Jika bersiar-siar di pantai, menjadi perkara biasa aktiviti orang awam mengutip batu-batu yang cantik di persisiran pantai. Rutin itu kadangkala sekadar suka-suka untuk melengkapkan acara normal percutian di mana sahaja pantai di dunia. Tiada undang-undang sebelum ini yang mengatakan amalan mengutip batu di pantai adalah salah.
Berlainan pula di pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales. Pengujung telah dikejutkan dengan larangan daripada mengambil atau mengambil batu di kawasan berkenaan. Mengalihkan batu-batu pantai adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman!
Ads
Papan amaran keras mengenai peraturan ‘pelik’ itu telah dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280). Papan tanda larangan itu turut menegaskan bahawa batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.
Kesalahan itu dikatakan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan. Bagaimanapun, wakil Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya bukan orang yang bertangungjawab memasang papan tanda itu.
Ads
Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.
“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya. Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya.
Ads
Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire. Namun penduduk sekitar yang mendiami di lokasi tumpuan pengunjung itu sedikit bimbang dengan kesan hakisan yang semakin jelas kelihatan. Oleh itu, banyak benteng-benteng diwujudkan disekitar persisiran pantai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang kita tinggal sudahpun dibenarkan sejak minggu lalu.
Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk bercuti kawasan sekitar dengan memilih menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Seperti perkongsian Syapik Hassan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia yang memilih bersama keluarga untuk masuk hutan yang jauh dari kesibukan kota bagi menenangkan fikiran.
Leka menyaksikan keindahan alam sambil melihat sungau mengalir dan mendengar bunyi ungas dan serangga.
Menurutnya pelbagai kemudahan disediakan pemilik tempat dan kebanyakan bilik disewa pada kadar berpatutan.
Glamping Pinang Sebatang – Warga Selangor/KL nak bercuti tapi tak boleh rentas negeri?
Dah lama aku tak masuk hutan, jauh dari kota, tenangkan fikiran. Sambil tengok sungai mengalir, dengar bunyi unggas dan serangga.
Fuuhhh… Damai dia lain macam. Aku tak reti nak explain satu persatu pengalaman aku kat Glamping Pinang Sebatang ni, tapi aku post beberapa gambar. Dan pada setiap gambar tu, aku explain kat description, korang bacalah supaya korang lebih faham dan rasa teruja.
Apa fasiliti yang ada kat Glamping Pinang Sebatang ni?: – 3 tandas – 3 pondok – setiap pondok muat 8 dewasa – 1 pondok Hammock siap dengan 12 unit hammocks – Pondok makan – Dapur complete with gas – Pinggan (pinggan bunga zaman dulu) – Cawan/gelas – Cerek – Periuk – Pisau and other cutleries – Bbq pit (arang kena bawa sendiri dan jaring pun recommended bawa sendiri for hygiene purposes) – Buaian tepi sungai
Info Tambahan: – Bila malam, Glamping ini diterangi banyak lampu diseluruh tempat dengan power dari Generator Set (pakai minyak). – Kat mana Glamping Pinang Sebatang ni? Kat Kuala Kubu Bharu jer. Sesuai la bagi korang yang duk Selangor atau KL yang tak dapat rentas negeri tu! Kaaann?? – Better korang amik cuti dan sewa hari weekdays, sebab weekend biasanya fully booked. – Korang tanya la dia bila slot available. Korang cuba la pergi hari weekdays, takut weekend selalu penuh. Amik cuti 3 hari 2 malam pun jadi la. Satu pondok RM350 untuk 2 malam (rate weekdays) boleh kongsi 8 orang. – Untuk info, kalau nak stay sini, minimum kena sewa satu pondok (total ada 3 pondok dan 1 pondok makan) dengan harga: – Weekdays – RM200 per night or RM350 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok) Weekends (Fri and Sat night) – RM300 per night or RM450 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok) – Tapi the best way korang sewa seluruh tapak tu untuk family korang dengan harga RM1000 per night or RM1500 for 2 nights so that takde orang lain kat area tu yang sharing dengan korang (harga weekdays RM600 per night or RM1200 for 2 nights). – Sesuai untuk family or friends reunion/gathering
– Apa-apa korang boleh hubungi: 0122002595 – Rizal Khalif
Pandemik yang melanda global dan Malaysia amnya telah memberikan impak cukup besar kepada ekonomi. Di antara sektor yang paling terkesan ialah industri pelancongan. Di negeri Selangor, kesan tersebut sangat dirasai oleh mereka yang aktif di dalam industri tersebut.
Namun kerajaan Selangor tidak mengenepikan mereka yang sangat terkesan. Jika tahun sebelumnya, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan sebanyak RM 2.6 juta kepada industri pelancongan menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020, tahun ini terbit sinar baharu untuk penggiat industri pelancongan Negeri ini dengan pelaksanaan insentif-insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021.
Pakej Kita Selangor 2.0 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor merangkumi Geran Bantuan Kewangan Program atau Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor berjumlah RM 1 juta, Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 berjumlah RM 1 juta, Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor dengan kos sebanyak RM 300,000.00, serta Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 255,000.00.
Pihak Tourism Selangor pada Rabu telah menganjurkan satu Sesi Penyerahan secara maya melibatkan salah satu insentif Pakej Kita Selangor 2.0 untuk industri pelancongan, iaitu bantuan kewangan secara “one-off” kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor.
Majlis yang disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dengan disertai wakil penerima dari 17 Persatuan Pelancong Negeri Selangor yang diraikan.
Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor, agar insentif yang disalurkan kepada 17 Persatuan Pelancongan Negeri Selangor ini akan dapat sedikit sebanyak membantu membangunkan semula industri pelancongan Negeri ini.
Diharapkan juga, insentif ini akan dapat memberi peluang kepada pihak Persatuan Pelancongan untuk terus memberikan sokongan kepada ahli-ahli mereka. Hal ini tentunya bagi menjamin kelansungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen Pusing Selangor Dulu yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”.
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dijangka akan dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memancing merupakan aktiviti biasa yang seringkali dilakukan oleh peminat aktiviti ini tidak kira samada waktu terluang atau ketika bercuti sekali pun. Ramai juga yang gemar mencari lokasi percutian yang mempunyai pakej memancing. Yela, tidaklah anak bini dan keluarga yang lain asyik ditinggalkan di rumah sahaja. Alang-alang bercuti boleh angkut mereka sekali.
Bagi mereka yang bergelar kaki pancing, hobi itu kadangkala mungkin mendatangkan masalah dalam kehidupan seharian. Kalau sudah dinamakan kaki pancing, parit besar, lombong lama, dan hutan belantara pun tidak terlepas dijadikan ‘port’ untuk melepaskan gian memancing ikan.
Tapi anda harus ingat, apa juga kegemaran yang suka dilakukan pasti ada beberapa halangan atau peraturan yang perlu anda turuti. Bukan apa, untuk mengelak berlaku perkara yang tidak ‘seronok’ terjadi di kemudian hari. Begitu juga dengan hobi dan aktiviti memancing ini.
Ikuti perkongsian daripada seorang pemancing ini.
Jangan Kerana Gila Memancing, Anda Cuai Dan Abaikan Pantang Larang Ketika Memancing.
Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing.Salam sejahtera buat semua bro2 pemancing. Apa yg saya ingin perkatakan hari ini adalah tentang petua dan pantang larang dunia memancing. Saya bukannya ingin mengajar sesiapa ataupun menyentuh perasaan sesiapa tapi apa yg saya ingin sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman yg seangkatan dengan saya, kerana banyak perkara yg misteri berlaku akibat pantang larang ini tidak diendahkan.
Jadi baca dan renungkanlah pantang larang ini kerana kebanyakan kita mempunyai keluarga yg kita sayangi. Jadi jangan korbankan keluarga semata-mata kerana gila memancing tanpa pantang larang. Memancing akan membawa kita jauh ketempat yang yg kata orang tua tempat jin bertendang dan misteri malahan tidak kita ketahui penghuninya. Oleh itu silap langkah kita buruk padahnya kepada kita dan keluarga kita.
Untuk itu saya perturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan…yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi. Jika anda suka membawa keluarga dan anak kecil keluar memancing renungkanlah pantang larang ini supaya anda dan keluarga anda tidak ditimpa sebarang perkara yg tidak baik akibat kecuaian dan kealpaan diri sendiri. Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat-sejahat manusia.
1) Amalkan memberi salam pabila sampai ketempat kita hendak memancing. Memberi salam petanda niat kita baik. Ikhlaskan hati anda hanya untuk memancing mencari rezeki.
2) Betulkan niat anda. Jika anda berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja Berhentilah setelah hajat anda dipenuhi. Jangan tamak.
3) Jika terdapat ikan2 besar yg sering menunjuk kan rupa tapi tidak mahu memakan umpan anda…biarkan saja jgn di pedulikan. Ketiga-tiga petua diatas adalah untuk menghindarkan dari asyik dan lupa diri.
4) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yg sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.
5) Jika anda keluar memancing dan pulang larut malam, jangan terus pulang kerumah. Singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai dirumah jangan terus masuk ke rumah. Berehatlah dahulu sebentar diluar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah anda.
6) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik kerumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dam masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah anda sebelum anda.
7) Jangan mengambil sebarang benda ditempat anda memancing. Jika anda menggunakan benda yg terdapat disitu kembalikan ia semula ketempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri anda dan keluarga anda dari terambil hak makhluk lain yg akan membawa akibat yg buruk.
Jika anda memancing dengan keluarga, jangan biarkan anak anda mengambil sebarang benda untuk dibawa balik kerumah. Pesan pada mereka agar jgn berbuat begitu. Petua ini adalah untuk mengelak anak anda ditimpa perkara yg buruk.
9) Jika memancing ditepi laut bersama keluarga, jgn biarkan anak anda bermain di gigi air laut. kalau nak mandi terus mandi kedalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja dipantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak anda dari menjadi rebutan diantara makhluk didarat dan dilaut.
10) Jika anda memancing sebagai contoh dengan 3 joran. Tiba-tiba tiga joran anda disambar ikan sereSumberntak, berhati-hatilah. Jgn tamak. Selepas itu simpan joran anda, jgn memancing berehatlah sebentar. Betulkan niat anda kemudian sambung balik hanya dengan satu jroan saja.
11) Jaga mulut anda, jgn celupar dan suka menegur perkara yg pelik-pelik. Jika sesuatu yg aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati…jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang.IinsyaAllah semuanya akan baik.
SEMOGA PETUA DAN PANTANG LARANG INI DAPAT DIAMALKAN BERSAMA DAN SAMPAIKANLAH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN GENERASI MUDA KERANA GENERASI MUDA SEKARANG INI…SUKA MAIN HENTAM SAJA. YG SUSAHNYA NANTI ORANG2 TUA.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...