Kalau sebut port makan menarik di SS15 Subang Jaya, JIBRIL antara nama yang menjadi pilihan ramai. Bukan saja terkenal kerana makanannya, tetapi juga sebab restoran ini ada identiti tersendiri yang buat orang rasa macam jumpa hidden gem di tengah kawasan yang sentiasa hidup.
Outlet yang terletak di SS15 ini juga merupakan cawangan pertama JIBRIL, dan sampai hari ini masih jadi salah satu lokasi yang ramai suka singgah untuk makan dalam suasana yang lebih santai tetapi tetap ada rasa eksklusif.
JIBRIL Restaurant SS15, Subang Jaya, Malaysia Kredit Foto: jibrilgoup / Instagram
Apa yang paling mencuri perhatian tentulah konsep speakeasy-style yang dibawa oleh restoran ini. Dari luar, tempat ini tidak nampak terlalu menonjol, tetapi bila melangkah masuk, suasananya terus berubah. JIBRIL sendiri menggambarkan outlet SS15 ini dengan vibe yang lebih classy, sebab itu ia cepat jadi pilihan untuk mereka yang suka tempat makan yang ada ambience tersendiri.
Ads
JIBRIL Restaurant SS15, Subang Jaya, Malaysia Kredit Foto: jibrilgoup / Instagram
Selain suasana, JIBRIL juga cukup kuat dari segi identiti menu. Restoran ini memang dikenali dengan hidangan berasaskan butter, malah laman rasminya sendiri menyebut mereka specialise in serving butter-based foods. Antara yang paling sering jadi sebutan tentulah Signature Salted Egg Butter Chicken, menu yang memang sudah cukup sinonim dengan nama JIBRIL.
Bukan itu saja, tempat ini juga sesuai untuk macam-macam jenis peristiwa. Sama ada mahu lepak santai dengan kawan, keluar makan malam, sambut ulang tahun kelahiran kecil-kecilan atau sekadar cari tempat makan yang lain sedikit daripada biasa, JIBRIL memang ada daya tarikan itu. Pada laman rasmi mereka, JIBRIL turut menonjolkan ruang mereka sebagai lokasi yang sesuai untuk “get-together” dan “celebration”.
JIBRIL Restaurant SS15, Subang Jaya, Malaysia Kredit Foto: jibrilgoup / Instagram
Satu lagi yang menambah karakter restoran ini ialah pilihan mocktail mereka yang agak menonjol. Nama-nama seperti Newton, Specter, Cleopatra, Onde-onde dan Mango Cheesecake buat pengalaman makan di sini terasa lebih fun dan tak terlalu biasa. Ia mungkin nampak macam perkara kecil, tapi benda seperti inilah yang biasanya buat orang lebih ingat sesebuah tempat makan.
Ads
Kalau anda sedang cari port makan di Subang yang bukan sekadar sedap, tetapi juga ada suasana dan identiti sendiri, JIBRIL SS15 memang antara tempat yang patut dicuba. Dari konsep hidden gem, menu butter-based yang kuat hinggalah ambience yang lebih classy, memang mudah faham kenapa tempat ini masih kekal jadi pilihan ramai sampai sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahu tak negara kita mempunyai pemandangan langit menarik bagi merakam pemandangan angkasa, bintang-bintang atau bima sakti (Milky Way) pada sebelah malam?
Lebih menarik jika aktiviti sebegini dilakukan bersama keluarga. Jika di luar negar, bersantai di kawasan lapang sambil menyaksikan langit indah merupakan perkara biasa yang sering dilakukan, cuma di negara kita masih kurang pendedahan.
Tip untuk mencari kawasan langit yang cantik, anda haruslah mencari lokasi gelap dan terhindar daripada pencemaran cahaya iaitu merujuk kepada situasi pencahayaan global yang semakin meningkat atau masalah pencahayaan bukan semula jadi berlebihan atau terlalu terang pada sebelah malam.
Destinasi seperti Kuala Kubu Bharu, Selangor atau ke Tasik di Lembah Krau Bentong, Pahang merupakan port biasa untuk merakam imej angkasa. Kuala Kubu Bharu ialah tempat terhampir dengan Kuala Lumpur bagi merakam imej bima sakti.
Ramai peminat seni fotografi angkasa sanggup meredah semak dan menahan gigitan nyamuk demi kepuasan diri mendapatkan gambar terbaik. Lokasinya berhampiran Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Kawasan ini mempunyai keindahan tasik yang mempesonakan dan dikelilingi oleh bukit bukau.
Kebersihan alam semulajadi masih terpelihara tanpa pencemaran. Langitnya yang begitu bersih dengan kebersihan alam semulajadi memungkinkan anda untuk menikmati bintang-bintang dan Milky Way.
