Pelancong dan sesiapa sahaja dianggap melakukan kesalahan berat sekiranya didapati merakam gambar atau berswafoto ketika pesawat sedang berlepas atau sedang mendarat berhampiran Pantai Mai Khao, Phuket. Biar betul ni?
Pihak berkuasa Thailand menjelaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati kerana mengganggu juruterbang dan keselamatan kesemua penumpang kapal terbang.
Mereka turut memberi amaran kepada pelancong bahawa ia adalah hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan mengikut Akta Navigasi Udara 1978 sekiranya pelancong atau penduduk tempatan masih berdegil. Manakala hukuman lebih ringan termasuk denda sehingga 40,000 baht (RM5,126) atau penjara sehingga 20 tahun.
Ads
Kebanyakan pelancong berkunjung ke situ untuk merakam gambar atau berswafoto di kawasan pantai dengan latar belakang pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang sibuk itu sebelum memuat naik gambar di akaun media sosial. Pantai Mai Khao, Phuket menjadi tarikan ramai kerana sudah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi mengambil gambar dengan kapal terbang dari jarak dekat. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, sehinggakan kawasan sekitar itu turut menempatkan pelbagai gerai jualan kerana penduduk tempatan akui pelancong sentiasa ramai berkungjung ke situ.
Ads
Namun tindakan itu menimbulkan kemarahan pihak lapangan terbang yang berjanji akan mendesak pihak berkuasa untuk menutup sebahagian kawasan pantai itu kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Ads
Mereka tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengundang bahaya tetapi tindakan itu dipercayai berpotensi memberi gangguan kepada juruterbang, sama seperti dron dan pen laser. Timbalan pengurus besar lapangan terbang, Vijit Keawsaitiam berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan satu zon larangan di bawah laluan pesawat untuk menghalang pelancong mengambil gambar terlalu dekat.
Akibat pemanasan global yang semakin teruk berlaku di dunia menyebabkan perubahan paras laut yang sangat ketara. Jiran terdekat kita Indonesia turut terkena tempias diancam dengan kehilangan beberapa buah pulau mereka
Negara kepulauan seperti Indonesia yang mempunyai jutaan penduduk yang tinggal di kawasan dataran rendah meliputi kira-kira 17,000 pulau. Terbaru, dua pulau kecil di Sumatera Selatan telah dikesan hilang dari pandangan ekoran kenaikan paras air laut akibat fenomena perubahan iklim.
Data didedahkan Forum Indonesia untuk Alam Sekitar menunjukkan Pulau Betet dan Pulau Gundul yang secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin telah tenggelam dan kini berada pada satu meter dan tiga meter di bawah paras laut. Kedua-dua pulau berkenaan tidak berpenghuni. Salah satu daripadanya, Betet adalah sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang.
Empat pulau lain di kawasan itu juga akan tenggelam kurang daripada empat meter di bawah peras laut jika tiada langkah penting diambil untuk menangani masalah kenaikan paras laut. Pulau tersebut adalah Pulau Burung yang kini berada pada paras laut, Pulau Kalong dan Salah Namo pula berada dua meter di atas paras laut manakala Pulau Kramat berada tiga meter di atas paras laut.
Terdapat 23 pulau kecil terletak di luar pantai timur Banyuasin di Sumatera Selatan. Sebahagian daripada pulau itu juga dikatakan tidak berpenghuni manakala Pulau Salah Namo mempunyai penduduk.
Penduduk Pulau Salah Namo telah engetahui kenaikan air akan berlaku di pulau tersebut dan beberapa penduduk telah berpindah beberapa meter dari kawasan asal. Kebanyakan penduduk yang berpindah di pulau tersebut pada 1970 untuk menjalani kehidupan lebih baik dengan menanam padi dan menjadi nelayan. Seterusnya pada 1990, mereka mempunyai ladang yang luas di hadapan rumah masing-masing bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan.
Hadir dengan hasrat merangsang ekonomi pelancongan serta mendukung inisiatif kerajaan merancakkan semula aktiviti pelancongan, Traveloka, Adiaplikasi Pelancongan untuk Asia Tenggara, telah melancarkan kempen sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2022.
Kempen ini yang akan berlangsung dari 24 Januari hingga 6 Februari 2022 bakal menyajikan pelbagai tawaran CNY serta penjimatan tambahan buat warga Malaysia.
Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara, Traveloka Malaysia, menyatakan bahawa musim perayaan secara tradisinya merupakan waktu yang dedikasikan untuk melawat dan meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan taulan.
Traveloka menawarkan kemudahan tempahan pelancongan saat akhir untuk membantu orang ramai mengunjungi yand tersayang sambil memastikan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ketat diamalkan ketika pandemik ini.
“Pada Tahun Baharu Cina kali ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan aneka tawaran istimewa untuk warga Malaysia bagi membolehkan mereka memaksimumkan penjimatan di samping mencipta kenangan bersama insan kesayangan mereka.
“Traveloka sedang menyediakan pelbagai tawaran dan promosi bagi penerbangan, hotel, tarikan pelancong dan banyak lagi, menjadikan detik yang diluangkan bersama insan tersayang lebih manis. Dengan itu, kami juga ingin menggalakkan para pelancong untuk mendahulukan aspek kesihatan dan keselamatan keluarga masing-masing dan individu di sekeliling dengan mengamalkan SOP seperti yang digariskan ketika melancong,” jelasnya lagi.
Pahang, Melaka dan Johor antara destinasi tumpuan pelancong
Sepanjang kempen ini, warga Malaysia akan disajikan dengan promosi jualan Tahun Baharu Cina Traveloka yang dirumus khas untuk para individu yang ingin pulang ke pangkuan keluarga, termasuk pelancong tegar yang ingin merebut peluang untuk mendapatkan tawaran-tawaran yang berbaloi bagi akomodasi, penerbangan, dan tarikan.
Traveloka juga telah mempamerkan beberapa destinasi popular yang sedang diberi perhatian oleh pengguna, ia termasuk Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, dan Langkawi.
Para pelancong dapat menikmati penjimatan setinggi 30% dengan membuat tempahan akomodasi mereka di Traveloka, berserta kupon bernilai RM888 bagi penerbangan, hotel, dan Xperience, segmen khas Traveloka bagi tempahan eksperiensial untuk memperkayakan gaya hidup para pelancong.
Kupon akan diagihkan sepanjang hari, dan kupon istimewa akan disediakan dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap hari, menggalakkan pelancong untuk merebut lebih banyak tawaran menarik apabila mereka membuat tempahan akomodasi bersama Traveloka.
Merealisasikan aspirasi kembara anda
Traveloka yang berpangkalan di Indonesia telah diasaskan pada tahun 2012 dengan misi untuk menunaikan aspirasi pelancongan dan gaya hidup para pelanggan. Sebagai jenama pilihan bagi para pelancong di Asia Tenggara, Traveloka diyakini oleh pengguna untuk menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting termasuk pemprosesan transaksi bernilai tinggi.
Ditunjangi oleh teknologi inovatif berpaksikan manusia – termasuk rekomendasi AI, ‘chatbot’ khas, serta model risiko kredit kami – Traveloka menawarkan pengalaman yang benar-benar komprehensif, lancar, dan lebih diperibadikan dalam industri ini.
Traveloka telah menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2015, menawarkan kemudahan untuk menempah penerbangan dan hotel melalui platform/aplikasi dalam talian. Sejak itu, Traveloka telah memperluaskan portfolio produknya di dalam negara, dimulakan dengan rangkuman pelbagai jenis tarikan dan aktiviti untuk membantu para pelanggan kami merealisasikan keperluan pelancongan mereka menerusi sebuah platform yang holistik.
Kini, Traveloka merupakan sebuah adiaplikasi pelancongan dengan misi untuk menunaikan aspirasi pelancongan dan gaya hidup para pelanggan, menawarkan sembilan produk dan perkhidmatan buat warga Malaysia seperti Penerbangan, Hotel, Xperience, Penerbangan + Hotel, Vila & Pangsapuri, Pemindahan Lapangan Terbang, Kereta Sewa, dan Pas JR Traveloka Malaysia merupakan satu-satunya adiaplikasi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Kuala Tahan adalah satu nama tempat yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya adalah lokasi yang menyimpan seribu satu khazanah flora dan fauna alam semulajadi.
Taman Negara Kuala Tahan turut terkenal dalam kkalangan penyelidik atau saintis alam sekitar sebab hutan yang ada di sini dianggarkan sebagai hutan yang tertua di dunia berusia lebih kurang 130 juta tahun, menjangkaui usia hutan yang ada di Amazon.
Selepas ditutup kepada orang awam pada 6 Oktober 2020 lalu sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes COVID-19, Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, dibenarkan untuk kembali beroperasi hari ini bermula 23 Oktober 2020. Keputusan itu, adalah perkara yang wajar memandangkan Pahang tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang terlibat yang dapat menerima permohonan kami supaya keputusan menutup sementara Taman Negara ditarik semula kerana kita sedang berusaha merancakkan semula sektor pelancongan negeri bagi membantu pengusaha resort dan pemandu pelancong. Jadi, keputusan baharu ini membolehkan orang ramai yang sudah membuat tempahan awal, bercuti seperti dirancang.
Pengusaha resort, pemandu pelancong serta pengunjung Taman Negara dinasihatkan untuk menghargai peluang itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menjaga aspek penjarakan fizikal. Untuk rekod, dilaporkan terdapat 170 pemandu pelancong, 38 pengusaha penginapan dan 17 agensi pelancongan di Taman Negara selain 78 pengusaha bot di Sungai Tahan dan 30 orang di Sungai Tembeling mencari makan dengan membawa masuk pelancong ke pusat rekreasi tersebut.
image via FB Taman Negara Pahang | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...