Pusat beli-belah kejiranan yang serba lengkap, IPC Shopping Centre telah membuat pelaburan untuk menaik taraf dan mengubahsuai kelengkapan di dalam pusat itu bagi
menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa untuk para pelanggan. Penambahbaikan terbaru ini terus dibina di atas suasana menarik pusat itu, menjadikannya destinasi pilihan untuk keluarga dan rakan-rakan bertemu, mengeratkan hubungan dan berkongsi detik-detik yang tidak dapat
dilupakan.
Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, “IPC mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada komuniti di sekelilingnya selama lebih 18 tahun. Selaras dengan matlamat IPC untuk memberikan pengalaman sama seperti di rumah sendiri atau “Home Away From Home” kepada para pelanggannya, kami berusaha untuk terus menaik taraf pusat beli-belah kami dengan menambah baik perkhidmatan hospitaliti kami, menawarkan campuran penyewa runcit yang lebih meluas, dan menganjurkan lebih banyak acara mesra keluarga yang unik bagi menggalakkan penglibatan para pengunjung kami dan orang yang mereka sayang.”
Kemudahan Baru dan Dipertingkatkan
Sebahagian daripada langkah pengembangan pusat beli-belah baru-baru ini ialah penambahan sebuah eskalator serba baharu yang menghubungkan kawasan tumpuan utama para pengunjung di Aras LG1 (zon kluster makanan) dan Aras G (zon kluster fesyen). Penambahan ini akan memudahkan lagi pergerakan dan aliran trafik para pengunjung, dengan menyediakan lebih banyak lagi pintu masuk di antara Aras LG1 dan G.
Selain daripada itu, pembangunan ini turut melibatkan pengubahsuaian bilik keluarga dengan pencahayaan secukupnya, pemasangan lantai Medintone Armstrong (lantai anti bakteria gred perubatan yang bertindak mengawal jangkitan bagi memastikan keselamatan pengguna) serta sistem pengaliran udara yang khusus dan tercanggih yang mempunyai ciri-ciri penulen udara. Bilik penyusuan yang terletak di dalam bilik keluarga juga telah dinaiktaraf dan kini dilengkapi dengan kunci, memberikan privasi dan keselesaan kepada para ibu yang menyusukan anak mereka. Bilik itu turut dilengkapi dengan ruang permainan untuk bayi, singki, pemanas air serta mesin air panas dan sejuk.
Ads
Demi mengutamakan kesihatan dan keselesaan para pelanggan, sistem pengaliran dan penapisan udara di pusat beli-belah juga telah dinaiktaraf merangkumi semua ruang. Pokok-pokok semula jadi turut diletakkan di sekitar pusat beli-belah, menjadi sebahagian daripada hiasan dalaman untuk menggalakkan fitopemulihan (phytoremediation) dan bagi meningkatkan kualiti udara di dalam premis.
Berseronok dan Bermain di IPC Shopping Centre
Bagi menarik perhatian keluarga muda dan mencipta pengalaman bermain yang bermakna untuk kanak-kanak di dalam persekitaran yang bersih dan selamat, IPC telah membina sebuah lagi taman permainan yang serba baharu dan mempesonakan dikenali sebagai ‘Playland’ yang terletak di halaman Aras G.
Ads
Ia dilengkapi dengan pelbagai alat permainan termasuk gelongsor, terowong dan kawasan mendaki kecil yang disusun seperti sebuah balapan berhalangan mini. Permainan itu direka untuk mencabar kanak-kanak yang lebih berusia untuk menerokai ruang tersebut secara kreatif sambil bergembira.
Di taman permainan ‘Funland’ IPC yang terletak di Aras 2, beberapa set permainan dan panel interaktif bertemakan dinosaur telah dipasang untuk diterokai oleh kanak-kanak dan bergembira berjam-jam lamanya. Set permainan ini termasuklah spring rider, jongkang-jongket, gelongsor dan panel pendidikan di mana kanak-kanak boleh menerokainya dan meluangkan masa. IPC turut menggabungkan penyewa seperti Popular, Toys R Us, PONEY dan Happikiddo ke dalam ‘Funland’.
Ads
Penambahbaikan ini telah mengubah ‘Funland’ menjadi sebuah zon keluarga, untuk para ibu bapa dan anak-anak mencipta detik baru bersama-sama dalam persekitaran yang selamat, menyeronokkan dan mendidik. Tidak lama lagi, ruang ‘Funland’ juga akan dibuka untuk tempahan menerusi laman sesawang IPC untuk ibu bapa yang mencari sebuah tempat yang bersih, selamat, ceria dan meriangkan bagi meraikan majlis hari lahir anak-anak mereka.
Mengulas mengenai penambahbaikan terkini itu, Pengarah Pusat Beli-belah & Penggunaan Campuran Ikano Centres, Adrian Mirea berkata, “Setiap perkara yang kami lakukan di Ikano Centres sentiasa bermula dengan dan daripada pelanggan kami. Kami mahu memastikan bahawa para pengunjung dan komuniti kami dapat menikmati masa senggang mereka dengan baik, direalisasikan oleh perjalanan pelanggan yang serba lancar di semua tempat perjumpaan kami.
