
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini (6 Mac -8 Mac 2020).

Majlis Bandaraya Pulau Pinang memaklumkan penutupan jalan akan bermula pukul 5 petang pada 6 Mac hingga 11 malam, 8 Mac sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi, Hari Wanita Sedunia dan Pelancaran Projek Pusat Transit Gelandangan.
Antara jalan yang ditutup sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi adalah:

- Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke yang akan ditutup bermula pukul 5 petang (6 Mac) hingga 12 tengah malam (7 Mac)
- Lebuh Light (dari Bulatan King Edward hingga Jalan Masjid Kapitan Keling)
- Lebuh Penang (dari Lebuh Light hingga Lebuh Union) dan Lebuh King (dari Lebuh Light hingga Lebuh Bishop) masing-masing akan ditutup mulai 5 petang hingga 11 malam pada 7 Mac.
- Jalan C.Y. Choy (dari Jalan Lim Chwee Leong ke Jalan Magazine) akan ditutup mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari pada 7 Mac sempena pelancaran projek Pusat Transit Gelandangan
- Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke ditutup dari 12.01 tengah malam hingga 11 malam pada 8 Mac bagi sambutan Hari Wanita Sedunia.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di talian 04-259 2071, 04-259 2220 atau 04-259 2247.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Terjun Kota Tinggi Kembali Beroperasi Dengan Harga Tiket Baharu

Terletak di kaki Gunung Muntahak, Air Terjun Kota Tinggi nyata memberikan keterujaan buat pengunjungnya. Dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung, keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan dan memberikan ketenangan pengunjung. Lokasi ini ditutup kira-kira 2 minggu yang lalu untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan, kini dibuka kembali kepada umum dengan perlaksanaan harga tiket terbaru.
Air Terjun Kota tinggi ini sangat sesuai dikunjungi keluarga kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai. Ia juga dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gelongsor air buatan manusia yang menambahkan keceriaan pengunjung terutama kanak-kanak.

Namun berkunjung ke air terjun ini, pengunjung dilarang sama sekali untuk membawa makanan sendiri. Jika lapar, anda boleh membeli makanan di gerai yang disediakan. Selain aktiviti mandi-manda, Air Terjun Kota Tinggi ini juga merupakan destinasi sesuai bagi si pencinta alam.
Berikut ada lah harga terkini untk tiket masuk ke Air Terjun Kota Tinggi untuk rujukan dan makluman pengunjung.
Harga Tiket Masuk Terkini:
Warganegara:
Dewasa – RM 5
Kanak-Kanak (6-11) – RM 3
Kanak-Kanak (3-5) – RM 2
Warga Emas (60+) – RM 3
OKU – Percuma
Bukan Warganegara:
Dewasa- RM 15
Kanak-Kanak – RM 10
Warga Emas (60+) – RM 3
Parkir :
Kereta Warganegara – RM 3
Kereta Bukan Warganegara – RM 5
Bas – RM 5
Motorsikal / Basikal Warganegara- RM 1
Motorsikal / Basikal Bukan Warganegara : RM5
Cara Ke Sini:
Air terjun ini kira-kira 15 kilometer (km) di utara pekan Kota Tinggi. Untuk ke sana menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan keluar di persimpangan Kulai kemudia pandu terus ke jalan utama menuju Kota Tinggi. Dari pekan Kota Tinggi, ikut Jalan Lombong dan cari papan tanda menunjukkan arah ke air terjun.
Sumber: FB Majlis Daerah Kota Tinggi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 Pasarkan 50 Produk Pelancongan Tempatan Ke Seluruh Negara

Bahang kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang berbaki kurang lapan bulan semakin terasa apabila Tourism Malaysia kian rancak mempromosikan produk-produk pelancongan tempatan yang terdapat di seluruh negara.
Penganjuran terkini sempena kempen melawat Malaysia tahun depan adalah Travel Mart @ Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson.
Penganjuran Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 ini bertepatan dengan masanya sebagai persediaan menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Malaysia seterusnya mencapai sasaran 30 juta pelancong.
Selain itu, penganjuran ini juga merupakan jambatan penghubung kepada semua pengusaha industri seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel, resort, restoran, inap desa, dan taman tema hiburan dalam memberikan khidmat serta tawaran yang terbaik kepada pelancong.
Muhammad Bakhtiar berkata, Negeri Sembilan mempunyai pelbagai produk pelancongan tempatan yang hebat untuk dinikmati dan travel mart yang berkonsepkan perniagaan kepada perniagaan ini sangat dialu-alukan kerana ia merupakan platform terbaik dalam menemukan pengusaha produk pelancongan di bawah satu bumbung.
“Program seumpama ini akan mengukuhkan hubungan kerjasama dan mewujudkan jaringan perniagaan antara pengusaha produk, hotel dan agensi-agensi pelancongan dan ini yang kita mahu lihat dalam industri iaitu kerjasama yang kukuh dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri pelancongan tempatan”, ujar beliau.

Pasar produk secara digital
Dalam pada itu, selain daripada inisiatif penganjuran travel mart, Muhammad Bakhtiar turut menggesa semua penggiat industri pelancongan memanfaatkan teknologi digital seperti media sosial dalam memasarkan produk pelancongan supaya ruang pasaran itu menjadi lebih besar dan meluas.
Beliau berkata, pelancongan secara individu atau dalam kumpulan kecil kini menjadi satu trend yang popular dan kebanyakkan mereka lebih mempercayai review yang diberikan di media sosial oleh pelancong-pelancong yang lain.
“Pemasaran digital semuanya berkenaan review. Kalau review itu bagus, contoh macam hotel orang tulis review, hotel ini makanan bagus lokasi terbaik, dia punya rating 9.0 daripada 10, sudah tentu mereka akan pilih hotel itu berbanding yang lain (yang mendapat review rendah)”, katanya.
Oleh yang demikian, pemasaran secara digital dilihat lebih memberikan impak yang tinggi berbanding cara konvensional dan memberikan kelebihan yang lebih baik kepada pengusaha industri pelancongan.
Sepanjang program itu berlangsung, seramai lebih kurang 140 pembeli dan 50 penjual produk pelancongan telah hadir untuk menjayakan program berkenaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Start In Tioman’ Platform Terbaik Dan Murah Nak Dapatkan Lesen Skuba Open Water

Ramai yang pernah bertanyakan kepada saya, dimanakah tempat yang terbaik untuk mereka buat lesen skuba? Dah ada beberapa tempat yang mereka survey tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati untuk melanjutkan niat mengambil lesen skuba.
Ada beberapa sebab yang menjadikan niat seseorang itu terbantut untuk mendapatkan lesen skuba dan diantara adalah disebabkan oleh kekangan kewangan. Anda perlu tahu, bahawa sukan selam skuba ini adalah sukan yang memerlukan modal duit yang agak besar.
Lesen di peringkat Open Water sahaja menelan belanja hampir RM1400 ke atas. Banyak tempat yang menawarkan harga RM1400 hanya kos untuk mengambil lesen sahaja. Pengangkutan, penginapan, makanan dan lain-lain memerlukan anda mengeluarkan kos yang baharu.
Itu baru lesen di peringkat Open Water, belum termasuk kos sekiranya anda ingin melanjutkan lesen ke peringkat yang lebih tinggi seperti Advance Open Water dan seterusnya.

Setelah lesen diperoleh dengan jayanya, mesti akan terdetik di hati untuk mendapatkan kelengkapan dan peralatan menyelam sendiri. Itu akan menelan lagi belanja ribuan ringgit untuk mendapatkan barang-barang yang berkualiti.
Disebabkan pertimbangan kos untuk menceburkan diri dalam aktiviti selam skuba agak tinggi, menjadikan seseorang itu berfikir tiga, empat kali untuk mendapatkan lesennya yang pertama.
Membuatkan mereka berkira-kira untuk mendapatkan tempat yang benar-benar terbaik dengan wang ringgit untuk mendapatkan lesen yang pertama.
Bagi menjawab persoalan anda yang bertanyakan dimanakan tempat yang terbaik untuk mula mendapatkan lesen skuba, jawapan yang terbaik saya boleh berikan adalah dengan mengikuti program Start In Tioman atau SIT yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Negeri Pahang).
SIT ‘gerbang’ pertama ceburi dunia selam skuba

Selayang pandang mengenai program SIT, program ini diadakan setahun sekali di Kampung Genting, Pulai Tioman dan bertujuan untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia malah pelancong luar negara datang ke negara ini sambil melancong dan menyelam skuba dengan harga yang paling berpatutan.
Kenapa saya katakan SIT adalah ‘gerbang’ pertama terbaik untuk anda mula menjadi penyelam skuba? Ia adalah kerana tawaran harganya lebih kompetitif berbanding tawaran-tawaran yang mungkin anda dapatkan di tempat lain.

Tidak berniat untuk merendah-rendahkan pakej daripada tempat lain tetapi inisiatif kerjasama antara MOTAC Negeri Pahang bersama beberapa organisasi berkaitan selam skuba seperti Damai Tioman Resort mempu menjadikan harga yang anda bayar lebih berbaloi dengan pulangan dan perkhidmatan yang akan anda terima.
Bukan bermaksud untuk mempromosikan program SIT tersebut tetapi daripada pengalaman saya yang pernah hadir membuat liputan semasa program SIT 2019 baru-baru ini, kos untuk menyertai SIT adalah lebih rendah berbanding dan termasuk dengan kos pengangkutan anda daripada Jeti Tanjung Gemuk ke Kampung Genting, Pulai Tioman, kos penginapan selama empat hari 3 malam dan makan sebanyak 3 kali sehari.

Selain daripada itu, antara nilai lain yang saya suka mengenai program SIT ini dan mengapa saya mengesyorkan kepada anda untuk menyertai program ini adalah kerana persekitaran orang-orang yang berada di situ membuatkan anda selesa dan melayani anda seperti saudara. Akan saya huraikan perkara ini di entri yang akan datang, kenapa saya berkata demikian.
Dalam masa sama, sepanjang masa program dijalankan, ada banyak aktiviti telah direncanakan oleh pihak penganjur menjadikan pengalaman anda menyertai dan mengambil lesen di SIT ini tak sendu dan membosankan. Anda bayangkan anda mengambil lesen seorang diri ditempat lain dan tidak ada aktiviti lain selain daripada kelas teori dan praktikal skuba semata-mata, adakah itu tak membosankan? Bosan beb.

Secara jujur saya katakan, pengalaman saya selama berada di program SIT baru-baru ini amat menyeronokkan dan saya mahu anda juga merasai pengalaman yang sama. Tak kan saya nak syorkan kepada anda sesuatu yang tak menarik, betul tak?
Saya akan kongsikan pengalaman saya semasa berada di program SIT didalam entri yang akan menyusul selepas ini, dan akan saya ceritakan kepada anda mengapa saya katakan SIT adalah salah satu gerbang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam dunia selam skuba.
Teruskan membaca bersama Libur..
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI