Teruja pula tengok aktiviti lepas penyu di Villa Bari Loft yang terletak di Lot 486, Kampung Telaga Putat, Terengganu.
Ini jadi tarikan utama bagi pengunjung yang sampai ke negeri ini kalau menginap di sini, syok!
Villa Bari Loft Terengganu Unik
Penginapan unik ini berhampiran Pantai Telaga Papan yang menjadi persinggahan penyu untuk bertelur.
Menariknya, pantai privasi di hadapan kawasan vila seluas 1.2 hektar tersebut menjadi pusat pemuliharaan penyu menjelang bulan April hingga September setiap tahun.
Ads
Aktiviti melihat anak penyu yang dilepaskan ke laut menjadi pakej laku keras buat pengunjung yang datang berlibur ke Terengganu.
Tak perlu pergi jauh, hanya jalan kaki saja dan anda boleh lihat kawasan pantai yang digazetkan untuk pemeliharaan penyu di bawah pemantauan WWF Malaysia.
Ads
Anak Dapat Lihat Penyu Bertelur
Kawasan ini kena tutup lampu supaya tak mengganggu habitat penyu untuk bertelur. Paling seronok, sudah tentu kanak-kanak sebab dapat lihat anak penyu secara langsung.
Ads
Berkongsi keunikan penginapan yang menerapkan nilai seni bina Nusantara dan Malaysia itu, pemilik villa ini percaya setiap elemen lain daripada lain mampu memikat jiwa pengunjung.
Rumah Sasak Lombok, misalnya merupakan rumah tradisional suku Sasak di Pulau Lombok dengan reka bentuk unik, dengan bumbungnya dibuat daripada jerami dan rumput alang-alang.
Jadi kalau anda rasa nak bercuti ala Bali, datanglah ke Terengganu dan menginap di Villa Bari Loft.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman mengejutkan ramai pencinta binatang di sana.
Laporan awal kebakaran di zoo yang dikenali sebagai Krefeld Zoo berpunca daripada percikan bunga api yang terkena kawasan zoo itu ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 yang lalu. Percikan itu terus menjilat dengan pantas sebahagian kawasan zoo dan menghasilkan api yang besar.
Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung. Jurucakap zoo tersebut pula berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.
Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet. Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.
Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan. Orang ramai dilihat membanjiri kawasan zoo dengan meletakkan jambangan bunga dan bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mana nak cari homestay menarik di negari bersejarah dengan harga terbaik? Cuba anda menginap di Fazzayn Villa Melaka. Orang kata best!
Homestay ini memang puas hati, siap ada motor home untuk disewa jalan-jalan ke pantai . Terletak di Tg Minyak Melaka, lokasi hanya 15 minit je ke pusat bandar.
Rumah berwarna hijau ini mempunyai peralatan lengkap jika anda mahu masak dan buat bbq bersama keluarga. jadi boleh lah melepak dalam homestay kalau malas nak keluar. Pun dah puas hati!
Suasana homestay ini dalam kampung siap ada private pool dan anda boleh sarapan di situ ala Bali. Menarik, bukan?
Tenang layan persekitaran yang luas dan kemas, anda boleh berehat naik buai yang ada di situ.
Apa yang penting harga murah dalam RM900 sahaja dengan total 5 buah bilik. Cukup berbaloi datang dengan keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.