Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kerajaan mendapat kelulusan untuk mengisytiharkan darurat daripada pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi melaksanakan pemantauan berhubung situasi kesihatan semasa. Perintah darurat ini sekali gus memberi kuasa kepada gabenor di wilayah yang terbabit untuk meminta penduduk kekal di rumah dan menggesa operasi perniagaan ditutup dalam tempoh berkenaan.
Ads
Foto: asahi.com
Ads
Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka. Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain. Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung.
Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Namun perlu diingatkan, lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja walaupun meninggalkan tasik biru yang cantik lokasi tersebut sangat bahaya.
Lokasi-lokasi ini memang sudah terkenal dalam kalangan penduduk tempatan datang merakam gambar terutamanya buat golongan muda sehingga lokasi tersebut menjadi tular. Namun segala aspek keselamatan di bawah pengawasan sendiri. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Antara tasik ‘kuari’ biru yang diketahui di Malaysia:
Lubuk Mandi atau digelar sebagai Tasik Pepsi Blue, yang terletak di Mukim Rusila berhampiran Kuala Terengganu bakal dijadikan tarikan baharu destinasi pelancongan Terengganu. Kecantikan air di Tasik Pepsi Blue yang biru kehijauan memang luar biasa dan boleh diperkenalkan kepada pelancong luar. Jarak lokasi ini yang berdekatan dengan Kuala Terengganu menjadikan ia lokasi yang mudah untuk dikunjungi pelancong bagi menikmati panorama dan merakam gambar berlatarbelakangkan tasik tersebut.
Pengunjung hanya perlu ‘jungle trekking’ kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke kawasan atas tasik bagi menyaksikan keindahannya. Berdekatan Tasik Pepsi Blue ini juga terdapat kawasan perumahan, jadi jalan untuk ke sini sudah cantik dan sesuai dilalui kenderaan. Tasik Pepsi Blue merupakan tasik buatan yang terhasil daripada aktiviti melombong secara mendulang emas yang suatu ketika dahulu sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Namun, aktiviti melombong emas itu telah diarah dihentikan beberapa tahun lalu ekoran berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa pelombong termasuk tanah runtuh dan akhirnya dijadikan kawasan larangan. Namun, kebelakangan ini Lubuk Mandi kembali diperkatakan di laman sosial selepas terdapat beberapa individu yang memasuki kawasan tasik itu dan mengambil gambar.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, Miri adalah bandar raya pertama yang bukan ibu negeri mendapat taraf bandar raya. Turut dikenali sebagai Bandaraya Peranginan, Miri mula dikenali apabila kemunculan industri minyak dan gas asli dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada.
Rentetan dari itu Miri terus pesat membangun hingga hari ini. Miri dikatakan mendapat nama daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak kemudiannya secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama tersebut kekal hingga kini. Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei.
Jika bercadang bercuti ke Miri, Sarawak lokasi ini merupakan destinasi wajib mesti singgah:
Bukit Canada juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Canada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak ini, tetapi juga industri pelancongannya yang menarik. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Memandangkan Bukit Canada mempunyai nilai sentimental kepada Miri, sebuah Muzium Sains Petroleum telah didirikan di sebelahnya.
Muzium ini merupakan salah satu tarikan utama pengunjung di bandar Miri. Sebaik sahaja kaki melangkah ke sini, pelawat seolah-olah dibawa kembali ke era bermulanya industri petroleum di Miri dengan wujudnya replika patung manusia yang sedang menggerudi minyak dan menara yang tinggi menjulang langit. Selain lengkap dengan sejarah perkembangan petroleum, pengunjung pasti tertarik dengan reka bentuk bangunan muzium.
Tamu Muhibbah memang terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong luar berusia lebih dua dekad. Sesuai dengan namanya, pasar ini sangat muhibbah dek kerana para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antara yang boleh anda dapatkan jika berkunjung ke sini seperti hasil pertanian, sayuran dan buah-buahan segar yang dibawa dari pendalaman sekitar daerah Miri. Jika ingin mebawa pulang ole-ole, jangan lupa untuk membeli Gambir Sarawak, Perencah Laksa Sarawak, Beras Bario, Gula Apong, Kayu Serukai, Buah Dabai, Mangga Sarawak, Durian Mukak, Buah Terap atau Terubuk Ikan Masin.
Keindahan budaya pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak boleh dilihat dengan berkunjung ke Pusat Kraftangan Miri. Pusat itu dibuka kepada pengunjung setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara kraftangan yang boleh dibeli di sini ialah tembikar Sarawak yang dihiasi dengan motif tradisional seperti bunga terung selain motif burung kenyalang. Selain itu, lukisan bermotifkan masyarakat Dayak dan Orang Ulu juga turut dijual dengan harga berpatutan.
Pusat itu amat ideal bagi penggemar kraf buatan tangan seperti bakul, dan tikar rotan serta topi daripada kulit kayu. Menariknya pusat ini menempatkan pembuat kraf tangan dari pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Cina di bawah satu bumbung. Setiap premis menjual kraf tangan berdasarkan etnik masing-masing misalnya Orang Ulu menjual sumpit, hiasan manik dan topi kulit kayu.
Lebih kurang sejam pemanduan dari Bandar Miri, jangan lupa untuk singgah sebentar di Kampung Bungai di Bekenu. Di sini ada sebuah kawasan pelancongan yang tidak kurang popularnya iaitu Pantai Bungai. Pantai Bungai terkenal dengan kejernih airnya serta keindahan kawasan sekelilingnya yang masih terpelihara baik jauh dari kesibukan kota. Buat pengunjung yang gemar merakam momen indah pemandangan pantai, waktu paling ideal untuk ke sini menurut penduduk tempatan adalah pada pagi hari. Ketika itu air laut akan surut, maka pengunjung dapat melihat satu fenomena bentuk geografi yang begitu menarik dan unik.
Alang-alang sampai di Miri, masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar. Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari golongan berstatus bangsawan untuk datang melawat.
Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kampung Kuala Dulang Yan Kechil, Kedah tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dek teruja untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung ala Texas di kawasan sawah padi.
Pelbagai lapisan peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar masing-masing dan seterusnya berkongsi di media sosial. Susunan jerami gulung berlatar belakangkan sawah dan gunung menjadikan permandangan di kawasan itu cantik seakan berada di luar negara.
Menurut sumber Bernama, idea untuk menyusun jerami-jerami tersebut datangnya daripada golongan belia Kampung Kuala Dulang Kechil yang mahu menghias dan mewujudkan kawasan cantik di kampung itu. Sebanyak 24 gulung jerami dibeli oleh penduduk daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 pada Januari lepas.
Tahniah! Bagus idea orang muda kat situ kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!