Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk utama ke Mekah, bermula 6 Jun hingga 20 Jun 2020 depan.
Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei 2020 lalu, tindakan lockdown terbaru itu terpaksa diambil susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar tinggi pesakit di bahagian rawatan rapi. Ia juga sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak daripada tersebar semula.
مصدر مسؤول في وزارة الداخلية : تقرر إعادة تشديد الاحترازات الصحية في مدينة جدة لمدة 15 يومًا ، ابتداء من يوم غد السبت . pic.twitter.com/6wPmV8vhnM
Arab Saaudi memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu. Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu:
Ads
Penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja tidak kira di sektor awam mahupun swasta.
Penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah.
Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.
Pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.
Semua pekerja dan kumpulan penting yang terkecuali, tetapi perlu mematuhi peraturan dan prosedur pencegahan.
Foto: bloomberg.comFoto: straitstimes.com
Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk. Arab Saudi mengumumkan 96,000 jangkitan COVID-19 dengan 642 kematian, tertinggi dalam kalangan negara Teluk. Keadaan itu juga menyebabkan ibadah umrah dilarang dilaksanakan dalam tempoh setahun.
Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang riuh menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh sunyi sepi apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti.
Foto: Bernama
Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan kosong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, sejak 18 Mac lepas. Pantai Chenang boleh dijadikan gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan penularan wabak itu.
Wabak COVID-19 memberi impak besar kepada hampir semua penduduknya, bukan sahaja dari sektor pelancongan, malahan ekonomi. Langkawi sudah dikategorikan sebagai zon hijau kerana pesakit terakhir COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Maliha, tetapi sektor pelancongan masih tidak dapat bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Industri pelancongan menyumbang 60 peratus kepada ekonomi pulau ini, jadi apabila kehadiran pelancong merudum dengan mendadak, situasi menjadi sangat mendesak.
Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) Ardi Bahador berkata 220 orang ahli persatuan yang berkhidmat sebagai ‘duta kecil pelancongan’ hilang punca pendapatan, dan kini buntu memikirkan masa depan mereka. Rata-rata ahli persatuan merupakan pemandu pelancong sepenuh masa, pemandu pelancong bebas, dan juga bergaji harian. Ini bermakna sumber pendapatan mereka bergantung kepada kehadiran pelancong. Situasi sekarang benar-benar memberi tekanan, ada ahli persatuan cuba untuk mencari pendapatan sampingan seperti menjadi pemandu e-hailing, dan ada yang membuat jualan dalam talian, tetapi masih tidak dapat menampung kehidupan yang semakin mencabar.
Namun ahli persatuan bersyukur kerajaan ada memberi bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu pelancong yang berdaftar kerana impak wabak COVID-19 kepada industri pelancongan, dan berharap ada bantuan lain serta sesuai masih boleh disalurkan.
Dapat menjejakkan kaki ke luar negara memang menjadi idaman setiap pengembara. Apatah lagi dapat pergi ke banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Vietnam antara negara yang ada di Asia Tenggara yang menjadi pilihan pelancong.
Dengan bajet RM1300 seorang, Eady Mh berkongsi percutiannya ke Vietnam pada awal tahun ini di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Percutian selama tujuh hari enam malam itu memberi kesempatan untuk dirinya dan dua lagi teman melawat ke Hanoi, Sa Pa dan juga Ho Chi Minh sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
Itinerari lengkap bersama kos sepanjang percutian tersebut, lelaki ini turut berkongsi beberapa tip penting buat anda yang ingin travel sepertinya.
