Di luar negara, ikan salmon pulang ke hulu sungai untuk bertelur, di Gerik ikan loma dari Tasik Chenderoh pula pulang ke hulu Sungai Kuala Rui dalam kuantiti yang sangat besar untuk bertelur.
Dari September hingga Disember; bulan yang ditunggu penduduk kampung, malah orang Ipoh,Baling, Kelantan turut datang berkongsi rezeki alam dengan mencandat, menagguk, menyauk dan menjala ikan loma. Hasil tangkapan paling tinggi mampu cecah 100kg sehari kalau tepat kena masanya!
Satu kawasan yang dikenali sebagai Dataran Ikan Loma dibina di sini dengan kos RM80,000 bagi memudahkan orang ramai menyauk ikan loma. Sini jadi pesta orang ramai menaikkan ikan loma.
Ikan loma sedap digoreng rangup dengan cili kering dan bawang serta dibuat pekasam. Paling lazat ialah telurnya.
Terliur aih masak pekasam macam ni!
Ads
Ikan Loma atau ikan Lomah merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Thynnichthys thynnoides.
Ikan Loma selalunya bergerak dalam kumpulan yang besar dan terdapat tasik-tasik dan lombong. Diet utamanya adalah plankton dan tumbuh-tumbuhan air.
Ads
Bentuk ikan ini seperti ikan Tongsan atau ikan Temelian malah dipanggil ikan Tongsan Loma. Saiznya boleh menjadi panjang, sehingga 0.6 meter.
Foto: Kenderong Pahat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang suka mencabar keupayaan diri sendiri. Saat hormon adrenalin dilepaskan, satu kelegaan dapat dirasakan. Tak hairanlah mereka yang mahu mencabar diri begini akan memilih sukan-sukan lasak seperti memanjat gunung, bermain permainan di anggap berani mati dan banyak lagi.
Bagi korang yang suka mencabar keupayaan diri, masukkan Taman Tema Austin Heights dalam list untuk kunjungi.
Ini kerana taman tema ini menggabungkan taman tema air (water park), Adventure Park serta Sport & Leisure Park yang menawarkan keserokan luar biasa pada musim panas di Johor Bahru.
Austin Heights Water & Adventure Park merupakan destinasi yang mesti dikunjungi jika anda ke Johor Bahru dan merupakan salah satu tempat menarik di Johor.
Korang boleh buat bermacam-macam aktiviti menyeronokkan di sini bersama bersama keluarga dan rakan-rakan anda kerana di sini, banyak aktiviti ekstrem dan mendebarkan boleh dilakukan di sini. Sudah lama dibuka namun publisiti mengenainya tidak begitu meluas hingga tempat ini jarang diberi perhatian oleh orang luar dari Johor.
Paling best, di Taman Tema Austin Heights ini, ada banyak aktiviti-aktiviti menarik yang direka khas untuk semua peringkat umur termasuk golongan kanak-kanak.
Lokasi percutian Austin Heights Water & Adventure Park merupakan pilihan yang tepat untuk anda bergembira dan berseronok sekiranya anda merancang untuk melancong ke Negeri Johor selepas tamatnya PKP (Lockdown) nanti.
Harga tiket di sini berbeza mengikut taman tema. Tiket-tiket boleh dibeli melalui online atau terus di kaunter tiket. Bagi memudahkan korang bersuka ria di sini, belilah tiket secara dalam talian. Difahamkan bagi taman tema air (waterpark) harga tiket bagi dewasa ialah RM80 dan kanak-kanak di bawah tiga tahun hanya RM12. Bagi ukuran ketinggian 120cm dan ke bawah, harga taman tema hanya RM70 iaitu menyamai harga tiket warga emas (60 tahun ke atas).
Kalau dari KL, perjalanan lebih kurang 3-4 jam sahaja dan korang boleh waze Taman Tema Austin Heighs.
71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor [WAZE] Austin Heights Water & Adventure Park 019-716 3183 http://www.funtime.my/
Gambar : Sumber : Tourism Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bangun terus gelongsor masuk pool, suasana macam ini anda boleh dapat di Carpe Diem, Orchard Home, Serendah, Selangor.
Apa yang menarik, banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh buat bersama keluarga tersayang, seronok!
Carpe Diem, Orchard Home Serendah
Memang best stay dekat sini, anak-anak semua teruja setiap masa boleh mandi. Harga bawah RM300 sahaja.
