Kalau ke Pangkor memang wajib beli Ikan Bilis Mata Biru yang harganya memang agak mahal kerana kualiti dan rasanya yang terbaik. Namun apa yang menjadi fenomena penduduk di Pulau Pangkor sejak Jumaat yang lalu adalah apabila ikan bilis ‘kayangan’ ini timbul di darat.
Kejadian yang berlaku di Pantai Pasir Bogak menggemparkan penduduk di pulau bebas cukai itu. Malah ada yang mengatakan bahawa fenomena seumpama itu adalah pertama kali berlaku sejak mereka tinggal di situ.
sumber foto: Sinar Harian
Dalam satu rakaman video menunjukkan pengunjung mengutip ikan bilis segar di pantai berkenaan yang tular di media sosial pada Ahad.
Menurut laporan yang dibuat oleh Sinar Harian online, penduduk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Roslan Ahmad, 58, berkata, kejadian itu merupakan pertama kali berlaku sepanjang dia membesar di pulau berkenaan sebagai nelayan.
“Ini luar biasa tidak pernah berlaku pun sebelum ini. Hanya di pantai Pasir Bogak, pantai lain seperti Teluk Nipah tiada pula.
“Beberapa hari ini penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan memenuhi kawasan pantai mengutip ikan itu. Sedap direbus dan buat cucur ikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Ads
Ikan bilis mata biru yang naik ke darat di Pulau PangkorSumber foto: Video Viral
Menurutnya, kejadian itu mula disedari oleh rakannya yang ternampak biasan cahaya bersinar-sinar di pesisir pantai sekitar jam 8.30 malam.
“Bila dilihat dari dekat nampak ribuan ikan bilis berselerak. Kejadian ini mungkin berlaku disebabkan air pasang dan bulan penuh.
“Semalam ada juga penduduk yang menunggu untuk menyaksikan sendiri kejadian itu tetapi tiada ikan bilis yang naik. Sekali itu sahaja, lepas tu tiada,” katanya.
Ads
Roslan berkata, kebiasaannya ikan bilis ini ditangkap nelayan sekitar lima hingga 10 batu nautika.
“Ini rezeki buat penduduk dan nelayan setempat. Tidak dinafikan hasil tangkapan akhir-akhir ini tidak putus-putus.
Ads
“Saya menganggap ia satu tanda kebesaran daripada Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim berkata, pihaknya akan meneliti bagi mengetahui punca fenomena yang berlaku itu.
Jelasnya, satu batu nautika dari pesisiran pantai adalah zon konservasi kawasan pembiakan semua jenis ikan.
Sumber: Sinar Harian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming, ditemukan di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir
Serpihan kayu dipercayai rangka kapal dagang karam yang digunakan pada zaman itu turut ditemukan di lokasi yang sama. Kesemua bahan itu ditemukan di kawasan yang dikelilingi belukar dan lalang, secara berasingan dan berperingkat dalam tempoh dua tahun lepas oleh orang awam, termasuk kaki pancing sebelum dilaporkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara.
Antara artifak penting yang ditemui iaitu mata wang Kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu antara tahun 1488 hingga 1511, pecahan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Song, Yuan dan Ming, mata wang Portugis dan Belanda jenis VOC atau Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan bahan-bahan ini dipercayai ekoran perubahan aras air dan kerja-kerja penambakan laut di sekitar Pulau Melaka sehingga menyebabkan artifak itu terlihat di permukaan lumpur dan daratan. Peralatan khas seperti 'ground-penetrating radar' (GPR) digunakan bagi mengesan rangka atau serpihan lain artifak dan rangka kapal yang mungkin berada di bawah tambakan pasir itu. Setakat ini kebanyakan artifak, syiling dan serpihan rangka kapal ditemui di permukaan iaitu di atas tanah namun kita yakin terdapat lebih banyak lagi di bawah tanah dan mungkin ada artifak yang masih elok seperti seramik pada zaman tersebut.
Ketika ini, kawasan berkenaan akan ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja ekskavasi oleh Perzim dan Jabatan Warisan Negara kerana dipercayai banyak lagi penemuan artifak seumpama itu akan ditemui di sekitar kawasan berkenaan. Orang ramai diminta membuat laporan kepada Jabatan Warisan Negara bagi apa jua penemuan agar mematuhi Akta Warisan Kebangdaan 2005 (Akta 645). Menjadi satu kesalahan sekiranya sebarang penemuan tidak dilaporkan kepada Peruruhjaya Warisan atau pegawai daerah.
image via FB Muzium & Galeri Melaka | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti menunggang gajah adalah salah satu tarikan paling popular di kalangan pelancong yang datang ke Angkor Wat, Kemboja.
Walau bagaimanapun, aktiviti menunggang gajah yang dilatih khas untuk tujuan menarik minat pelancong ke tempat itu akan dihentikan sepenuhnya menjelang tahun depan.
Sekumpulan 14 ekor gajah yang dipaksa berkerja setiap hari membawa pelancong itu akan dipindahkan ke pusat konservasi dan pembiakan awal tahun depan. Perkara itu sudah disahkan oleh Jawatankuasa Kawanan Gajah Angkor Wat (JKGAW).
⚠️ TRAVIA ⚠️ Seramai 2.5 juta pelancong antarabangsa melawat Angkor Wat setiap tahun
Pada tahun 2016, seekor gajah di sana dilaporkan mati ketika sedang membawa dua orang pelancong mengelilingi monumen bersejarah itu seterusnya mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa akibat kejadian yang berlaku.
Dua tahun selepas itu pada 2018, satu petisyen berkenaan resolusi untuk menghentikan penderaan terhadap gajah di sana telah mendapat 14 ribu tandatangan dalam masa 48 jam selepas sekali lagi haiwan gergasi itu mati akibat kepenatan selepas membawa pelancong.
Menurut Pengarah JKGAW, Oan Kiry, aktiviti menunggang gajah di Angkor Wat akan dihentikan namum pelancong masih boleh berjumpa dengan gajah dan bergambar bersama haiwan tersebut di pusat konservasi dan pembiakan di mana haiwan tersebut bakal ditempatkan kelak.
Dianggarkan terdapat 70 ekor gajah yang dikomersialkan dan pakar mentakrifkan bahawa masih ada lebih kurang 500 ekor gajah liar di Kemboja.
Jumlah gajah di Kemboja dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara didapati menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat daripada pemburuan haram, pemusnahan habitat alam semula jadi dan konflik diantara manusia dan haiwan tersebut akibat pembangunan.
Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina baru sahaja dibuka semula kepada pelancong pada Oktober tahun lepas dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang sering menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal. Antara peraturan ketat yang diperkenalkan untuk makluman pengunjung dan penggiat industri pelancongan adalah:
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan Filipina cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Dikatakan hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’. Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun. Filipina berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’.
Pulau Boracay Pulau Idaman Kaki Selam
Pulau Boracay yang terletak di di wilayah Aklan, Filipina kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila tidak asing lagi kepada pencinta laut. Keindahan dan keunikan pulau ini menjadikannya sangat terkenal sebagai destinasi tumpuan mereka yang gemar menyelam dan mencintai alam sekitar. Kejernihan laut biru tanpa perlu menyelam terlalu dalam untuk menikmati keindahan di bawah laut tiada tandingan.
Percutian ke Boracay boleh disifatkan sebagai percutian yang menyenangkan dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam. Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti menyelam menggunakan helmet khas.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...