Bagi mereka yang suka mengambil gambar, tidak sah kalau pergi ke mana-mana destinasi menarik tanpa merakamkan gambar kenangan. Tidak kiralah walaupun sekadar makan di port menarik.
Pastinya jadi acara wajib selfie atau swafoto, lagi-lagi kalau pergi dengan geng buddies untuk di muat naik di media sosial masing-masing.
Jika anda ke Kuala Lumpur jangan lupa untuk singgah ke Ruma Puteh, sebuah kafe baru yang ‘insta-worthy’ menanti kunjungan kaki selfie.
Menerusi perkongsian di Surgaroute memberitahu Ruma Puteh, sebuah rumah yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya. Kemudian, tempat ini telah diubahsuai menjadi kafe yang sangat instagrammable!
Kafe ini membawa konsep taman di bahagian luar dan dalam serta membawa elemen minimalis. Persekitaran menarik menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke sini.
Ads
Sesuai dengan namanya, kafe ini menggunakan warna putih sebagai warna tema tetapi cukup menarik untuk dipandang.
Memang sangat sesuai untuk aktiviti santai dan perjumpaan bersama rakan dan keluarga tak kira siang ataupun malam.
Anda boleh memilih untuk mengambil tempat duduk di bawah pohon di bahagian luar dan dikelilingi kehijauan , ataupun tempat duduk di bahagian dalam yang menyediakan penghawa dingin.
Ads
Apa yang pastinya setiap sudut kafe ini sangat cantik dan sesuai dijadikan latar belakang gambar instagram anda.
Untuk menu, mereka menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat. Antara yang wajib dicuba adalah Lontong Darat dan Nasi Kerabu Puteri Saadong.
Ads
Alamat:
Ruma Puteh, 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Berita baik untuk yang dah ada plan nak bercuti secara eksklusif dengan menaiki kapal persiaran atau cruise. Bagi yang inginkan kelainan dan pengamalan baru, bercuti di atas cruise juga pasti menarik kerana pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati sepanjang percutian
Terbaru jenama kapal persiaran mewah dan gaya hidup dinamik, Resort World Cruises mengumumkan akan mula belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa bermula 1 Julai dan seterusnya.
Ia termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.
“Kami akan terus menambah lebih banyak lagi destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dam North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 dan seterusnya bagi menyediakan kepada pelanggan kami dengan lebih banyak pilihan destinasi,” kata presiden Resorts World Cruises, Michael Goh, dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Goh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand atas sokongan berterusan mereka dalam melancarkan destinasi pelayaran dengan Resorts World Cruises.
Menurut kenyataan itu, pesiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)-Pulau Pinang akan belayar bermula 3 Julai dan seterusnya dan kemudiannya pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan belayar pada Rabu.
Destinasi pertama pelayaran adalah pada 1 Julai dengan pesiaran dua malam di Kepulauan Bintan dan Batam yang belayar pada Jumaat.
Yang dah ada plan nak bercuti naik cruise jangan lepaskan peluang. Dah boleh ready untuk percutian ala VIP di atas kapal persiaran, salah satunya dalah Genting Dream!
Sumber: BERNAMA
Lindungi kulit muka bila bercuti, pakai Krim baru terjaga!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rakyat Malaysia ingin bercuti ke destinasi antarabangsa, namun, faktor keadaan ekonomi pada masa ini memaksa mereka memilih tempat percutian yang lebih dekat. Menurut analisis terkini oleh HotelsCombined, sebuah platform perbandingan harga hotel yang terkemuka di dunia, carian untuk hotel antarabangsa antara 1 Januari hingga 1 Jun 2017 telah meningkat sebanyak 1% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016, manakala tempahan antarabangsa telah menurun sebanyak 3%.
Data ini juga menunjukkan bahawa dalam tempoh setengah tahun pertama 2017, tempahan domestik melebihi tempahan antarabangsa – iaitu sebanyak 61% dan 39%. Destinasi domestik yang digemari rakyat Malaysia pada tahun 2017 setakat ini adalah Kuala Lumpur, Melaka, Kota Kinabalu, George Town dan Johor Bahru, di mana secara purata mereka berbelanja sebanyak USD$58 (MYR246) bagi satu malam untuk hotel domestik, ianya kira-kira USD$47 (MYR200) lebih murah bagi satu malam berbanding harga hotel antarabangsa.
“Pada tahun 2016, disebabkan nilai Ringgit yang lemah, rakyat Malaysia lebih suka destinasi domestik berbanding dari pelancongan antarabangsa untuk mengurangkan kos. Setakat ini, bagi tahun 2017, kami menyaksikan trend yang sama di mana lebih ramai memilih untuk melancong dalam negara,” kata Jenna Lee, Pengurus Pemasaran – Malaysia & Singapura daripada HotelsCombined.
Analisis oleh HotelsCombined juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia merancang lebih awal apabila membuat tempahan hotel untuk mengurangkan kos. Pada tahun 2017, masa yang diambil untuk membuat tempahan domestik telah meningkat sehingga 17.9 hari sebelum mendaftar-masuk, berbanding dengan 16.6 hari pada tahun 2016. Masa tempahan yang diambil untuk percutian luar negara turut meningkat ke 62.4 hari pada tahun 2017 berbanding dengan 59.5 hari pada tahun 2016.
“Oleh sebab rakyat Malaysia mula merasai kesan kenaikan kos harian, mereka kini mencari pelbagai cara untuk mengurangkan perbelanjaan atas faktor Ringgit yang semakin lemah. Perancangan awal adalah satu cara untuk mengurangkan kos percutian. Dengan membuat penempahan awal, pelancong-pelancong boleh menggunakan fungsi amaran harga kami untuk memastikan mereka mendapat tawaran terbaik untuk bilik hotel pilihan mereka,” tambah Jenna.
Walaupun destinasi dalam negara merupakan pilihan popular rakyat Malaysia, rantau Asia Pasifik juga turut menjadi pilihan destinasi percutian mereka. Buat masa ini, lima negara utama bagi tahun 2017 (mengikut tempahan) yang dipilih pelancong Malaysia untuk bercuti adalah Malaysia, Thailand, Jepun, Indonesia dan Singapura.
Hujung minggu biasanya waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau yang tersayang. pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk acara bonding antaranya bercuti ke pusat peranginan, piknik di pantai atau air terjun dan banyak lagi.
Bukan aktiviti sebegitu sahaja yang boleh anda lakukan untuk eratkan lagi hubungan bersama keluarga dan teman-teman, bermain di karnival berbayar The World of Nickelodeon yang happening juga pasti menyeronokkan.
Spongebob SquarePants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies merupakan sebahagian daripada The World of Nickelodeon yang kini sudah tiba di Malaysia.
Karnival berbayar The World of Nickelodeon yang bermula dari 28 April sehingga 23 Julai 2023 ini merupakan destinasi yang terbaik untuk semua golongan muda dan seisi keluarga untuk menikmati hari yang menggembirakan. Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, dunia permainan yang menyeronokkan ini mempunyai 17 stesen menarik dan pelbagai peluang untuk anda merakamkan gambar anda di sana.
Anda juga akan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis permainan antaranya melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, mencuba Teenage Mutant Ninja TurtlesVertical Challenge dan mencabari diri dengan permainan Dora Jungle Jump-a-thon. Selain itu, anda juga boleh berhibur di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash atau melakukan misi Mutant yang terakhir.
Bawa kamera anda dan bersedia untuk merakamkan seberapa banyak gambar di lokasi tayangan yang anda inginkan. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran anda!
Anda boleh menempah tiket di www.my.trip.com dan nikmati hari anda dengan permainan menyeronokkan di The World Of Nickelodeon sepanjang hari terutamanya pada hujung minggu!
Waktu Operasi
Tarikh : 28 April 2023 – 23 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi – 9.40 malam
Tempat : Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, Lot No. 5.85.00
Harga Tiket:
Dewasa RM16 (Isnin-Khamis)
Dewasa RM26 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Kanak-kanak RM46 (Isnin-Khamis)
Kanak-kanak RM56 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...