Ketika ini industri perhotelan negara sedang bergelut dan berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Semua pasti sedar akan perkara tersebut.
Namun ia tidak menghalang sebuah hotel di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi untuk ‘tetap bersemangat’ dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.
Ads
Inisiatif Hotel Tenera menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 dipuji netizen. Mesej-mesej positif ini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar kawasan hotel pada malam hari. Ada kalanya mesej yang dipaparkan begitu menghiburkan dan terasa dekat dengan orang ramai.
Ads
Tahniah Hotel Tenera kerana bersama-sama membantu dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan kerajaan dan pihak berkuasa untuk masyarakat kekal di rumah ketika PKP. We love you too Hotel Tenera!
Terletak hanya lima minit dari Pekan Kuala Pilah, La Hilir Tiny House sebuah penginapan berkonsepkan glamping yang cukup selesa dan menenangkan.
Dikelilingi tumbuhan menghijau, kalau menginap kat sini pasti boleh bayangkan bau kesegaran tumbuh-tumbuhan yang ada terutamanya pada waktu pagi dan selepas hujan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bila menginap di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar yang cukup mendamaikan, bermain badminton, dan kalau nak mandi sungai boleh ke sungai yang terletak tak jauh dari tempat ini.
Waktu malam kalau nak BBQ juga boleh kerana tempat ini turut menyediakan tempat untuk anda bersantai-santai meluangkan masa berkualiti bersama.
Mempunyai 2 glamping menjadikan tempat ini cukup privasi bagi anda yang memilih untuk staycation di sini. Tak perlu risau tentang makanan kerana pakej yang disediakan turut menyediakan hidangan enak oleh pemilik tempat ini sendiri.
Staycation kat sini sehari dua, sambil menikmati pemandangan indah dengan hirupan segar kopi panas pasti buat minda lebih tenang. Nak gathring dengan kawan-kawan atau bawa family pun sesuai!
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui.
Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
Taman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing.
Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.
Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin).
Alamat: Ledang, Johor
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi. Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan.
Alamat: Pekan Nenas, Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi anda suka akan kedamaian dan alam hijau yang tenang, Gunung Jerai merupakan lokasi wajib singgah ada dalam senarai percutiaan anda sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.
Gunung Jerai merupakan salah satu produk pelancongan di negeri jelapang padi Kedah yang mempunyai cuaca menyegarkan. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14 kilometer dari kaki gunung ke puncak menggunakan kenderaan. Di sini juga tersedia kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni.
Kedinginan udaranya amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Dikongsi oleh : Cheq Na
Hai Rakan Traveler. Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah. Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi ini. Dengan suhu di antara 19°C hingga 24°C, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.
Sebelum naik pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik. Alhamdulillah badak cheq naa baru servis. Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate semalam berubah-ubah.
View yang sangat cantik berlatar belakangkan sawah padi dan pantai murni. Anda juga boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan, sekali sarapan pagi Bagi Cheq Naa penginapan 2 hari 1 malam sudah memadai memandangkan aktiviti yang terhad dan kawan² hanya boleh menikmati juadah yg disediakan di cafe sedia ada.
Alhamdulillah.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...