Trip Bajet & full Itinerari KL-Hanoi-Sa Pa-Hanoi-HCM-KL
Trip budget dan full itinerary kami ke Hanoi – Sa Pa – Hanoi – Ho Chi Minh, Vietnam Pada 2 – 8 Jan 2023. 7hari 6malam #tiredbuthappy
Day 1
6:05AM – 8:15AM Sampai airport Hanoi
– Beli simkad Unlimited untuk 1 minggu
– keluar airport terus ke sebelah kiri tempat tunggu bus cari bus (no 86 warna oren airport to old quater 45,000 vnd dalam sejam)
– Jalan kaki ke hotel Hanoi Blue Sky Hotel dan check in, pusing hanoi
– Old Quarter
– Al Noor Mosque
– Train Street Hanoi (Photo Session) wajib beli coffe baru blh masuk
– Dong Xuan Market (malam ada pasar malam)
– Hoan Kiem Lake
Untuk bus 86 tu make sure warna OREN, sbb ramai dkt luar tu panggil dan tunjuk no bus 86, jgn tertipu ya.
Hanoi Semua jalan kaki sahaja
Makanan halal
Zainab tepi masjid Al Noor 4PM dh tutup, kalau pagi tepi masjid ada jual tiaw sup
PK Spice Indian Restaurant
Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe (saya guna grab sbb jauh sikit, masuk kod promo dapat 50% diskaun) ada lg kedai halal tapi kami sempat terjah tu saja.
Hotel dekat dengan masjid dan pasar malam
Hanoi byk blh bayar dgn kad (bigpay)
Day 2
– Check out,tinggal bagpack dkt hotel plan nak buat one day trip ke halong bay tapi tak jadi .
– St Joseph Cathedral
– Makan Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe
– Pusing2 Night market, beli fridge magnet, baju dan lain2
– 9:30PM naik bus ke Sapa,bus pickup di hotel.
Hanoi banyak jual barang2 outdoor, blh serve banyak kedai harga berbeza2
Fridge magnet paling murah dapat 11pcs 100,000 vnd
Hanoi banyak kedai kopi yg menarik
Bus ke sapa book dekat Klook RM41 one way by Sapa Dragon
Bawak bekal makanan untuk ke Sapa
Mohon beli snack dekat Circle K untuk bawa ke Sa Pa
Day 3
– 7AM sampai Sapa, jalan kaki ke hotel Bonjour Sapa Hotel dan check in.
– Jalan kaki ke cat cat village 90,000 VND, Sgt la luas dlm tu. Naik turun bukit. Exit pintu lain, kalau xnak jalan blh naik teksi.
– Malam pusing night market
Sapa banyak teksi kalau tak nak jalan kaki
Hotel dekat dgn sun plaza
Barang outdoor di sapa lagi murah dari hanoi
Cafe banyak sini, blh pilih sendiri hihi
Restaurant Cosiana dah tutup, so makanan halal dekat Sapa dah tak ada ya.
kami bawa nasi goreng sharifah, maggi dan roti untuk 3hari 2malam di Sapa
Di sapa tak banyak boleh guna kad bank
Kami jalan kaki je di Sapa, sambil kumpul steps hehe
Day 4
– 8:30AM jalan ke Sun Plaza untuk naik cable car ke Fansipan
– panjat 700 anak tangga ke puncak,kami tak beli tiket monarail untuk ke puncak sbb nak layan view, kalau x larat panjat blh naik monarail.