Bagi peminat astrofotografi di selatan tanah air, lokasi kegemaran untuk aktiviti ini pula ialah di Tanjung Kesang, Mersing, Johor. Kalau rajin anda boleh memandu hingga ke Tanjung Kesang. Lokasi ini juga sebelum ini menjadi tumpuan peminat astronomi dari negara jiran, Singapura selain pelancong Eropah.
Ini kerana ada penginapan di kawasan tinjauan untuk merakam imej angkasa. Dikatakan dari bilik rumah penginapan sudah boleh lihat dengan jelas bintang atau entiti angkasa dengan jelas.
Selain itu Sabah dan Sarawak juga antara destinasi kegemaran merakam buruj, bima sakti atau gerhana matahari. Gunung Kinabalu antara lokasi terbaik untuk mendapatkan rakaman fenomena menarik di langit. Umpama anda begitu hampir dengan bintang-bintang untuk dipetik. Ditambah dengan foreground yang menarik. Jika bertuah, tahi bintang juga boleh anda saksikan di sini.
Anda juga boleh membuat cerapan ‘Deep Space Object’ di Kampung Sungai Padang, Papar, Sabah. Lokasi seperti Kundasang dan Mesilau juga menjadi pilihan penggemar langit indah selain Kuala Penyu, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Jalan Pintasan Kota Belud-Ranau, Melangkap, Tegudon, Tambatuon dan juga Tamparul.
Kuala Penyu merupakan salah satu kawasan yang terletak di pedalaman Sabah. Ianya terletak berhampiran dengan Taman Negara Pulau Tiga. Pantai Tempurung adalah kawasan pantai yang popular di sini. Di Sabah, ia merupakan salah satu lokasi popular menyaksikan keajaiban langitnya. Jika ada peluang sila la ke sini ya!
Lokasi lain seperti di:
Pulau Perhentian di Terengganu tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja pulaunya yang indah dan membiru yang memberikan ketenangan sewaktu bercuti, keadaan langit malamnya juga indah mempesonakan bagi yang tahu menikmatinya.
Langitnya yang bersih tanpa pencemaran memberikan anda peluang menyaksikan keindahan langit. Jika nasib anda baik, anda berpeluang menyaksikan taburan bintang-bintang begitu mengasyikkan.
Taman Negara Penang juga lokasi ideal untuk merakam atau menyaksikan Milky Way dengan jelas. Anda boleh berkhemah di mana-mana yang sesuai untuk mendapatkan fotografi terbaik bintang-bintang yang menghiasi langit.
Ramai yang suka datang ke Broga Hill untuk menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam. Sekali sekala apa kata cuba mendaki ke puncak bukit ini pada malam hari untuk menikmati keindahan bintang-bintang di dada langit yang sangat indah. Paling penting jangan naik seorang diri, berteman lebih baik dan enjoy.
Fraser Hill bukan sahaja menjadi lokasi pelancongan yang bersuhu sejuk dan nyaman, keindahan alam semulajadinya juga memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang datang bercuti. Jika cuaca baik dan langit cukup cerah, pada malamnya anda patut keluar menikmati keindahan bintang-bintang yang menghiasi langit Bukit Fraser.
Cameron Highland memang lokasi pelancongan tanah tinggi pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Malaysia. Pada malam hari, keluar sebentar dari kamar penginapan anda dan menuju terus ke kawasan ladang teh. Anda pasti teruja melihat Milky Ways ‘kepunyaan’ Cameron Highlands yang sangat menarik.
Cantik betul kan? Jom la cari port tengok langit indah
Sektor pelancongan di Selangor semakin mendapat mendapat perkembangan positif di mata pelancong tidak kira pelancong domestik mahupun antarabangsa. Ini kerana Selangor terkenal dengan landskap semula jadi yang indah dan tidak ada cara yang lebih baik untuk melihatnya selain daripada berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di sini.
Oleh itu, bersiap sedia untuk mengisi senarai bucketlisttravel anda untuk tahun ini dengan destinasi pilihan kami di Selangor. Bersiap sedia selama setahun penuh untuk anda menempuhi pengembaraan dan yang perjalanan hebat di Selangor!
Sky Mirror, Kuala Selangor
Pantai Kuala Selangor adalah tarikan pelancong yang unik dan hanya boleh diakses oleh pelancong dua kali sebulan: semasa awal bulan dan bulan mengambang. Pantai ini terletak kira-kira 3 kilometer dari perkampungan nelayan di Jeram, Selangor.
Selalunya, kawasan pantai ini ditenggelami air, menjadikan pantai ini tidak dicatatkan di dalam peta. Ketika arus air berada di kedudukan yang sesuai, akan muncul satu fenomena yang dipanggil ‘Salar de Uyuni Malaysia’.
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai. Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong.
Pulau ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agriculture.
Royal Klang Heritage Walk (Free Guided Walk Tour)
Royal Town Klang Heritage Walk ini bertujuan untuk menonjolkan daya tarikan bandar Klang yang mempunyai watak dan tarikan unik peninggalan penjajah, rumah ibadat, sekolah dan stesen bomba lama, bangunan kerajaan, dan gudang timah yang dibina oleh masyarakat Melayu pada zaman dulu.
Sebagai sebuah bandar diraja dan bekas ibunegeri Selangor, Klang mempunyai banyak bangunan yang mempunyai ciri-ciri bersejarah dan kuno yang diilhamkan oleh struktur tradisional. Tapak-tapak warisan di Klang boleh dikunjungi dengan aktiviti berjalan kaki melalui lawatan yang disediakan percuma oleh Majlis Perbandaran Klang dan Tourism Selangor (Free Guided Walk Tour)
Majlis Perbandaran Klang dan Tourism Selangor telah mengenal pasti 11 tarikan pelancong untuk berjalan kaki. Aktiviti yang dipanggil The Royal Klang Town Heritage Walk ini dipandu oleh pemandu pelancong yang profesional, dan anda boleh pergi ke tempat-tempat eksklusif sekitar Klang melalui aktiviti ini sahaja.
Laluan yang hanya melibatkan jarak berjalan kaki sejauh 3 kilometer ini mudah untuk dilalui oleh semua peringkat umur kerana laluan ini mengikuti laluan pejalan kaki di dalam dan di sekitar pusat bandar. Aktiviti yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam ini turut dilakukan dalam bahasa Inggeris.
Kuala Kubu Bharu Hidden Gem Activities
Kuala Kubu Bharu adalah bandar yang anda akan lalui jika dalam perjalanan ke Bukit Fraser melalui Rawang. Pekan Kuala Kubu Bharu ini terletak lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Lumpur dan berusia kira-kira 80 tahun.
Memandu ke sini dari Kuala Lumpur menggunakan jalan raya dari Rawang akan mengambil masa kira-kira 1 jam. Pekan Kuala Kubu Bahru ini pada asalnya dikenali sebagai Kuala Kubu dan terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah di Selangor
Ia dahulu menjadi kubu Raja Mahadi ketika beliau bertempur dengan Tengku Kudin semasa perang saudara Selangor dari tahun 1867 hingga 1874. Hari ini, pusat pekan ini dipelihara dengan baik dengan penambahbaikan infrastruktur seperti tempat letak kereta, pokok-pokok yang menghijau dan persekitaran yang bersih.
Anda dapat melihat gunung dari pekan yang menyenangkan dan tenang ini dan terdapat beberapa deretan rumah kedai yang berusia sekitar 80 tahun yang kebanyakannya telah diubah suai dan dicat semula.
Cubalah beberapa makanan tempatan di sana dan cuci mata dengan melihat-lihat sekitar kawasan pekan Kuala Kubu Bahru. Terdapat juga beberapa tarikan di pekan ini seperti Air Terjun Chilling, aktiviti paragliding, whitewater-rafting, rope-swing, aktiviti basikal gunung, mendaki gunung, glamping dan banyak lagi.
Agro Pelancongan Tanjung Sepat
Tanjung Sepat adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 95 kilometer di selatan pusat bandar Kuala Lumpur. Pengunjung sering membuat lencongan ke sini untuk melawat kampung nelayan dan menikmati hidangan masakan tempatan di sini.
Pekan ini juga merupakan destinasi pelancongan eko/agro yang semakin pesat dengan bilangan pelawat yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Suasana deretan bas pelancong yang singgah ke sini adalah pemandangan biasa terutama pada hujung minggu kerana pengunjung tempatan dan asing teruja untuk merasai budaya dan pemandangan tradisional di kampung yang tenang dan menarik ini.
Sesetengah produk pelancongan agro yang ada di sini ialah Bakaugruv Kampung Resort, Kuan Wellness Ecopark dan Homestay Ganofarm. Bagi pencinta makanan, anda boleh menemui beberapa kopi citarasa kopitiam yang asli, kuih pau, fishball, makanan laut dan banyak lagi.
Pusat Warisan Kajang (FreeGuidedWalkTour)
Pusat Warisan Kajang adalah sebuah galeri kecil yang terletak di bandar Kajang dan bersebelahan dengan Maybank. Pusat Warisan Kajang ini penuh dengan koleksi yang berkaitan dengan bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.
Anda seharusnya mengunjungi tempat ini sekiranya berkunjung ke Kajang dan selain itu, pusat warisan ini sendiri menggalakkan penglibatan komuniti dalam membina persekitaran yang lebih menarik melalui sejarah, budaya dan seni kreatif.
Program Budaya dan Warisan di Muzium Sultam Alam Shah (FreeCulturalPerformanceShow)
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memperkenalkan program yang diilhamkan daripada budaya dan warisan Melayu setiap hari Ahad, minggu kedua setiap bulan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Program ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan budaya dan seni dalam bentuk tarian tradisional, permainan tradisional, dan sebagainya.
EcoAdventureActivities, Batu Cave
Tangga Batu Caves mempunyai rupa baru yang berwarna-warni dan ia sangat cantik. Pelancong kini mempunyai lebih banyak sebab untuk melawat Batu Caves yang ikonik sebagai hotspot pelancongan dengan persekitarannya yang telah dinaiktaraf.
Gua Gelap merupakan salah satu gua utama di bukit Batu Caves yang terletak 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Gua Gelap merupakan salah satu tarikan pelancong Batu Caves yang mesti dikunjungi kerana ia menjadi rumah kepada spesis haiwan purba yang berusia 100 juta tahun iaitu labah-labah Trapdoor (Liphistius batuensis), satu daripada labah-labah yang eksotik di dunia.
Gua ini juga mempunyai ekosistem yang unik dan mempunyai kepentingan ekologi luar biasa dari segi sains dan pendidikan. Gua Gelap mempunyai ciri khas tersendiri dalam bentuk struktur dalamannya seperti stalaktit, stalagmit, alur batu, mutiara gua, langsir gua, lajur dan gour-pool.
Gua di sini dilindungi dan ianya adalah sebahagian daripada usaha pemuliharaan di mana pelancongan pendidikan dan lawatan pengembaraan untuk orang awam dijalankan dengan tertib oleh jurupandu profesional. Selain itu, Taman Ekstrem Damai di sini turut mempunyai aktiviti mendaki gunung.
Selangor Fruit Valley
Ia merupakan destinasi agro pelancongan terbaik di Selangor dan satu langkah ke hadapan dalam memodenkan sektor pertanian di negeri ini. Anda boleh merokai ladang buah tropika yang luas di Selangor Fruit Valley ini bersama orang yang tersayang.
Kanak-kanak boleh terlibat dalam pembelajaran interaktif dan mencuba aktiviti luar yang menyeronokkan seperti menaiki trem, zoo petting (rusa, arnab, landak dan tikus guinea), melawat taman herba (terdapat 150 spesies herba), melawat taman orkid, aktiviti menanam sayur-sayuran, melawat ladang lebah, bermain mountain bike, aktiviti menoreh getah dan berehat di Rumah Kampung dengan semua haiwan yang ada di ladang ini.
Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Mövenpick Hotels & Resorts telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan hotel dan pusat persidangan yang moden dan menarik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terletak hanya beberapa minit dari KLIA dan KLIA2, hotel ini mempunyai seni bina yang unik, kemudahan tetamu kelas pertama dan kemudahan untuk acara yang besar kerana mempunyai salah satu pusat konvensyen terbesar di negara ini.
Hotel ini mempunyai 333 bilik dan suite dengan teknologi terkini di setiap bilik. Bilik-bilik eksekutif dan suites menawarkan akses ke lounge eksekutif dengan hidangan bufet setiap hari dan pelbagai kemudahan tambahan yang lain.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA akan dijadikan tempat utama untuk semua jenis acara, termasuk beberapa pameran dan persidangan antarabangsa terbesar di rantau ini akan datang.
Mitsui Outlet Park, KLIA
Mitsui Outlet Park (MOP) terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia telah memperluaskan lagi kawasan perniagaannya dengan tambahan lebih daripada 20 kedai baru, menjadikan jumlah terkini menjadi 170 kedai.
MOP adalah factoryoutletpark terletak 60 kilometer dari KL dan 6 kilometer dari KLIA dan KLIA2. Berkonsepkan kedai kilang, MOP menawarkan pelbagai jenama dan produk bermutu tinggi dan mewah dengan diskaun yang menarik.
Tidak dilupakan juga Japan Avenue yang memperkenalkan seni, budaya, muzik dan masakan Jepun. Menerusi pelbagai kumpulan pelanggan, MOP juga menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dari masakan Melayu asli, makanan timur dan barat, kafe dan pelbagai lagi hidangan makanan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
Kuala Lumpur sememangnya sebuah kota yang tidak pernah tidur. Setiap sudutnya penuh dengan cerita dan sejarah tersendiri yang memberikan 1001 makna kepada yang benar-benar...