, iaitu gereja,ini menunjukkan bagaimana kompromi masyarakat berbeza agama di Sabah terhadap satu sama lain, saya berpeluang untuk singgah solat berjemaah di sini.
Gunung Kinabalu dan kawasan di sekitarnya yang meliputi 3 daerah: Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.
Gugusan kepulauan Semporna, Semporna
Twin Blue Ring Blue Hole Reef, Lahad Datu
River Cruise di Sukau, Kinabatangan
Tanah Tinggi Rundum, Tenom
Air Terjun Tawai, Telupid.
Pengalaman menaiki keretapi di Rayoh-Tenom.
Bukit Bongol, Kota Belud
Gugusan kepulauan di Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu.
Pulau Banggi, Kudat.
Ranau
Semporna
Kinabatangan
Kota Belud
Tenom
Kudat
Kuala Penyu
Tambunan
Lahad Datu
Keningau
Ikan boulu yang merupakan set ikan yang dicelup tepung.
Amplang
Buah Tarap
Makanan laut yang sangat murah
Buah Dalit, iaitu buah durian isi merah
Kuih Cincin
Ambuyat, yang juga merupakan makanan Brunei
Kedai makanan segera, Jolibee
Kepak ayam
Air minuman kitchai ping (gabungan limau dan asam boi)
Kesimpulannya, hikmah Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun 2020 dan baru berakhir baru-baru ini memberi hikmah dan memberi ruang untuk saya menerokai tanah air sendiri yang terletak di seberang laut sana kerana kedudukan saya yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Kesempatan hanya melancong di dalam negara sahaja sebelum ianya diperluaskan lagi saya ambil sebaik mungkin untuk melengkapkan siri kunjungan saya ke setiap daerah di negeri Sabah dan saya telah membuktikan terutamanya kepada diri saya sendiri bahawa negeri Sabah itu memang sangat cantik dan saya akan menganguminya daripada dahulu, kini dan selamanya. Selepas ini saya merancang untuk berganjak ke impian seterusnya untuk ke semua daerah-daerah di Negeri Sarawak pula, semoga ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...