Banyak kali berjalan ke belah Utara tetapi belum tentu tahu tempat best. Okay jom baca itinerary ke Penang kejap, senang anda nak bergerak dan berhenti bila tahu tempat menarik.
Mestilah suka masuk negeri ini sebab makanan pun sedap-sedap, bak kata saudari NDream, kalau ingat balik rasa syahdu.
Dengan perkongsian ini, harap dapat membantu anda untuk berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang.
Komtar- the top
Check in @Hotel Lone Pine
Dinner @Mohamad raffee nasi kandar (boleh grab kalau malas keluar)
Hari Kedua
Ads
Breakfast @Hotel
Explore Penang hill
child(4-12)- RM8
adult(13-59)- RM16
The habitat
Kopi hutan
Ice Kacang
1 Lunch @Kapitan Restaurant
Explore Armenian Street, Penang street art, Cheong fatt tze the blue mansion, Kapitan keling mosque, food museum
– Dinner @Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama
*Pasembur King (Hussain), kerang bakar, rojak buah, CKT,
Hari Ketiga
Ads
-eEntopia
1 Lunch @Sulaiman Nasi kandar.
Tutup pukul 3pm, burngkus makan di hotel.
Back to hotel, mandi pool dan lepak pantai
Hari Keempat
Breakfast @Hotel
Brunch @Hutton Lane Roti bakar (tutup 2pm)
Explore Homestay Kampung Agong
Haa… nampak best, bukan? Tempat menarik dan yang penting banyak makanan sedap yang anda boleh layan. Barulah betul-betul healing!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak bangunan bersejarah yang telah diubah suai menjadi tarikan pelancong, terutamanya hotel dan rumah penginapan.
9 hotel yang kami senaraikan ini terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut.
1. Hotel Russell, Australia
russell_hotel_aust_2379832k
Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh roh seorang kelasi. Pekerja hotel juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam. Menariknya, hotel ini turut menawarkan lawatan hantu bagi pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut.
2. Hollywood Roosevelt, US
Hotel yang menjadi mercu tanda Los Angeles ini pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan ternampak seorang wanita berambut perang di dalam cermin yang ditemui di suite lama aktres tersebut. Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928 yang pernah didiaminya.
3. Bourbon Orleans, US
Hotel ini dikatakan mempunyai ramai penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai rumah anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam. Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan endiami aras tiga dan enam hotel ini.
4. Anchorage Hotel, US
Seorang polis bernama John J “Black Jack” Sturgus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri, hanya beberapa langkah dari hotel. Khabar angin mengatakan bahawa rohnya akan kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.
5. Fairmont Banff Springs, Kanada
Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tamu. Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya. Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.
6. Hotel Langham, London
Hotel yang pernah menempatkan ramai saterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni alam ghaib. Paling kerap dilihat ialah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333, yang hanya muncul pada bulan Oktober. Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera berdiri di tingkap. Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera negara Jerman yangterjun dari tingkap sebelum Perang Dunia Pertama bermula. Selain itu, hantu Napoleon III turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.
7. Toftaholm Herrgard, Sweden
Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini melaporkan beberapa insiden aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi. Kononnya, dahulu terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini. Namun, gadis itu telah dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya. Pemuda tersebut telah menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.
8. Hotel Ballygally Castle, Ireland Utara
Tetamu hotel ini sering ditakutkan oleh Lady Isobella Shaw yang pernah menghuni istana ini pada tahun 1625. Selepas melahirkan seorang bayi lelaki, wanita tersebut dikatakan telah dikurung oleh suaminya. Dalam usahanya untuk melepaskan diri melalui tingkap, wanita tersebut terjatuh dan mati. Rohnya telah menghantui istana ini selama 400 tahun demi mencari anak yang telah dirampas oleh suaminya.
