Terkenal kerana ada pantai yang baru dibuka kepada umum, namun tatkala berkunjung ke Putrajaya jangan lupa untuk singgah melawat ke Taman Persahabatan Malaysia – China yang terletak di tapak kekal FLORIA Putrajaya iaitu Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Taman indah ini sudah beberapa tahun dibuka kepada umum dan sehingga kini kekal cantik. Direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ yang mana pengunjung dapat melihat keindahan tatkala berkunjung ke sini.
Ads
Saat memasuki taman Persahabatan Malaysia- China ini, kita akan terbuai dengan keindahan binaannya yang cukup unik selain adanya unsur-unsur kaligrafi China. Di tengah-tengahnya ada kolam yang cukup cantik dan perasaan tenang tatkala berada di taman ini.
Meneroka di setiap sudut taman ini, dua pokok jenis Michelia alba atau cempaka putih yang ditanam sebagai simbolik hubungan diplomatik kedua-dua negara. Penerapan pelbagai elemen seperti air, batu, bangunan, kaligrafi tumbuhan dan gunung adalah kombinasi yang sangat mendamaikan.
Ads
Ads
Motif kesenian tradisional Cina yang diterapkan pada setiap pembinaan bangunan ini juga menarik dan Taman Persahabatan bernilai RM1.5 juta ini adalah mercu tanda hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dan China.
Jadi kalau ke Putrajaya, jangan lupa singgah di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lebih 10 tahun lalu kita menzahirkan rasa kagum apabila melihat Masjid Raya Baitulrahman di Acheh kekal berdiri kukuh di saat bangunan sekitarnya rebah diranapkan tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia. Ada menyifatkan ia keajaiban dan pertolongan Allah kerana ia rumah Allah, tak kurang juga ada menyifatkan binaannya kukuh.
Jika di Acheh nama Masjid Raya Baitulrahman tersohor serata dunia, kalau ada kesempatan melancong ke Jepun, jangan lupa melawat Masjid Kobe. Masjid ini juga satu-satunya bangunan yang teselamat ketika bom dijatuhkan di kawasan sekitarnya semasa Perang Dunia Ke11 pada 1945.
Zunita Ramli yang tinggal di Jepun berkongsi melalui catatannya mengenai Masjid Kobe.
Keajaiban atau binaan yang kukuh?
Masjid Kobe adalah masjid pertama dan tertua di Jepun. Dibina pada tahun 1935, masjid ini terletak di Nakayamate Dori di wilayah Kobe.
Merupakan binaan masjid 3 tingkat, Masjid Kobe sebenarnya dibina hasil dari sumbangan kutipan derma orang Islam setempat. Masjid ini direka berunsurkan seni tradisional Turki di mana arkiteknya merupakan warga Czech, iaitu Jan Josef Švagr.
Menariknya, masjid ini mempunyai sejarah istimewanya yang tersendiri.
Semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, walaupun wilayah Kobe musnah hancur dibom seperti padang jarak padang terkukur, tetapi Masjid Kobe tetap utuh berdiri dengan hanya sedikit saja keretakan pada dinding dan tingkap kaca yang pecah.
Tentera yang berlindung di tingkat bawah masjid ini semasa tragedi pengeboman Kobe juga dikatakan terselamat. Masjid Kobe kemudiannya dijadikan sebagai tempat perlindungan mangsa perang, semasa Perang Dunia Kedua di Kobe.
Juga semasa peristiwa gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995 yang juga dikenali sebagai gempa bumi paling dasyat dalam sejarah Jepun, wilayah Kobe sekali lagi musnah teruk. Tetapi Masjid Kobe tetap teguh berdiri, seperti tiada apa yang berlaku.
Mengapa Masjid Kobe tetap teguh berdiri walaupun sedasyat-dasyat peristiwa berlaku di sekelilingnya? Benda ni sebenarnya masih lagi jadi perdebatan sebenarnya.
Keajaiban atau binaan yang kukuh?
Wallahualam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda bercadang bercuti ke Eropah dengan bajet yang ‘terhad’, anda boleh memilih untuk ke Poland. Matawang negara Poland dikatakan agak rendah dan lebih kurang sahaja dengan matawang Ringgit Malaysia. Berbaloi juga bukan?
Info dan panduan menarik mengenai negara Poland ini dikongsikan oleh saudara Hilmi Mazlan
Poland merupakan sebuah kota metropolitan bagi masyarakat Polish. Pernah keluar di satu artikel di page travel Malaysia yang mengatakan bahawa Poland antara negara yang hampir sama dengan matawang Ringgit Malaysia.
Memang hampir sama tetapi belanja disini agak tinggi kerana negara ini terletak di Eropah. Dengan Ringgit Malaysia yang kurang stabil membuatkan matawang Poland lebih tinggi berbanding Malaysia sedikit. Contoh disini, baru sebentar tadi ke tandas awam di stesen bas di Warsaw yang dikenakan caj sebanyak 2.50 zt (lebih kurang Rm2.70) lebih kurang dengan penggunaan tandas di negara Eropah lain sebanyak €0.50 . Tandas awam di eropah tidak percuma, walaupun anda mahu guna di tandas di Mcdonald pon kena bayar.
Untuk dua hari saya tinggal di hostel, paling murah saya boleh dapat serendah RM 15 semalam, jika ikut rate untuk Eropah kira murah sangat dah itu kerana di London antara yang murah pun sekitar £10 semalam.
Masyarakat Poland ini ramai yang berhijrah ke negara Eropah kaya yang lain di barat. Ramai orang Poland yang saya jumpa di Kota London yang berkerja dalam sektor kerja buruh serta housekeeper di hotel-hotel besar London senang cerita kerja yang orang british tak mahu buat akan diisi oleh orang Poland atau Romania.
Bila sampai ke Warsaw, boleh tahan juga bagus ibu kota mereka. Jika ikut gaya bandar Poland lebih mirip dengan bandar-bandar di Jerman. Banyak tram digunakan, jika di London anda boleh naik tram juga di selatan kota London. Orang Polish ini lebih kurang dengan orang Romania, apabila anda sudah lama berada di Eropah anda boleh tahu bagaimana rupa orang Eropah ini mengikut warna kulit mereka.
Jika anda sudah biasa dengan fasiliti pengangkutan awam di kota-kota Jerman lebih mudah anda untuk memahirkan diri di Warsaw ini. Disini pun mereka guna konsep trust (kepercayaan). Anda boleh beli tiket sebelum menggunakan perkhidmatannya. Pernah sekali kena tertangkap di Kota Berlin tahun lepas, sekali kena bayar denda dekat €60. Denda itu akan ada selagi anda tak bayar dan boleh buat rayuan. Kebiasaannya polis atau pegawai mereka menyamar dan mereka akan keluarkan kad kuasa mereka.
Di kota lama Warsaw, ada satu restoran Indonesia namanya Sambal, saya jumpa setelah taip restoran halal di peta google. Agak mahal juga sepinggan Nasi Goreng di sini boleh capai sehingga RM30. Ahaha, dah berapa hari tak jumpa nasi. Pemilik restoran merupakan seorang lelaki dari Indonesia bernama Sahnil Arif.
Boleh saya katakan Poland ini adalah negara yang murah di Eropah untuk dilawati berbanding negara eropah yang lain. Disini komunikasi agak terbatas, tadi di tandas kena marah dengan makcik yang jaga tandas manalah kita tahu cakap Polish makcik wey..last-last saya ngomel dalam bahasa kelantan kepada makcik tersebut, ambo oyak ambo dok tahu wey mokcik…makcik tu marah kerana lambat sangat nak bayar . Iyalah nak mencari syiling yang mana ingatkan 25 sen rupa-rupanyanya 2.50 zt.
Mungkin dari pemerhatian saya amat jarang hendak jumpa imigran daripada Asia di sini berbanding kota lain di Eropah. Seingat saya Malaysia ada membeli kereta kebal daripada Poland. Ingat poland ingatlah kereta kebal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau nak bersantai dan menikmati keindaham alam, memang ini lah tempatnya. Sesuai juga kalau anda nak datang berdua untuk berbulan madu.
Apa yang menarik, buka sahaja pintu, terus nampak kolam mandi yang besar. Seni bina bangunannya pun unik, memang tak jemu mata memandang.
Bab makan jangan risau, di sini ada sediakan sarapan juga dan makanan boleh tahan sedap. Jadi tak perlu gigih keluar cari makanan di luar.
Ada bean bag di tepian kolam mandi, mak ayah boleh pantau anak-anak depan kolam sahaja kalau tak mahu join main air. Ini kalau rasa nak datang dengan kawan-kawan pun seronok, privasi dan santai-santai main air.
Ruangan bilik pun besar dan cantik, boleh lah untuk tenang-tenang di sini tanpa gangguan. Bermalam dua malam pun rasa tak ralat sangat.
A Rock Resort Langkawi, Kedah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di tengah kesibukan Lembah Klang yang sentiasa bergerak pantas, kadangkala kita hanya memerlukan satu ruang untuk berhenti seketika dan menikmati ketenangan.Bagi mereka yang ingin...