Berapa kerap anda berpeluang memandu di jalan raya sekitar Perlis? Kalau anda perasan, jarang kita jumpa atau dengar di berita atau dada akhbar kemalangan maut yang teruk berlaku di Perlis.
Disebabkan itu, Perlis diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya di negara ini dengan kadar kemalangan 0.3 peratus, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019. Menurut sumber Bernama, Polis Diraja Malaysia menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dan beliau berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.
Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Ads
Ads
Ads
Seperkara lagi, jalan raya disekitar perlis menawarkan banyak panorama yang indah pasti menjadi faktor pemandu di sekitar ini memandu dalam keadaan yang segar dan bersedia.
The epic ‘Federal Route 79’ atau ‘Jalan Ulu Pauh-Padang Besar’ yang menghubungkan Kangar dan Padang Besar (dan seterusnya ke sempadan Thailand). Jalan yang dikelilingi ladang tanaman ini terletak kira-kira 25 km dari pekan Kangar dan 15 km ke Padang Besar. Boleh la lalu sini kalau nak feel macam pergi negara ‘Mat Saleh’. Oh ya kalau nak datang sini, make sure cuaca elok dan sebaiknya datang pada waktu sunrise atau sunset untuk dapatkan lighting yang ‘cun’ (tak semestinya kena ada drone. Guna phone aje pun boleh). -Sumber Foto: Husaini Mohd
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Pernah viral beberapa bulan lalu, setelah beberapa foto gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range dikongsikan seorang gadis yang berkesempatan ke sini.
Pengunjung perlu mengambil pakej menyeberangi kawasan tadahan air empangan Bengoh seluas 127 kilometer persegi sebelum meneruskan perjalanan kira-kira 4.7 kilometer ke hilir air terjun. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. Sebahagian laluannya adalah curam dan untuk ke sana, mereka perlu melalui titian jambatan gantung yang terletak pada paras ketinggian 10 meter.
Dapat menjejakkan kaki di sini, pengunjung pasti berasa kagum dengan panorama Air Terjun Bengoh. Kawasan ini ada keistimewaannya tersendiri, seperti tasik buatan yang sangat menakjubkan. Destinasi ini telah ditemui sekitar tahun 1999 oleh penduduk kampung berdekatan. Melihat kepada potensi besar kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan, mereka giat menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk menyediakan laluan sesuai untuk pengunjung.
Ketika itu jalan yang ada adalah laluan yang biasa dilalui oleh penduduk kampung untuk ke pekan berhampiran. Laluan dahulu sangat teruk, oleh itu penduduk memperbaiki laluan agar pengunjung dapat melaluinya secara selesa. Kini, kawasan tersebut dilengkapi kemudahan asas seperti pondok istirehat, laluan berkayu dan tandas awam. Selain air terjun utama, terdapat juga beberapa air terjun kecil yang boleh disinggah sama ada untuk bergambar, mahupun untuk menyejukkan diri seketika.
Kalau datang Rock Village, anda mesti rasa teruja nak camping sambil layan kopi. Pemandangan memang memang cun yang amat ya, rasa macam bercuti di Jogja.
Cuba lihat pemandangannya, tenang emosi dan sejuk mata memandang. Bukan waktu pagi sahaja cantik, malah malam juga menarik.
Ada batu-batu di sekitar sini, namun yang menarik perhatian adalah tempat penginapannya. Nampak unik dan agak selesa. Yang nak santai-santai hilangkan lelah, memang berbaloi datang sini.
Nak bermalam di sini, plugpoint semua ada. Malam memang sejuk ya.
Yang minat OOTD tu memang boleh ‘ngam’ sebab kat sini siap ada orang buat prewedding.
Tempat ini berbatu besar kena dengan nama Rock Village.
Kemudian bila celik mata waktu pagi anda boleh nampak kepul-kepul awan bersusun dan kalau datang musim durian, anda boleh makan sebab ada dusun.
Owh ya, kopi kat sini sedap, jadi kalau nak cuba kena bagi sampai dulu lah ya!
LOKASI:
Rock Village, Kg Kura, Sik, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Kuala Koh destinasi pelancongan terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Ia tidak lah gah seperti Taman Negara lain tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan di tempat lain, misalnya terdapat lebih 350 spesies unggas yang boleh didapati dalam hutan hujan khatulistiwa ini.
Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar. Setiap pengunjung ke sini akan dikenakan beberapa bayaran untuk permit masuk, aktiviti lesen memancing sebanyak dan perlatan kamera
Canopy Walk
Laluan Canopy Walkway Taman Negara Kuala Koh sepanjang 420 meter menjadi tarikan pengunjung jika ke sini. Dibina dengan kabel besi dan jubah berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan. Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang kayu dipenuhi kabel dan tali. Laluan kanopi itu juga merupakan jambatan antara kanopi dengan hutan yang menghubungkan pusat pentas atau sekitar pokok.
Perasaan gayat pada mulanya ketika merentas laluan ini pasti hilang begitu sahaja setelah terpukau menghayati permandangan indah hutan menghijau dari paras atas. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang melintasi bawah Canopy Walkway di tanah seperti Kijang dan Babi Hutan.
Tubing
Bagi yang ingin merasa pengalaman meredah jeram di Sungai Neggiri, Gua Musang, Kelantan anda boleh mencuba di Taman Negara ini yang pasti menjadi kenangan paling berharga. Dengan bantuan nature guide berpengalaman, anda bersama tiub-tiub pelampung diturunkan ke sungai untuk memulakan ekspedisi.
Sebaik sahaja tiub-tiub hanyut ke arah kuala, anda akan disajikan keindahan alam semula jadi di sepanjang tebing sungai. Paling penting, jaket keselamatan hendaklah sentiasa dipakai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebahagian besar laluan adalah sungai berarus tenang yang memberi peluang kepada anda menguasai teknik mendayung. Kemahiran mendayung tiub perlu dikuasai bagi membolehkan seseorang itu dapat mengawal tiub dengan baik. Dihiburkan gemeresik kicauan unggas, keseronokan di tengah-tengah sungai dimeriahkan dengan keriuhan suara-suara pengunjung lain yang menjerit keseronokan.
Masyarakat Pribumi Kuala Koh
Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh. Kebanyakan pengunjung tidak akan melepaskan peluang melawat perkampungan yang terletak satu kilometer daripada pintu masuk Taman Negara tersebut. Keriangan anak kecil bermain bakal menyambut kedatangan anda. Keterujaan sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain pasti terhenti seketika jika dihulur bungkusan gula-gula atau jajan.
Masyarakat pribumi di sini merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa. Dahulunya mereka semua duduk di dalam hutan tebal kawasan Pertang. Sejak penempatan unit baru dibuka mereka berpindah di rumah batu didirikan. Walaupun rumah batu didirikan mereka masih mendiami rumah yang mempunyai ciri-ciri asal mereka.
PenginapanTersedia
Di Taman Negara Kuala Koh menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang berupa chalet dan juga bilik asrama. Manakala sebuah kafe, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan. Bekalan elektrik di sini agak terhad tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus. Lokasi untuk tapak perkhemahan juga turut disediakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...