Suasana Bilik Pun Luas
Bilik ada banyak, kawasan halaman sangat luas, sesuai untuk reunion dengan keluarga atau sahabat handai.
Dekat sini juga ada mini zoo, ada arnab, kambing, angsa, dan lain-lain. Jadi yang minat bermain dengan binatang jinak, boleh bagi makan pada arnab di situ. Confirm, anak suka!
Kaki pancing pun akan suka datang sini sebab ada kolam pancing untuk mengisi masa dengan memancing.
Kesimpulannya farm resort ini ada swimming pool, dusun buah, mini farm, mini zoo dan boleh petik buah serta sayur-sayuran. Semua free! Paling seronok dapat sayur, buah dan telur ayam fresh.
Lokasi:
Carpe Diem Orchard Home, Serendah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Lahad Datu yang terletak di bahagian pantai timur Sabah pernah menjadi buah mulut hingga ke peringkat antarabangsa setelah peristiwa hitam yang melanda lokasi terbabit dalam kes pencerobohan dan serangan ‘lanun’ Filipina di Lahad Datu pada tahun 2013. Namun kisah itu meninggalkan kesan di hati sesetengah pelancong sehingga ada yang takut untuk menjejakkan kaki di Lahad Datu.
Libur berkesempatan menjejakkan kaki di Lahad Datu baru-baru ini anjuran Tourism Malaysia. Berada di Lahad Datu tiada yang asing atau janggal yang boleh dilihat. Daerah Lahad Datu sama sahaja seperti di daerah lain yang ada di Sabah selamat untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja.
Jika anda dari Kota Kinabalu boleh menggunakan beberapa cara untuk ke Lahad Datu. Antaranya menggunakan pengangkutan darat atau udara. Jika memilih untuk menggunkan penerbangan udara hanya 45 minit sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini. Namun jika berkereta, sekitar 7 hingga 8 jam masa perjalanan diperlukan untuk sampai dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.
Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh anda singgah jika sampai ke Lahad Datu antaranya Menara Kayangan. Menara Kayangan merupakan sebuah menara berketinggian 33 meter bersamaan hampir 10 tingkat bangunan yang dibina di Gunung Silam terletak 11km dari bandar Lahad Datu.
Persimpangan untuk ke menara ini juga merupakan pintu masuk yang sama jika hendak ke Lembah Danum Conservation Centre. JNamun untuk ke Lembah Danum anda perlu meneruskan lagi pemanduan sejauh 63km lagi.
Menara pemerhatian ini menyajikan pemandangan alam semulajadi Hutan Simpan Sapagaya dan terletaknya gunung paling tinggi di Lahad Datu iaitu Gunung Silam. Lokasi ini terletak pada ketingian 625 meter dari aras laut dan menghadap Teluk Darvel yang begitu indah dan memukau. Terdapat hampir tujuh buah pulau yang meliputi Teluk Darvel seperti Pulau Serangga, Pulau Saga, Pula Lela dan lain-lain lagi.
Teluk Darvel turut tular beberapa bulan kebelakangan ini dan diyakini mampu menarik kedatangan pelancong dunia berikutan penemuan tapak selam skuba yang ikonik dikenali sebagai ‘Blue Hole’ (Lubang Biru) di Terumbu Tingkayu. Penemuan itu direkodkan oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel. Lebih menarik, Blue Hole itu ditemui dengan dua struktur lubang biru, berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya ada satu lubang.
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 4.30 petang
Harga Tiket
(Warganegara)
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00
(Bukan Warganegara)
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak: RM 7.00
Selain menara tinjau, pengujung juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti mendaki. Terdapat 7 laluan untuk mendaki dari Hutan Simpan Sapagaya ke Gunung Silam mengikut level laluan yang berbeza seperti Kayangan Trail, Kalung-Kalungan Trail, Kubang Badak Trail, Kubu Jepun Trail, Air Terjun Lompat-Lompat Trail, Air Mata Air Trail dan Syurga Binatang Trail.
Kemudahan turut tersedia berhampiran Menara Kayangan seperti tapak perkhemahan, restoran dan tadas.
Paling menarik, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai flora fauna terutamanya Buluh Pirin iaitu tunas buluh turun ke bawah, kawasan tinggalan tentera Jepun dan ketam merah yang banyak terdapat di kawasan ini. Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...