Bila sebut jambatan kaca kita pasti tidak dapat melupakan video-video lucu gelagat pengunjung yang kali pertama menaiki jambatan kaca. Mampu tembus pandang ke bawah berlatar belakangkan gaung, ia pasti menggerunkan bagi yang gayat.
Namun semalam dilaporkan, sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Ads
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
Ads
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
Ads
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016. Sumber : Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pemakaian hijab atau tudung tidak sepatutnya menjadi sebab seseorang individu tidak boleh melaksanakan tugas dan kerja dengan baik disesebuah organisasi terutamanya di sektor perhotelan.
Umum mengetahui berkerja di sektor perhotelan memerlukan kita sentisa berada dalam keadaan kemas, mahir berkomunikasi dan selalu berinteraksi dengan ramai orang. Namun tudung tidak sepatutnya dijadikan isu lebih-lebih lagi di Malaysia yang merupakan negara Islam.
Pada tahun yang sudah, Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari 2018, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengambil langkah dengan menasihatkan hotel-hotel terbabit agar mengambil tindakan pembetulan supaya tidak melaksanakan larangan bertudung. Kementerian memandang serius terhadap isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan.
Sebagai langkah menangani diskriminasi di tempat kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut berkata akan meneruskan pemantauan ke atas beberapa lagi premis pekerjaan di sektor perhotelan. Harap-harap untuk tahun 2020 ini, tiada lagi masalah diskriminasi seperti ini berlaku.
Mengenang semula tempoh dua dekad yang gemilang, pada awal penubuhannya, Tourism Selangor telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pada 24 Februari 1994, ianya telah didaftarkan sebagai syarikat persendirian dan nama terdahulu, PNSB Realty Sdn. Bhd. telah secara rasmi ditukarkan kepada Tourism Selangor Sdn Bhd (Tourism Selangor) pada 14 Julai 2001.
Pada bulan Oktober tahun yang sama, Tourism Selangor telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Tourism Selangor merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sehingga tahun 2008 dan selepas itu telah berpindah milik kepada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) hingga ke hari ini.
Tourism Selangor telah meraikan ulang-tahun penubuhannya yang ke-20 pada 14 Julai secara maya menerusi “Tourism Selangor’s LiveTalk – Episod 2” yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor.
Sesi LiveTalk tersebut turut melibatkan barisan panelis; Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor.
Sambutan ulangtahun ini bukan sekadar sebagai sinonim sambutan tradisi, namun juga untuk menghargai dan memperlihatkan peranan, tanggungjawab dan pencapaian Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sepanjang dua dekad ini.
Dalam sesi sama, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan amanat beliau menerusi penyiaran sebuah klip ekslusif. “Sepanjang tempoh dua dekad usaha yang dipergiat oleh pihak Tourism Selangor dengan menjejaki kawasan pelancongan baharu serta mempromosikan tempat pelancongan menarik dengan kepelbagaian kebudayaan serta kualiti yang dimiliki Negeri ini, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 30 juta orang pelancong pada tahun 2019”.
“Ianya sekaligus membawa kesan ekonomi serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Negeri ini. Covid-19 memberi kesan yang sangat parah kepada industri ini.
“Namun, Negeri Selangor mempunyai pelan serta perancangan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Kita Selangor 1 dan Pelan Kita Selangor 2.0; di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan menerusi Pelan yang komprehensif bagi menarik pelancong ke Negeri ini.
“Justeru sempena ulang-tahun ke-20, semoga kita terus kekal berusaha mendepani segala cabaran untuk kembali menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan terbaik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Selamat ulang-tahun yang ke 20, Tourism Selangor”, tambah Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.
Manakala, Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri Selangor, serta turut dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan Negeri ini. Saya berharap, pihak Tourism Selangor akan menjadi tulang belakang kepada para penggiat industri di Negeri Selangor serta terus peka kepada kehendak industri dari masa ke masa”.
Menerajui Tourism Selangor bermula dari 1 Januari 2020 sehingga kini, Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor berkata, “Saya percaya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras atau ‘bench-mark’ ini. 20 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Tentunya pelbagai cabaran, rintangan serta momen suka dan duka telah dilalui oleh setiap pihak yang pernah mengemudi atau berkhidmat dengan Tourism Selangor”.
“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah terlibat dengan pihak Tourism Selangor secara langsung atau tidak langsung selama 20 tahun ini. Tidak dilupa juga kepada para Media yang sentiasa memberikan sokongan kepada inisiatif promosi pelancongan Tourism Selangor, Agensi Kerajaan dan Swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program dan Acara anjuran pihak Tourism Selangor, dan seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Krisis dan ketegangan antara India dan Pakistan tercetus minggu lalu menyebabkan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara terjejas.
Kemarin Pakistan dikatakan telah membuka sepenuhnya ruang udara selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas. Rata-rata penumpang yang terkandas berasa lega dengan pengumuman itu.
Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh. India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.
Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...