Suka dengan aktiviti lasak dan berbeza daripada biasa, jom ke Mont K Skybike di Ranau, Sabah.
Asalnya Kampung Kigiok, Ranau di Sabah ini terkenal sebagai pusat ternakan arnab comel yang diberi nama Ranau Bunny Farm.
Jom ke Mont K Skybike di Ranau!
Pemiliknya, Wong Ko Siong mempelbagaikan lagi aktiviti di premisnya dengan menawarkan Mont K Skybike iaitu berbasikal di atas awan dengan pakej panorama Gunung Kinabalu yang mempesonakan.
Trek sepanjang 200 meter pergi dan balik merentasi dua kawasan cerun memang nampak mengujakan dan pasti melonjakkan adrenalin sesiapa ketika berada pada ketinggian lebih 30 meter dari tanah.
Ads
Soal keselamatan, tidak perlu terlalu bimbang kerana Mont K Skybike menyediakan tenaga kerja profesional yang mengawasi pergerakan pelancong.
Boleh Merasa Pengalaman Naik Buaian Gergasi
Tidak hanya berbasikal di atas awan, di sini juga ada buaian gergasi. Dengan menaikinya, keterujaan akan memuncak secara automatik apabila hayunan mencecah lebih 30 meter di kawasan lereng bukit.
Ads
Bagi anda yang mahu mencuba aktiviti baharu ini, waktu paling ‘cantik’ adalah pada waktu pagi kerana pemandangan gunung yang cantik tanpa diselaputi awan.
Owh ya, di sini juga pakej sewa baju untuk mereka yang mahu bergambar kenangan di atas awan sama ada ketika bermain buaian atau berada di puncak Ginipis 360 Darjah!
Ada Arnab Jinak
Ads
Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, anda tidak perlu risau kerana mereka tidak akan bosan melayan lebih 200 arnab jinak yang ditempatkan di kawasan ladang dihiasi dengan dekorasi payung berwarna pelangi.
Di Slovenia, sebuah gua pelancongan mempamerkan tiga ekor ‘anak naga’ yang menetas pada 2016 selepas kejayaan pembiakan spesies olm atau proteus (proteus anguinus) yang jarang berlaku. Olm tersebut dipercayai telah berada di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana selama jutaan tahun. Haiwan yang dikategorikan sebagai amfibia yang buta itu boleh mencapai ukuran maksimum 35 sentimeter panjang dan saiznya jauh lebih kecil daripada naga menakutkan yang sering diceritakan dalam kisah rakyat.
Keputusan untuk mempamerkan bayi naga itu dibuat beberapa hari selepas salah sebuah gua terbesar di Eropah itu yang biasanya menarik 700,000 pengunjung setiap tahun dibuka semula selepas penutupan selama tiga bulan akibat wabak COVID-19. Hanya 30 pengunjung dibenarkan untuk melihat sendiri spesies pemangsa purba akuatik itu yang dipercayai boleh hidup sehingga 1,000 tahun dan dibiakkan sekali dalam tempoh sedekad.
Difahamkan, bagi memastikan ia terus hidup dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang haiwan itu, pihak berkuasa gua telah menempatkan kesemuanya di dalam sebuah makmal secara rahsia.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan tiga daripada 21 anak olm yang merupakan baka naga terkenal,” kata jurucakap Postojna.
Tak sangka ada resort cantik dalam hutan, ini lah The Shorea Negeri Sembilan! Suasana itu cukup mahal apabila dikelilingi dengan pokok hijau. Teduh yang amat.
Menurut pengalaman saudari Naabila, berbaloi masuk hutan apabila sampai lokasi secantik ini.
Okay, ini adalah beberapa kelebihan tempat ini. The Shorea, Negeri Sembilan mempunyai Rafflesia Duplex Pool + Dahlia Garden. Jumlah semua bilik tempat ini dalam 4 bilik. Ruang ini boleh masuk up to 10 adults.
