Untitled design (1)

Kemalangan jalanraya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ada kemalangan yang membabitkan anda terjunam ke dalam air dan sekiranya kejadian ini berlaku, adakah anda tahu apa cara yang terbaik untuk menyelamatkan diri anda dengan kadar segera?

Jangan panik

Sangat penting untuk anda sentiasa kekal tenang, fokus dan simpan tenaga daripada teriak tak tentu hala. Bila anda dalam keadaan panik, sukar untuk anda berfikir dengan waras, seterusnya merancang jalan keluar dengan baik dan selamat. Jadi, kekal tenang walau apa jua keadaannya.

Buka tali pinggang keselamatan anda

Buka tali pinggang dahulu sebelum anda lakukan perkara-perkara lain seperti menyelamatkan harta benda anda. Tanggalkan segala aksesori yang ada di badan anda seperti jaket dan topi supaya anda dapat berenang dengan lebih baik.

IKLAN

**media[24138]**

Buka tingkap pintu kenderaan anda untuk keluar

Secara teori, ramai daripada kita menyangka buka pintu adalah satu jalan keluar yang baik tetapi dalam keadaan sebenar, cuba keluar melalui pintu kereta akan menyebabkan anda terperangkap lebih lama. Sebab, tekanan air menyebabkan anda sukar untuk membuka pintu berbanding biasa. Jadi, gunakan tingkap untuk keluar dari dalam kenderaan. Keluar segera sebelum kenderaan anda tenggelam lebih jauh ke dasar air.

IKLAN

Pecahkan tingkap sekiranya gagal membuka tingkap

Pecahkan tingkap kereta anda sekiranya tingkap kereta gagal dibuka dengan cara ketuk di mana-mana bahagian hujung atau bucu tingkap. Jangan ketuk di tengah-tengah tingkap. Ketukkan di bahagian hujung atau bucu lebih memudahkan kerja anda berbanding ketuk di tengah-tengah tingkap. Sebaiknya, sediakan alat untuk memecahkan tingkap di dalam kenderaan anda setiap masa. Alat ini sekarang mudah untuk didapati seperti di pasar malam atau boleh beli online.

IKLAN

Sekiranya anda travel bersama kanak-kanak, selamatkan yang tua dahulu

Pakar berpendapat bahawa anda perlu menyelamatkan kanak-kanak yang tua dahulu berbanding yang muda kerana mereka boleh membantu untuk menyelamatkan kanak-kanak yang lebih muda.

Satu lagi perkara tambahan, kesemua tips ini akan lebih berkesan sekiranya anda tahu untuk berenang dan memberikan peluang yang lebih besar untuk anda selamat daripada kemalangan yang berlaku. Bagaimanapun, walau tak tahu berenang, lebih baik kita bersedia untuk segala kemungkinankan?

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI