Kafe kopi panggang nombor satu di Perancis, Kafe Richard kini dibuka di Sky Avenue, pusat beli-belah yang mengetengahkan gaya hidup baru dengan pelbagai pilihan tempat makan dan membeli-belah.
Kafe Richard menyediakan suasana gaya Parisian di mana pelanggan akan mengalami sendiri kesenian asli Perancis sambil menikmati kopi espreso asli, kopi dan teh serta makanannya.
Rasa Perancis
Kafe Richard sentiasa berhati-hati dalam memilih biji-biji kopi dari seluruh dunia untuk memberikan pelanggan rasa yang unik.Tersenarai di atas sekali ialah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi Arabika 100% eksklusif Kafe Richard yang dibancuh dengan gaya kopi espreso Perancis. Massaya ditanam secara organik, ia turut dihidangkan sebagai kopi espreso yang dibawa dari Mexico,.
Pelanggan yang lebih suka kaedah penyediaan kopi perlahan seperti French press, Chemex, sifon atau titisan sejuk boleh memilih daripada pilihan kopi Ethiopia Moka Yirgacheffe yang ditanam di tempat kelahiran kopi, Kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi atau kopi Sumatera “Orang Utan” sebagai langkah untuk melindungi kepupusan spesies tersebut di Indonesia, serta kopi paling premium dan jarang ditemui iaitu Jamaica Blue Mountain
Selain kopi, Kafe Richard juga menghidangkan pelbagai jenis teh hitam, putih, hijau, roiboos dan herba – dari India, China, Sri Lanka, Afrika Selatan dan juga banjaran Alps.
Mencipta sebuah kafe Parisian
Dari jubin mozek klasik lantai hitam dan putih, kepada bumbung kain dan kerusi rotan rafia, Kafe Richard dengan teliti telah mencipta semula kafe jenama Parisian yang terunggul di Sky Avenue.
Ads
Dalam menghargai cara hidup orang Perancis, di mana kafe bukan sekadar bungkus dan bawa balik, tempat duduk Kafe Richard telah diilhamkan daripada salah satu kafenya di Paris.
Dibahagikan kepada empat zon, kafe seluas 263 meter persegi boleh memuatkan lebih daripada 120 pelanggan pada satu-satu masa. Tempat yang pasti menjadi rebutan terletak di dalam kawasan kaca fiber dan dihiasi kelopak bunga kemboja yang mampu menampung sehingga 34 orang.
Turut ditonjolkan poster iklan bersaiz besar berwarna-warni dan lampu loket abad ke-19 disusun sejajar di hadapan siling berwarna metalik disulam warna merah dari bekas teh retro yang diletak pada dinding hitam dan putih monokrom.
Semuanya Perancis
Bagi merasai suasana Perancis, 13 kakitangan di kafe turut diajar frasa asas Perancis seperti “bonjour monsieur” dan “merci Madame ‘untuk mengalu-alukan pelanggan.
Kafe Richard juga menghantar Roaster Masternya untuk melatih kakitangan dalam perkhidmatan cemerlang Perancis. Michael McCauley, pelatih barista dan juruakriditasi serta sebagai hakim pada pertandingan barista antarabangsa, mengajar kakitangan seni membuat dan menyediakan kopi.
Ads
Teh Parisian berkualiti tinggi dan masakan Eropah
Selain menu makanan harian, Kafe Richard turut menyediakan Teh Parisian berkualiti tinggi antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang, sesuai buat kaki teh atau kopi yang ingin dinikmati bersama hidangan ringan . Savori seperti penkek dengan Salmon salai dan taburan kucai, itik salai, Daging masin di atas roti bakar Perancis, dan Mousse Foie Grasdi atas pastri berlapis dengan inti kranberi pasti akan membangkitkan selera anda. Minum petang bersama teh berkualiti tinggi turut didatangkan bersama pilihan pemanis mulut termasuk Mini Éclair, kek keju, krim puf dan Crème Brûlée.
Senarai hidangan utama ialah Saumon Roti – hidangan ikan salmon segar dari Norway dibakar perlahan di dalam ketuhar dan direnjis dengan sos mentega lemon. Buat peminat tegar pasta, outlet itu turut menawarkan Spageti Aux escargots di mana spageti dimasak bersama escargots dan sos krim. Bagi pencinta daging, anda boleh memilih sama ada itik panggang Perancis, ayam panggang char atau daging lembu panggang Australia untuk hidangan yang berkhasiat.