– Petang baru turun, jalan2 Sapa lake
Hotel kami dekat dgn Sun Plaza
Tiket Fansipan beli dkt klook
Fridge magnet beli dkt kedai masa turun cable car lg menarik, harga sama sahaja dkt bawah sekali
Barang2 outdoor semua murah dia Sa Pa berbanding Hanoi
Snow di Fansipan bulan 12,2022 dah turun. Sehari selepas kami naik ke fansipan pokok2 dh ber ice semua, tak ada rezeki nak bersnow di vietnam hehe
Day5
– Check out pukul12pm, jalan kaki ke pickup bus ke hanoi
– Sampai petang terus ke kedai PK Spice Indian Restaurant untuk dinner
– Jalan2 pasar malam dan terus ke airport naik grab
kami tidur di airport malam tu
Peminat2 peralatan outdoor boleh cari barang2 di hanoi atau Sapa, sgt menarik
Day 6
– 6am flight pagi ke hcminh
– 8am sampai terus cari bus 152 ke Ben Thanh Market, 5000 VND
– check in Thanh Thu hotel, area malaysia street
– Pusing2 hcminh, ben thanh market dan malaysia street
– Shopping sampai tutup kedai
Vietjet dah ada makanan halal
Day 7
– check out pagi balik ke KL, Flight pukul9.30am
TOTAL HANGUS RM1300
Air Asia KL – Hanoi RM188.90
Viet Jet Hanoi – Hcminh RM69
Air Asia Hcminh – KL RM165
Tukar duit 2jutaVND = RM388
Hanoi
Sky Blue Hotel 2-3Jan (Agoda)
RM120/3pax=RM40
Sim Card Unlimited RM35/3=RM11.60
Bus Hanoi-Sa Pa(Klook) RM41
Sa Pa
Bonjour Sa Pa Hotel 4-6 Jan (Agoda) RM171/3=RM57pax
Big Ben, menjadi mercu menara jam dunia, bakal berusia hampir 161 tahun pada Jun 2020 ini. Ketika ini usaha pemuliharaan giat dijalankan bagi memastikan masa depan ikon itu.
Menara jam berkenaan yang menghiasi bangunan Parlimen, menjadi destinasi utama pelancong kota London bagi merakam gambar kenang-kenangan. Jam berkenaan dipasang pada Menara Elizabeth pada 1859 menampilkan ciri hebat dua pengimbang berat berkaki tiga yang mengatur gerakan jam, dengan memastikan ayunan bandul tidak terjejas dengan faktor luar seperti tekanan angin pada jarum yang boleh menjejaskan ketetapan masa.
Ketika mula dipasang pada April 1859, jam berkenaan tidak berfungsi kerana jarum yang diperbuat daripada besi tuang, terlalu berat untuk digerakkan motor jam. Selepas ia digantikan dengan jarum yang diperbuat daripada tembaga, rekaan berkenaan mula menjadi penentu masa pada 31 Mei 1959.
Ketika ini, pasukan pakar dan jurutera jam Parlimen, terpaksa melaksanakan usaha baik pulih terbesar dalam sejarah Menara Elizabeth apabila terpaksa membuka satu persatu komponen jam terbabit. Ribuan komponen jam yang beratnya melebihi 11 tan metrik, diturunkan daripada menara itu, sebelum kerja-kerja pemuliharaan menara dapat dijalankan. Sebuah motor elektrik terpaksa digunakan buat sementara bagi menggerakkan jarum jam ketika mekanisma jam diperbaiki.
Kos membaiki menara Big Ben di Britain meningkat sebanyak £18.6 juta (24 juta USD) menurut Bernama. Kerja-kerja baik pulih bermula pada 2017 dengan keluasan 12 meter persegi (130 kaki persegi), terletak di tengah-tengah kawasan yang sibuk, kerja-kerja baik pulih berdepan banyak kesukaran. Selain itu, katanya terdapat banyak isu lain lagi antaranya kaedah penyelenggaraan kurang sesuai yang digunakan pihak sebelum ini dan pencemaran bahan kakis.
Sejarah jam berkenaan sebenarnya bermula pada 1846 sewaktu Ahli Falak Diraja, Sir George Airy mengetuai pertandingan mereka dan membina jam. Airy mahu melihat menara jam yang paling tepat masa di dunia dengan menegaskan ia mesti tepat dengan julat masa satu saat sahaja.
Menara setinggi 96 meter (315 kaki) itu pernah dibom oleh Nazi Jerman pada Mei 1941. Kerja-kerja baik pulih dijadual siap menjelang akhir 2021 dan setakat ini sebanyak £79.7 juta telah dibelanjakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...