“Kami terus melabur dalam penambahbaikan konsep bagi memenuhi keperluan pelanggan kami di setiap lokasi. Setiap inisiatif menampilkan usaha kami untuk mencipta destinasi yang mampu menarik, memberikan inspirasi dan lebih banyak sebab untuk pelanggan setia kami kembali berkunjung hari demi hari.”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Perlis walaupun hanya satu negeri yang paling kecil di Malaysia, dan pembangunan di sana tidak serancak negeri-negeri yang lain, ia tetap terkandung pelbagai keunikkan tersendiri yang tak ada di mana-mana tempat sekalipun.
Sebagai contoh, jerami-jerami padi yang disusun dan diletakkan di kawasan bendang sawah di kawasan Masjid Behor Mentalon, Arau ini cukup menarik perhatian kepada peminat fotografi untuk mengambil gambar.
? TRIVIA Kawasan sawah padi yang terdapat di negeri Perlis ini adalah lebih kurang 20,000 hektar – MADA, 2016
Ini kerana keadaannya sama seperti jerami yang ada di Texas, Amerika Syarikat apabila lepas sahaja musim menuai gandum di sana. Jadi tak terkejut sekiranya lokasi ini mendapat jolokan sebagai Texas Malaysia.
Dengan teknik dan komposisi gambar yang betul, ditambah dengan talaan cahaya semula jadi saat matahari terbenam, betul-betul membuatkan panorama di sana sangat menarik untuk dikunjungi. Memang sama dengan keadaan di luar negara, padahal gambar-gambar ini hanya di ambil di Perlis sahaja.
? TRIVIA Jerami yang ada di sini agak sukar untuk ditemui kerana akan dibakar oleh pesawah selepas dikumpulkan
Yang datang mengambil gambar di sini bukan sahaja individu perseorangan atau berkeluarga, malah ada yang datang untuk mengambil gambar kahwin sebagai kenang-kenangan di dalam album perkahwinan mereka.
Membuatkan gambar-gambar di sana menjadi lebih unik adalah, pemandangan gulungan jerami yang banyak ini hanya dapat dilihat ketika musim menuai, dan bergantung kepada nasib sekiranya jerami ini masih belum dialihkan atau dibakar oleh pesawah.
⭐ PRO TIP Cari jerami padi ini ketika hari petang kerana cahaya matahari akan membantu anda mendapatkan gambar yang lebih cantik berbanding waktu-waktu lain
Jadi kepada anda yang memang gila untuk mengambil gambar-gambar jerami padi seperti ini, dapatkan sedikit infomasi berkenaan lokasi serta musim menuai di Perlis. Libur ucapkan, happy hunting your hay!
Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah membenarkan industri pelancongan kembali di buka kepada penduduk tempatan.
Terkini, Sabah sudah membenarkan semula kemasukan ke negeri itu setelah disekat sementara waktu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa 2 Jun 2020.
Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka yang datang ke Sabah daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba. Tetapi dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif. Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu. Bagi warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini.
Lokasinya yang tidak popular seperti tapak perkhemahan yang lain mungkin membuatkan ia tidak begitu dikenali ramai, tapi panorama yang ada di Campsite Santuari Ikan Air Tawar, Perlis ini memang cukup mengujakan.
Berada di kawasan Tasik Tasoh yang cukup dikenali ramai di Negeri Indera Kayangan itu, Farid Kamarudin yang berkesempatan camping di situ berkongsi pengalaman dan gambar sepanjang perkhemahan dia dan keluarganya.
Cukup tenang dan indah pemandangan yang dapat disaksikan tatkala sang suria menyinari bumi. Tasik buatan yang dijadikan empangan terbentang luas dihadapan tapak khemah, memang cukup membuatkan hati berasa tenang dan damai.
Tiada bayaran tapak dikenakan, namun ada beberapa kemudahan yang disediakan buat camper dan pengunjung yang datang ke sini.
Aktiviti yang ada kat sini juga memang sesuai untuk seisi keluarga, sambil-sambil camping boleh juga buat aktiviti bersama keluarga atau teman-teman. Memang best!
Camping Di Timah Tasoh, Bangun Pagi Layan View Cantik!
Hari ini saya nak berkongsi sebuah campsite yang mungkin ramai tak tahu, terletak disebuah negeri kecil di utara tanah air iaitu diperlis.. negeri yang penuh dengan kehijauan dan deruan air dari batu kapur.
Campsite ini antara campsite yang menawarkan panorama tasik ciptaan yang dijadikan empangan untuk menampung bekalan air kepada perlis…
Campsite santuari ikan air tawar perlis yang terletak ditasoh lake/atau tasik tasoh ..
Plug point : 6 ptg-7 pg
Toilet : 3 + bersih
Parking : parking dekat khemah RM10, luar Campsite percuma
Bayaran Tapak :
Bayaran/kepala : Dewasa Rm5, Kanak2 Rm3
CamperVan/Car/Rtt :
Tempahan : Walkin Online
Aktiviti : Berkayak Bot ronda Bagi Makan ikan Bermain dengan haiwan peliharaan Santai
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...