Untuk harga, dikenakan RM2,544 untuk 2 hari 1 malam termasuk:
High tea
Dinner
Q Floating breakfast
Dekorasi Hari Lahir + semua bilik dihias cantik
Lava Chocolates (for birthday)
6% SST
Owh ya, pihak resort juga ada sediakan bbq pit kalau anda nak guna. Ada congkak dan beberapa permainan lain (monopoly, dam ular) untuk bonding time dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Tiada TV, memang datang nak healing. Maka okay lah layan mood bercuti tanpa gangguan lain. Nak rehat dan bertenang memang sesuai.
Kalau guna phone, line coverage tidak begitu bagus bila ot too resort ini dekat bukit tetapi jangan risau sebab ada wifi disediakan.
Suasana bilik memang puas hati ya, romantik dan sesuai juga kalau datang nak berbulan madu.
Tempatnya memang kena masuk ke dalam, tetapi bila anda sampai di sini, pasti rasa nak repeat untuk rehatkan minda yang kadang kacau.
Jika ada sebarang masalah, boleh cari staff yang sangatlah membantu dan peramah. Nanti datang lah sekali! Nak datang waktu raya pun boleh, ajak keluarga berlibur rapatkan hubungan. Yang penting, enjoy bersama anak-anak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Terkenal sebagai syurga makanan, Pulau Pinang juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Dihubungkan dari tanah besar melalui dua jambatan yang cukup gah dan dikenali ramai, kalau pi bercuti ke Pulau Pinang, ini antara tempat yang perlu anda lawati yang disarankan oleh Nurhumairah Zain Azmi.
PULAU PINANG : BUKAN SEKADAR PULAU
Ketibaan Captain Francis Light ke bumi Pulau Pinang bermula pada tahun 1786 dimana termetrainya perjanjian antara Francis Light dengan Sultan Kedah. Pulau Pinang dijadikan sebagai tukar ganti oleh Syarikat Hindia Timur kepada Kedah dengan memberikan perlindungan keselamatan kepada bumi Jelapang Padi tersebut.
Pulau Pinang yang dahulu, bukanlah Pulau Pinang yang sekarang di mana penduduk, ekonomi, struktur bangunan, kemudahan awam dan landskapnya telah berkembang pesat seiring zaman. Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh penduduk di pulau itu dan juga pelancong dari luar.
Keindahan Pulau Mutiara ini meliputi keindahan bukit-bukau, laut, hutan, dan struktur banggunan bersejarahnya sehinggakan Pulau Pinang menjadi salah satu tempat perlancongan yang wajib dilawati penduduk dari seluruh dunia.
Padang kot merupakan satu kawasan yang terletaknya di bandaraya Georgetown. Padang kota boleh dibahagikan kepada dua iaitu padang kota lama dan padang kota baru. Padang kota ini sering dijadikan tempat untuk mengadakan majlis-majlis penting seperti sambutan hari kemerdekaan, sambutan Tahun Baru, dan juga acara -acara yang lain. Kelebihan Padang Kota ini yang menghadap ke arah laut dapat menjaminkan ketenangan buat pelancong yang mencarinya.
Selain itu, permandangan laut yang luas dapat dilihat dari tembok benteng membuatkan mana-mana pengunjung berpeluang untuk mengamati permandangan jambatan Pulau Pinang yang menggabungkan pulau dan tanah besar. Padang kota juga turut menjadi tumpuan pelancong kerana di dalam Padang Kota itu sendiri terdapat banggunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Fort Cornwallis ini asalnya merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh British.
2. Penang Street Art
Penang Street Art merupakan satu tempat perlancongan di Pulau Pinang yang menyediakan pelbagai mural yang membolehkan pengunjungnya untuk bergambar. Street Art bukan sahaja terdapat di Georgetown malah ianya juga terdapat di Butterworth dan Street Walk di Balik Pulau. Street Art mula terkenal di Pulau Pinang ialah dengan hasil lukisan dari seorang pelukis yang berasak dari Lithuania, iaitu Ernest Zacharevic.
