Sejak penularan Covid-19, arahan kuarantin sama ada di hospital atau di rumah dikeluarkan kepada individu yang disyaki positif Covid-19 atau individu yang baru pulang daripada negara berisiko.

Ia bagi mengekang penularan penyakit berjangkit itu yang diisytiharkan sebagai pandemik.

Menurut seorang Peguam, Syazlin Mansor sumber Sinar Harian

IKLAN

‘Individu Yang Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara!’ – Peguam

IKLAN
  • Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat dikenakan kerana boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • Bagi kesalahan yang dilakukan berterusan, individu yang disabitkan bersalah boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
  • Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
  • Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.

‘Individu Yang Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara!’ – Peguam

IKLAN

Sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI