Jepun, negara yang sering dipaparkan memiliki kemudahan dari segi teknologi serta kerajinan rakyatnya. Malah sikap pembersih mereka serta amanah menjadikan ia sebuah negara yang selamat jika tertinggal barang di lapangan terbangnya.
Namun di sebalik bergelar negara maju, ada sebuah bandar yang tidak wujud dalam peta negara Jepun kerana ia dipenuhi setinggan iaitu Kamagasaki atau sekarang dikenali sebagai Airin-chiku. Kawasan ini mempunyai terlalu ramai setinggan dan disebabkan tidak mampu menyewa, ramai yag menjadi homeless.
Baca catatan Zunita di Jepun yang dikongsinya di fb mengenai kisah menarik ini.
Bandar Jepun yang tak wujud dalam peta?
Kamagasaki sebenarnya adalah nama lama bagi Airin-chiku (あいりん地区) yang menjadi nama rasmi kawasan tersebut sejak May 1966.
Sebenarnya kalau google nama “Kamagasaki”, ada je dalam peta cuma ianya sekadar pin sahaja, sebab kawasan ni dah ditukar ke nama baru iaitu Airin-chiku.
Tapi kenapa kawasan tersebut tak ada dalam peta?
Ads
Well, let’s make the long story short.
Dulu sebelum tahun 1912, kawasan di selatan Osaka ni ingin dibangunkan sebagai Shinsekai atau “New World”. Osaka masa tu nak bersaing dengan bandar lain di Jepun macam Tokyo la lebih kurang. Jadi banyak bangunan pencakar langit dibina dan situasi ni menyebabkan banyak peluang pekerjaan ditawarkan.
Jadi ramai la orang dari kelas bawahan masa pemerintahan Meiji datang cari kerja dekat sini. Limpahan pekerja dari latarbelakang petani, buruh dan sebagainya datang ke sini. Tapi lepas projek mega Shinsekai tamat, ramai pekerja tak pulang ke tempat asal sebaliknya terus tinggal untuk cari kerja lain di situ.
Lama-lama, Kamagasaki ni jadi kawasan setinggan sebab terlalu ramai homeless tinggal dekat situ. Bayangkan setiap 2km radius, terdapat kira-kira 30,000 orang homeless, yang kebanyakannya adalah orang tua. Jadi benda ni menjadikan Kamagasaki terkenal dengan imej tak berapa bagus iaitu sebagai kawasan setinggan paling besar di Jepun.
Ads
Menjadikan imej lebih buruk, kawasan ni memang banyak kes jenayah dan ianya dikatakan dijaga oleh Yakuza. Jadi tak hairanlah kalau orang Jepun lokal memang elak untuk pergi ke kawasan sini atas faktor keselamatan. Kanak-kanak dan orang perempuan pun biasa tak ada dekat sini. Salah satu kes rusuhan antara yang besar juga adalah pada tahun 1961, iaitu antara 2,000 penghuni Kamagasaki dengan 6,000 orang polis. Ianya bermula dengan satu kemalangan yang menyebabkan seorang warga Kamagasaki meninggal dunia, tapi polis dekat situ tak panggil ambulans. Ni menyebabkan rasa tak puas hati orang Kamagasaki dan menyebabkan rusuhan berlaku.
Kereta polis diterbalikkan, bangunan dibakar dan sebagainya. Polis ambil masa 2 hari untuk kawal rusuhan ni dan akhirnya 28 orang perusuh ditahan di mana 10 orang perusuh dan 100 orang polis cedera dalam kejadian tu.
Lepas peristiwa tu banyak lagi peristiwa rusuhan lain yang berlaku. Benda ni menjadikan kerajaan Osaka malu nak mengaku ada kawasan “hitam” dalam wilayah dia menjadikan kerajaan Osaka tukar nama Kamagasaki kepada Airin-chiku pada tahun 1966. Itulah asalnya kenapa dikatakan Kamagasaki tak ada dalam peta.
Tapi adakah dengan tukar nama boleh ubah keadaan dekat situ?
Ads
Semestinya tidak.
Nama hanya sekadar nama.
Menyedari hakikat itu, kerajaan Osaka giat melancarkan usaha untuk naik taraf kawasan berkenaan dan salah satunya dengan melancarkan projek “Nishinari Special Zone Project” pada tahun 2012.
Projek ni fokus kepada pembangunan Airin-chiku dengan bantuan kawasan-kawasan di sekelilingnya untuk menjadikan kawasan Airin-chiku lebih mesra-penghuni.
Adakah projek ini akan berjaya merubah imej Kamagasaki menjadi lebih baik? Only time will tell. . #CatatanZunitaDiJepun p/s: Special thanks to Tok Penghulu RTJ JAck S Adli for some info regarding this topic.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berani tak korang kalau nak makan kat atas kubur? Bila cakap sahaja pasal kubur mesti ramai yang membayangkan suasana yang seram dan sunyi tapi berbeza pula dengan sebuah kafe yang terletak di dalam kawasan perkuburan di New Delhi.
Makan sebelah perkuburan menjadi inisiatif unik daripada pemilik restoran untuk menarik pelanggan ke kafe miliknya. Ternyata usahanya itu membuahkan hasil kerana tindakannya itu membuatkan ramai yang tertarik untuk berkunjung ke kedainya sambil menikmati hidangan berselebahan kubur.
Kafe ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk berkumpul dan berbual sambil menikmati juadah secawan kopi. Namun, tindakan pemilik kafe berkenaan dianggap luar biasa memandangkan pusara adalah tempat orang mati disemadikan.
Media asing melaporkan, kafe berkenaan bukan sahaja tular di India, malah popularitinya melepasi sempadan negara itu hingga turut menjadi tumpuan pelancong asing.
Difahamkan, kafe di tanah perkuburan itu terletak di sebuah daerah di India bernama Prindavan.
Terdapat kubur dihiasi dengan pagar putih dan dicat dengan dekorasi meja makan diletakkan berhampiran dengannya.
Kelihatan juga sebatang pokok yang besar di bahagian tengah kafe dan pokok itu yang menembusi siling premis berkenaan.
Antara video yang tular menunjukkan suasana di kafe itu, kelihatan pelanggan menikmati juadah yang disediakan oleh kafe berkenaan seolah-olah tidak menyedari pun keadaan kubur di sekeliling mereka.
Sumber: hmetro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri Sarawak.
Perkara terkini itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengu. Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
**media[136567]**
"Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China. Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini," jelas Abang Johari.
Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.
Gunung berapi Kerinci, Jambi di Pulau Sumatra, Indonesia meletus pada petang kelmarin (rabu) dan menghamburkan debu panas. Susulan itu pihak berkuasa menasihati syarikat penerbangan mengelakkan kawasan berkenaan.
Gunung Kerinci mungkin agak kurang popular dalam kalangan pendaki tempatan berbanding Gunung Rinjani dan Gunung Semeru. Gunung Kerinci terletak di Jambi, bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat. Berdiri megah di Pergunungan Bukit Barisan, gunung itu terletak kira-kira 130 kilometer di selatan Padang.
Gunung yang tersergam indah itu dikelilingi hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat yang merupakan habitat semula jadi harimau serta badak Sumatera. Selain itu, Gunung Kerinci adalah gunung berapi tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter. Puncak tertinggi di Gunung Kerinci dikenali Puncak Indrapura. Dikenali juga sebagai Atap Sumatera, Gunung Kerinci menjadi fenomena dalam kalangan pendaki Indonesia kerana merupakan salah satu gunung dalam kelompok tujuh puncak tertinggi di Indonesia atau lebih dikenali Seven Summits Indonesia.
Mula Meletus
Menurut ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia, saudara Kasbani, gunung berapi itu menghamburkan abu dan asap setinggi 800 meter dari puncak gunung atau 4,605 meter di atas permukaan laut. Letusan seterusnya dijangka boleh menjejaskan operasi penerbangan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun letusan itu tidak memberikan ancaman kepada penduduk di kawasan tersebut. Namun, pihak berkuasa mengklasifikasikan letusan di peringkat 11, iaitu pada peringkat waspada dan memberi amaran kepada penduduk serta pelancong untuk berada sekurang-kurangnya 3 kilometer dari kawah gunung berapi; Gunung Kerinci.
“Masyarakat di sekitar Gunung Api Kerinci dan pengunjung atau pelancong tidak boleh mendaki ke kawasan kawah yang ada di puncak Gunung Api Kerinci, iaitu dalam radius 3 kilometer dari kawah aktif,” ujarnya.
Kasbani menambah, kejadian letusan itu telah menyebabkan kepulan debu kini mencapai ketinggian lebih 800 meter dari puncak gunung itu, atau sekitar 4.605 meter di atas permukaan laut.
Sementara itu, pengendali dan pengawal pengangkutan udara juga diingatkan supaya menghindari ruang udara di kawasan bencana susulan situasi semasa berkenaan.
“Laluan penerbangan di sekitar Gunung Kerinci perlu dielak kerana letusan abu itu boleh mengganggu penerbangan,” ujar Kasbani.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...