9. Hostel Penjara Karosta, Latvia
Pada abad ke-20, Penjara Karosta digunakan sebagai penjara tentera Nazi dan Soviet, dan ribuan banduan dikatakan telah mati di penjara ini. Kini dijadikan sebuah hotel bertemakan penjara, khabarnya para pekerja sering diganggu oleh hantu wanita yang berkeliaran di koridor, mentol lampu yang dilonggarkan daripada soket dan pintu yang terbuka sendiri.
Kalau tempat tersebut sudah ada di dalam ‘bucket list’ anda, jangan tunggu orang lain untuk melakukannya. Biarkan tempat tersebut diterokai oleh anda sendiri dan jadikan ia sebagai momen yang paling indah di dalam hidup anda.
Jika anda minat untuk meneroka tempat baru di negara orang, pelbagai cara yang akan dilakukan terutama dalam misi mengumpul wang dan membeli barang keperluan yang perlu dibawa nanti.
Perkara tersebut sama dilakukan oleh Imann Azman yang baru sahaja balik daripada trip ke Surabaya-Yogyakarta (Jogja), di Indonesia dengan hanya bermodal RM655 sahaja! Nak tahu macam mana Imann punya trip kat sana?
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau bersama Libur.
Teks ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca Libur
Bajet keseluruhan: RM655.50
Termasuk: Tiket penerbangan (return), kenderaan, penginapan, tiket masuk, supir, makan tengah hari/malam
8:00PM: Sampai di Airport dan supir jemput terus ke Bromo
2.30AM: Sampai Bromo, ambil masa dalam 7 jam sebab kereta rosak, kalau tak rosak hanya makan masa selama 3 jam sahaja.
Total: Rp12,000 seorang (bersamaan RM3.60)
Hari 2: Bromo
3.00 AM: Terus naik gunung sebab tak nak berebut dengan orang dan nak sampai sebelum matahari terbit. Dekat sini korang boleh tengok permandangan gunung Bromo lawa sangat. Korang boleh photoshoot dan semua tempat ini sangatlah sejuk. Jangan lupa bawa winter coat!
9.00AM: Terus gerak turun gunung sebab nak kejar kereta api pergi ke Jogja pula.
11.30PM: Kami naik kereta api dari Probolingo ke Jogja mengambil masa dalam 8 jam. Memang penatlah, tak boleh tidur, sakit belakang semua ada. Tetapi itulah backpackers-kan dan jimat. Naik kereta api tak disarankan untuk yang berkeluarga. Huhu
8.00PM: Sampai Jogja terus check-in hotel dengan hanya jalan kaki dalam 500 meter, lepas itu terus rehat dan tidur kerana letih sangat.
Pakej Bromo = Rp700,000 seorang Termasuk: Supir, tiket, jeep, entrace fee, makan, tiket kereta api, penginapan.
Sky hotel Jogja = Rp555,000/5
Total: Rp811,000 seorang (bersamaan RM241)
Hari 3: Gunung Kidul
8.00AM: Supir datang ambil dekat hotel dan terus pergi ke Hutan Pinus dan Puncak Bencici. Tempat dia memang lawa untuk ambil gambar dan masuk adalah percuma. Jadi, tengoklah sendiri dalam gambar nanti lawa mana tempat dia. Huu… Kemudian, kami terus pergi ke Gunung Kidul, ambil masa dalam 2 jam untuk sampai.
Dekat sini ada 27 pantai, tetapi kami hanya pergi 4 sahaja iaitu Pantai Krakal, Pantai Watukodok, Pantai Ngrumput dan Pantai Kukup. Kami sarankan pergi ke tempat ini kerana pantai dia banyak dan boleh dapat pelbagai jenis permandangan, memandangkan pantai timang ada 1 sahaja pantai dan nak naik gondola perlu bayar mahal. Jadi, satu hari ini memang habiskan masa dekat pantai jela. Ambil gambar pon sudah berjam-jam. Hehe
Bajet
Supir – Rp900,000/5 (Rp180,000 seorang)
Makan – Rp10,000
Hotel di Pantai Kukup – Rp300,000/5 bersamaan Rp60,000 seorang.
Entrace fee untuk pantai – Rp15,000 seorang.
Total = Rp265,000 (bersamaan78.90)
Hari 4: Goa Pindul dan Malioboro
8.00AM: Kami dah gerak pergi pantai Ngrumput untuk tangkap gambar lagi sebab semalam tak puas dan dekat sini kami panjat bukit Kasakora. Penat dia, fuhhh! Tak boleh bawa bincang. Hahaha
12.00PM: Kami gerak pergi ke Goa Pindul. Dekat Goa Pindul ini, anda boleh pilih nak main aktiviti apa seperti water rafting, cave tubing, jungle tracking dan macam-macam lagi. Saya sarankan pilih cave tubing kerana anda boleh tengok permandangan alam fauna dan dekat sini anda kena siap sedia baju basah sebab anda akan mandi sungai dia sekali. Hehe.
6.00PM: Check-in hotel dekat area Malioboro Street dan malam itu kami keluar cari makanan tapi sini kena hati-hati sebab makanan semua mahal kalahkan hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk makan KFC sahaja ketika itu kerana harga dia berpatutan.
10.00PM: Balik hotel dan tidur.
Bajet
Bukit Kasakora – Rp2,000
Makan tengah hari – Rp25,000
Cave Tubing – Rp50,000
Hotel Amanda Glory, Malioboro – Rp800,000/5 (Rp160,000 seorang)
Total: Rp267,000 bersamaan RM79.50
Hari 5: Borobudur
8.30AM: Kami ke Borobudur naik bas sahaja sebab ia lagi murah dan jimat. Dekat sini korang boleh ambil bas transJogja. Tunggu sahaja dekat stesen bas tepi Malioboro Street, beli tiket ke Stesen Jombor. Dari Stesen Jombor nanti ramai yang akan tawarkan bas pergi ke Borobodur. Korang naik dan ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Stesen Borobudur.
Sampai dekat stesen bas Borobudur, jalan kaki dalam 200 meter, sampai dah dekat pintu utama. Tak perlu nak naik beca atau teksi, jangan terpedaya kerana semua akan cakap jauh tetapi ia dekat sebenarnya. Dekat Borobodur ini, kami terkandas agak lama sikit kerana hujan. Jadi, pukul 5 petang baru balik naik bas, ikut jalan yang sama dan pukul 8 malam sampai ke Malioboro. Disini kami jalan-jalan dan beli cenderamata sebelum terus balik dan tidur.
Bajet
Trans Jogja, Malioboro – Jombor = Rp3,500
Bas Jombor – Borobudur (return) = Rp40,000
Tiket Borobudur (Studen price) = Rp130,000
Makan tengah hari: Rp13,000
Makan malam: Rp10,000
Total: Rp196,500 bersamaan RM58.50 seorang.
Hari 6: Taman Sari
8.00AM: Kami ke Taman Sari di Malioboro. Jalan kaki sahaja tetapi penat jugalah kerana ia agak jauh. Taman Sari ini korang boleh tengok tempat sultan dahulu kala mandi, tempat dia sangat cantik dengan bangunan yang unik dan penuh bersejarah. Balik dari situ kami sudah penat dan pilih untuk naik beca. Hahaha
12.00PM: Checkout hotel dan sambung beli cenderamata dekat Malioboro sebab malam semalam tak puas beli lagi (sesi menghabiskan duit sebelum balik).
2.00PM: Kami ambil teksi pergi ke airport ambil masa dalam 30 minit.
Bajet
Taman Sari + Tour Guide tips = Rp19,000 seorang
Beca = Rp10,000 seorang
Supir ke airport = Rp20,000 seorang
Total: Rp149,000 bersamaan RM44
P/s: Kalau takda tulis makan tengah hari atau malam itu bermaksudnya kami makan maggie yang di bawa dari rumah atau sudah termasuk dalam pakek. Cenderamata adalah bajet masing-masing, tidak termasuk di dalam total bajet. Sesetengah bajet di atas dibahagi untuk 5 orang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...