Kafe Richards juga dibuka untuk sarapan pagi di mana anda boleh mencuba set Le Parisien yang akan dihidangkan bersama roti croissant yang baru dibakar dengan jem artisan serta segelas jus perahan oren segar dan secawan kopi atau teh. Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba set Le Continental yang datang bersama roti bakar baguette Perancis.
Bagi mereka yang sukakan telur dadar sebagai sarapan pagi, anda perlu memilih set Le Traditionnel yang mengandungi telur dadar tradisional Perancis dihidang dengan keju Gruyère dan cendawan serta roti baguette buatan sendiri, jus oren dan minuman panas. Cawangan itu juga mempunyai pelbagai pilihan pastri Perancis yang baru dibakar seperti kismis dan coklat Denmark serta roti croissant.
“Kafe Richard memberikan pelanggan rasa sebenar suasana kafe Parisian di lokasi yang mudah diakses. Kami bawakan dunia kepada mereka. ” kata Dato Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Resorts World Genting.
Ads
Info:
terletak di Aras 1, Sky Avenue.
Waktu operasi ialah 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
Pulau-pulau peranginan di Terengganu terus menjadi pilihan dan tumpuan ramai pelancong luar juga pengunjung tempatan untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang untuk bersantai. Antara pulau yang menjadi pilihan adalah Pulau Kapas.
Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Memang cantik!
Disebabkan itu pulau ini masih relevan menjadi pilihan ramai untuk bercuti bersama keluarga atau sahabat karib. Ikuti perkongsian keluarga ini ke Pulau Kapas untuk Family Trip seramai 18 orang.
FAMILY TRIP TO PULAU KAPAS, TERENGGANU
The highlight of our trip to Pantai Timur was PULAU KAPAS! Alhamdulillah walaupun plan dalam jangka masa yang singkat, semua berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke darat.
The main reasons kami pilih Pulau Kapas adalah jarak perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas hanya makan masa lebih kurang 15-20 minit. Harga return ticket bot RM40 untuk dewasa, RM20 untuk kanak-kanak, free untuk baby bawah umur 3 tahun. Sesuai untuk travel bawa anak kecil dan mak-mak yang takut naik bot lama-lama ?. Selain dari tu, trip ke Pulau Kapas adalah sangat affordable untuk hampa travel beramai-ramai.
Kami pi satu family seramai 18 orang; 12 dewasa dan 6 kanak-kanak. Kami booking bilik sebulan lebih awal, tapi tu pun banyak yang dah sold out time tu. Alhamdulillah we managed to secure 2 chalet A-shape (RM220/night) dan 1 bilik bangunan lantai simen (RM200) di Kapas Coral Beach Resort, bersebelahan dengan Ombak Kapas Resort (fully-booked). Kami sewa bilik sahaja tak termasuk pakej makan/snorkeling sebab bawa budak-budak kecil. Tapi kalau hampa nak add-on kat sana boleh ja. Actually kami plan nak book satu lagi bilik tapi semua dah sold out. But luckily boleh request extra tilam RM20/tilam dalam bilik. Bilik just basic ja, tapi boleh la sebab hampa nak spend banyak masa kat pantai.
Kami bawak banyak gila makanan. Walhal, cafe Ombak Kapas kat sebelah chalet kami tu makanan ya ampun sedap! Harga makanan a bit expensive dari di darat, tapi still ok! Lamb chop RM25, nasi goreng kampung (wajib try!) RM15, western breakfast set RM12, roti canai RM6 satu set, harga minuman rata-rata around RM5 segelas. Next target, memang plan nak book penginapan di OMBAK KAPAS pulak sebab nampak cantik kawasan chalet dia, makanan pun sodappp! Kalau tak silap, harga di OMBAK KAPAS lebih kurang RM185/head.
Ada banyak aktiviti hampa boleh buat kat sini; swimming, snorkeling, naik kayak (RM20/kayak), main volleyball pantai. Yang paling penting, jangan lupa sewa swimming vest dan goggles (RM15/set) and enjoy underwater views. Walaupun tak jauh dari pantai, hampa boleh nampak ikan and coral cantik! Anak-anak pulak memang enjoy main pasir and swimming sampai hangus .
Waktu malam kami pi dinner kat Cafe Ombak Kapas, dinner depa start serve lebih kurang pukul 8.00 malam tau. Semua cafe pun sama. So jangan lupa bawak la extra makanan untuk lapik perut dah seharian mandi sampai maghrib tu anak-anak tobat lapaq. Tapi lepas dinner memang semua pakat tersandaq kekenyangan.
Aktiviti malam di Pulau Kapas tak berapa happening. Tu yang aku suka. Siang memang ramai orang sebab ramai yang mai day-trip. Bila petang depa pakat balik, sunyi dan exclusive rasa. Di Kapas Coral Beach Resort, kat cafe tu lepas maghrib ada orang main live music. Petik gitar and main violin memang syahdu habih layan lepas dah kenyang makan di Ombak Kapas. Then, ada jugak pertunjukan api tapi sebab tak ramai sat saja depa buat show.
Memang best and highly recommended untuk hampa mai bercuti di Pulau Kapas! Later kak noni update tips dan contact no.sekali okay?
‼️IMPORTANT TIPS‼️
1. Bawak cash lebih sebab takdak mesin ATM.
2. Bawak insect/mosquitoes repellent. Kami beli yang Fumakilla One Push Vape. Petang sebelum pukul 5, semboq sekali kat dalam chalet. Malam sekali. Nyamuk dia besaq wei.
3. Dari Jetty Marang, recommended pakai terus baju/seluar yang nak buat basah/kotor sebab nak turun dari bot, terus cecah pasir. Bayangkan la nak bawak anak, nak angkut barang. Jangan hampa galak pakai high heels pulak. Punahhhhh!!! Ikut jenis bot jugak, bot yang kami naik dr Jetty Marang ke Pulau Kapas, sebelah badan basah kena air laut.
4. Check in chalet pukul 2 petang. Tapi rugi pulak kalau hampa sampai lewat, so highly recommended hampa pi awai pagi tapi bawak khemah untuk letak barang and anak kecil nak rehat sementara nak check in, yang besaq boleh start terjun laut teruih. Tapi ada tempat letak barang yang Kapas Coral sediakan jugak.
5. The best time untuk ambil gambar adalah pukul 11 pagi – 1 tengahari, time matahari tengah memancar tu, ayaq nampak crystal clear lawa sungguh!
6. Jangan lupa pakai sunblock! Mandi tak hengat donia, sedaq2 satgi rentung dah?. Kalau lupa nak beli, ada jual di kedai di Ombak Kapas hampa boleh beli tapi harga mahal sikit. Di Jetty Marang, ada kedai juai sunblock, topi macam kak noni pakai tu RM15 ja, seluar mandi, sand play set dan macam-macam lagi. Kalau agak-agak lupa bawak, beli kat sini!
7. Ada makcik jual nasik bungkus kat Jetty Marang tu sedap, bungkus habuan nak makan sementara tunggu nak check in. Memang gerai bawak pokok sebelum naik jetty. RM4 ja sebungkus ada ayam seketul sekali dengan air sirap. Perghhhhh!!!!
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan yang pertama digazetkan sebagai Taman Laut di negara ini. Terletak di bahagian timur Sabah, Pulau Manukan ini juga antara yang terkenal dengan keindahan yang tersedia kepada pengunjung yang datang.
Selain daripada aktiviti sukan air yang boleh dilakukan di permukaan laut seperti snorkeling, Pulau Manukan juga antara lokasi terbaik untuk aktiviti selam skuba kerana keindahan batu karang dan habitat laut semulajadinya yang memukau pandangan mata.
Antara nilai tambah yang ada di Pulau Manukan ini kepada pengunjung adalah penyediaan kemudahan awam dan kemudahan jeti untuk pengangkutan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Manukan ini.
Hutan Simpan Semanggoh
Hutan Simpan Semanggoh, Sarawak adalah lokasi yang popular dengan habitat Orang Utan yang mendiami hutan di sini. Malah, di sini juga menyediakan pusat konservasi kepada Orang Utan yang kematian induk atau yang diselamatkan daripada ancaman pemburuan haram.
Disebabkan terdapatnya pusat konversasi kepada Orang Utan tersebut, sekeliling kawasan Hutan Simpan Semanggoh ini dihuni oleh binatang istimewa tersebut, malah ada diantara kawanan Orang Utan itu hidup liar di sekitar hutan simpan ini.
Antara tarikan lain yang selalu menjadi kegemaran kepada pengunjung untuk datang ke sini adalah untuk melihat spesis burung yang juga menghuni Hutan Simpan Semanggoh.
Anda pernah tengok keindahan yang ada pada burung Kenyalang? Di Hutan Simpan Semanggoh ini lah lokasinya untuk anda melihat sendiri burung tersebut dari habitat semulajadinya berbanding di zoo.
Kereta Api Utara Borneo
Bila kali terakhir anda naik kereta api? Atau soalan yang lebih tepat, bila kali pertama anda pernah naik kereta api wap? Kalau tak pernah, anda kena ke Sabah untuk cuba dan rasai sendiri perjalanan daripada Tanjung Aru ke Papar menaiki kereta api wap yang bergerak menggunakan arang batu.
Kereta api lama ini masih dikekalkan keasliannya dan masih mampu untuk meneruskan khidmat membawa penumpang sejauh lebih kurang 135 kilometer bersebelahan Sungai Padas.
Taman Negara Bako, Sarawak
Taman Negara bako ini juga terletak di Sarawak. Walaupun ianya adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara namun, ia adalah yang tertua – membuatkan Taman Negara Bako ini menyimpan spesis flora dan fauna yang paling banyak berbanding taman negara lain.
Antara spesis haiwan unik yang tinggal di hutan simpan ini adalah Monyet Belanda atau Monyet Probiscis. Monyet ini monyet yang berhidung besar – jarang untuk kita lihat di tempat-tempat lain selain daripada di Sarawak.
Bukan itu sahaja tarikan yang ada di sini, tahukah anda, bahawa Taman Negara Bako ini juga taman negara yang mempunyai semua elemen unsur alam dalam satu kawasan iaitu laut, pantai, bukit, air terjun, dan paya!
Pusat Rehabilitasi Sepilok, Sabah
Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok ini juga sama seperti apa yang terdapat di Hutan Simpan Semanggoh, cuma Sepilok ini terletak di kawasan Semporna, Sabah.
Pusat rehabilitasi ini dibuka pada tahun 1964 dan menjadi tempat perlindungan kepada spesis Orang Utan yang terancam akibat daripada pembalakan, pembukaan ladang dan, pemburuan haram si Sabah.
Pusat rehabilitasi Sepilok ini juga antara tarikan pelancongan yang popular kepada pengunjung yang datang bercuti di negeri di bawah bayu itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda peminat pasta dan mengidamkan pasta yang enak rasanya, kunjungan ke PastaMania di Sunway Velocity Mall pasti tidak mengecewakan. Adunan rencah yang digarap pada setiap pasta yang dihidangkan memberikan keenakan rasa yang pasti membuat anda ingin mengunjungi lagi ke restoran ini.
PastaMania merupakan restoran Itali terbesar di Singapura dengan lebih 50 rangkaian di lapan buah negara. Selain Singapura, Pastamania juga terdapat di China, Cambodia, Malaysia, Brunei, Kuwait, Egypt, UAE dan Myanmar.
Bukan hanya pengunjung dihidangkan dengan pelbagai hidangan Itali, malah suasana di PastaMania menggamit sesiapa jua untuk bertandang ke restoran ini.
Sebaik anda menjengah ke restoran yang baru beroperasi ini, terasa diri bukan berada di Kuala Lumpur sebaliknya di Itali. Hiasan dalaman restoran yang berwajah mirip kota sejarah, ditemani ruang duduk alfresco melengkapi gaya yang diingini. Pasti mengujakan menikmati hidangan di sini. Setiap sudut mempunyai karakter tersendiri dengan nilai elemen sebenar Itali.
Menikmati hidangan di sini pasti membuat anda teruja dengan hidangan autentiknya. PastaMania berbeza dari restoran tipikal fine dining kota seni agung ini, sebaliknya ia dipersembahkan dengan rasa kasual dan selesa.
Terdapat pelbagai variasi makanan boleh dipilih di sini, pilih sahaja menu mengikut cita rasa anda. Sukar juga membuat pilihan kerana semua nampak menyelerakan.
Antara menu yang terdapat di sini ialah variasi salad, sup, piza, pasta, gelatos dan juga wafel. Bagi memberikan rasa enak bagi setiap menu, bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti umpamanya pasta dan sos tomato dibawa khas dari Itali dan Eropah. Pasta dimasak segar untuk pengunjung dan dihidangkan dalam masa lima minit.
PastaMania cukup sempurna sebagai lokasi untuk mengadakan pelbagai majlis. Ruang restoran yang versatil bukan hanya sesuai menjadi ruang kasual untuk mengadakan makan malam bersama keluarga, majlis hari jadi juga sambutan hari bahagia bersama si dia.
Harga berpatutan yang ditawarkan pasti membuat anda sangat berpuas hati. Bukan hanya harga, malah promosi dan diskaun ditawarkan kepada pengunjung daripada masa ke semasa serta servis cekap dari staf, PastaMania pastinya menjadi lokasi sempurna buat anda.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...