Jom berehat seketika di Tasik Kebun Serendah yang tenang dengan suasana tropika semula jadinya.
Suasana yang buat anda dekat dengan alam semula jadi mampu membuatkan emosi tenang dan gembira untuk berkumpul dengan keluarga.
Apa Yang Best di Tasik Kebun Serendah
Di sini anda boleh menikmati pengalaman menaiki “Pelican Boat” bersama keluarga di Tasik Kebun Resort. Ini kira antara aktiviti air disini.
Bilik Yang Selesa
Terdapat 3 pilihan bilik yang ada untuk pengunjung iaitu Farmhouse Villa, Superior Deluxe Lake View dan Garden Pool Chalet.
Ads
Setiap bilik dilengkapi kemudahan seperti tv, penghawa dingin, peti ais dan lain-lain. Sesuai juga jika mahu berbulan madu di sini, bawa isteri berdamai dengan kawasan teduh.
Mempunyai dua kolam renang yang boleh digunakan oleh pengunjung, kalau ada anak-anak kecil memang puaslah mereka berendam dan ada juga sungai sekitar itu.
Selain dari kawasan yang besar untuk anak bermain, anda boleh enjoy mandi sungai, swimming pool, bbq, berkayak, fishing, basikal, dan banyak juga aktiviti lan boleh buat.
Semua aktiviti yang disediakan adalah percuma untuk pelanggan yang datang menginap.
Ads
Owh ya, kalau rasa nak bermain aktiviti indoor, boleh join snooker. Ada juga benda lain anda boleh buat di dalam resort ini pun.
Resort pula, depannya ada tasik luas yang boleh menenangkan mata yang melihat. Luas terbentang depan bilik anda.
Ads
Memang ‘ngam’ sangat untuk yang sukakan ketenangan dan mahukan privasi. Dikelilingi alam semula jadi berdekatan dengan bukit, ada tasik, sungai dan juga air terjun, memang berbaloi datang ke sini untuk bercuti.
Apa pun, kalau nak ajak keluarga datang tenang-tenang, tempat ini selesa. Nak buat reunion pun okay sangat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah perkampungan terpencil di Nagoro, Pulau Shikoku Jepun kini didiami lebih beratus patung manusia.
Perkampungan itu kini lebih dikenali sebagai Nagoro Scarecrow Village. Kewujudan patung-patung tersebut adalah dianggap sebagai ‘manusia sebenar’ bagi menggantikan penduduk kampung yang sudah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.
Idea membuat anak patung itu timbul apabila Tskukimi Ayana, kembali semula ke kampung halamannya di perkampungan Nagoro beberapa belas tahun lalu dan mendapati kampung itu hampir kosong dan mati.
Orang muda ramai yang sudah berhijrah kerana mengejar peluang pekerjaan, manakala yang berusia ramai yang sudah meninggal dunia. Populasi penduduk yang masih ada di kampung ini dikatakan berjumlah 40 orang sahaja dan mungkin semakin berkurang.
Apabila bapa Ayana meninggal dunia, dia membuat keputusan untuk menghasilkan patung mirip mendiang bapanya. Dia mengatakan apabila menghasilkan patung-patung orang yang sudah meninggal dunia, dia akan teringat kembali saat mereka masih hidup dan sihat. Patung-patung ini umpama keluarga sendiri pada anggapan Ayana.
Patung yang diperbuat daripada barangan terbuang seperti jerami, kain dan pakaian lama diletakkan di dalam kelas-kelas sebuah sekolah yang ditinggalkan, dewan orang ramai, perhentian bas, di tepi jalanraya di sebatang sungai dan sebagainya.
Kadangkala ada satu perasaan seperti menyeramkan, bayangkan dikelilingi patung-patung bersaiz besar yang memandang tepat ke arah anda. Namun patung-patung itu juga telah menjadi tarikan pelancong di dunia yang tertarik ke perkampungan terpencil tersebut. Perkampung ini sangat kecil dan hanya memerlukan sekitar 10 minit untuk habis pusing di keseluruhan pulau dengan menaiki kenderaan.
Selain dikenali sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka juga terkenal dengan masyarakat pelbagai kaum yang tinggal serumpun tetapi mengamalkan budaya dan adat masing-masing dalam suasana harmoni.
Kewujudan bangsa Melayu yang menjadi teras kepada komuniti lain termasuk peranakan Cina atau lebih dikenali dengan panggilan Baba Nyonya, Ceti dan Portugis melihatkan perkongsian pelbagai pengaruh dan budaya masyarakat Portugis, Belanda dan Inggeris. Mengenai masyarakat Portugis, satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan masyarakat ini pastinya Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka
Tidak sukar untuk menjejaki Perkampungan Portugis di Ujung Pasir, satu daripada tarikan bagi para pengunjung ke negeri Melaka bersejarah. Mudah untuk mengecam komuniti Portugis ini, wajah mereka seperti orang Melayu. Cuma raut wajah boleh nampak mereka itu adalah individu daripada perkahwinan campur.
Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu. Sehingga kini, penduduknya dianggarkan seramai 1200 hingga 2000 orang termasuk sebahagian kecil yang tinggal di beberapa kawasan lain di Melaka.
Antara kawasan lain di Melaka yang menjadi penempatan kecil masyarakat yang terkenal dengan lagu Jingli Nona ini ialah di Tengkera, Kubu, Lorong Pantai dan Banda Hilir.
Namun, Perkampungan Portugis dikatakan merupakan satu-satunya penempatan masyarakat Serani terbesar di negara ini. Selain budayanya, masakan tradisional masyarakat ini juga menjadi satu daripada tarikan pelancong ke Melaka.
Harmoni
Komuniti ini terjadi setelah mereka berkahwin dengan semua bangsa yang terdapat di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Serani, dan juga bangsa asing. Atas sebab perkahwinan campur itu juga, komuniti ini sangat menjaga sensitiviti dan sentimen semua kaum.
Mereka sangat mementingkan erti toleransi beragama dan batas dalam menerima kaum lain dalam kalangan keluarga masing-masing. Secara amnya komuniti Portugis bertutur tiga bahasa, iaitu bahasa Portugis lama yang dipanggil ‘Kristang’, Bahasa Melayu dan Inggeris.
Justeru, tidak hairanlah, mengapa lokasi ini dipilih untuk menjadi tempat bagi sambutan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan beberapa tahun. Perkampungan ini sering menjadi tumpuan pelancong termasuk dari luar negara bagi melihat keunikan budaya hidup keturunan Eropah mengamalkan kehidupan tempatan ini.
Sejarah
Menyingkap sejarah Perkampungan Portugis, ia dikatakan bermula sebagai sebuah kampung nelayan yang kemudiannya berkembang menjadi penempatan penduduk yang besar sehingga ke hari ini. Dari segi budaya, cara hidup masyarakat Portugis tidak banyak bezanya dengan masyarakat lain di Malaysia kerana nenek moyang mereka juga berkahwin dengan orang tempatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...