Street Art atau street mural ini terletak di georgetown. Bukan sahaja mampu untuk menarik perhatian penduduk tempatan, malah ianya juga berjaya menarik perhatian pelancong yang datang dari luar yang cintakan keindahan lukisan mural.
Ernest Zhacarevic bukan sahaja meninggalkan satu lukisan, malah banyak lagi lukisan-lukisan beliau yang menarik dan indah antaranya di Chew Jetty (Boat), Lebuh Armenian (Kids on a bicycle), Lebuh Ah Quee (Old motorcycle, boy on a bike), Lebuh Cannon (boy on a chair, Lebuh Chulia (broken heart) dan banyak lagi. Pelancong yang hadir boleh melihat keindahan lukisan ini pada bila-bila masa oleh kerana ianya tidak ada had waktu untuk melawat.
3. Bukit Bendera
Bukit bendera juga merulakan salah sayu tempat yang menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Bukit Bendera menjadi tempat kawasan tarikan pelancong oleh kerana suhunya yang nyaman,sejuk dan sederhana. Permandangan dari atas bukit bendera tersebut dianggap amat berharga kerana ianya mampu untuk memaparkan keseluruhan keindahan permandangan di Georgetown.
Pada asalnya Bukit bendera ini dibuka oleh penjajah bagi tujuan menanam Strawberi disebabkan oleh tempatnya yang tinggi dan suhunya yang sejuk dan dingin. Bukit Bendera ini terletak pada ketinggian 830 meter. Secara umumnya, bukit ini bukit ini lima darjah celcius lebih dingin daripada paras laut.
Bukit Bendera bukan sahaja menyediakan keindahan pada permandangan semata-mata, tetapi ianya juga mempunyai taman burung, muzium burung hantu, kedai-kedai makan yang pelbagai serta terdapat juga kuil Hindu dan Masjid bagi orang Muslim untuk beribadah. Untuk sampai ke puncak bukit bendera disediakan dua pilihan iaitu yang pertama pelancong boleh memilih untuk menaiki train keretapi dan pilihan yang kedua ialah pelancong boleh memilih untuk menggunakan laluan jungle tracking. Tidak lupa juga pada keindahan flora dan fauna yang bervariasi yang sangat menarik sehinggakan ianya tidak dapat digambarkan dengan lisan.
4. Tropikal Spice Garden
Kedua-dua pengasasnya iaitu David dan Rebecca Wilkinson memiliki ilham untuk mewujudkan taman tropika yang mampu memberikan ketenangan. Mereka berdua bersama dengan ahli-ahli pasukan yang berbakat — Lim In Chong, Frederick Walker, Katharine Chua dan Kenneth Khoo telah berjaya mengubah ladang getah terbiar kepada taman yang telah memenangi Anugerah Destinasi Eko-Pelancongan di Asia Tenggara.
Tropical Spice Garden mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam pada November 2003 mempamerkan lebih 500 jenis fauna yang eksotik dan flora (penekanan kepada rempah) di sekitar hutan yang mempunyai keluasa hampir 8 ekar. Kunjungan pelancong ke sini akan disambut dengan haruman rempah ratus dan juga bunyi unggas yang kedengaran sepanjang perjalanan di dalam taman ini.
Betul, memang macam-macam benda yang boleh pelancong lihat di sini dan kebanyakkanya adalah tumbuhan yang selalu kita dengar tapi belum pernah lihat. Terdapat satu kiosk yang mempamerkan beberapa jenis rempah ratus yang sedia untuk ditumbuk oleh para pelawat yang hadir. Boleh pilih dan campur, tumbuk dan nikmati kesegaran haruman yang terhasil. Menarik kerana ianya memberi peluang kepada pengunjung untuk ‘berinteraksi’ dengan rempah ratus yang disediakan. Sebelum berangkat pulang, kita boleh lihat beberapa barangan yang dijual di kedai cenderahati TSG untuk dibawa pulang bersama. Antaranya ialah rempah ratus yang telah siap dibungkus, baju, postcard, buku dan macam-macam lagi.
Artikel ini disumbangkan oleh Nurhumairah Binti Zain Azmi, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...