Bukan sekali dua kita dengar haiwan ‘didera’ dijadikan objek untuk menggembirakan manusia yang sakit otak. Minggu lalu, sebuah rakaman tular di laman sosial Weibo apabila khinzir ‘ditolak’ pada ketinggian atas di sebuah taman tema.
Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China – Mexin Wine Town menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Ads
Dalam rakaman tersebut, dua pekerja teman tema dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum mengikatnya pada tali bungee. Semua pekerja bersorak kegembiraan sebaik sahaja babi tersebut ditolak.
Ads
Pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus. Katanya lagi, haiwan itu terus dihantar ke rumah penyembelihan sebaik sahaja ‘tugasnya’ selesai.
Ads
Negara China tiada undang-undang khusus bagi menghukum individu yang menganiaya haiwan. Namun, tahap kesedaran rakyat di negara itu mengenai isu kekejaman terhadap haiwan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Baru-baru ini ramai yang mengeluh dengan proses membuat pembaharuan passport yang terpaksa dibuat secara atas talian atau online. Sejak pihak Imigresen mengumumkan tiada lagi perkhidmatan secara walk in untuk renew passport dan dengan sistem baharu yang diperkenalkan membuatkan ramai kalut dan ada juga yang tidak berjaya.
Berkongsi panduan untuk renew passport, Ahmad Firdaus senaraikan cara-caranya berserta beberapa tip untuk diikuti supaya lebih tenang dan tidak kalut bila membuat pembaharuan passport secara dalam talian.
Ikuti perkongsiannya:
Akhirnya selesai urusan passport untuk seluruh keluarga. Saya kongsikan panduan supaya anda tak perlu kalut dan kusut macam saya.
4.Permohonan online ni sekejap sahaja boleh dapat maklum balas. Tak sampai 24 jam kita dah boleh semak di portal. Kalau email, lambat sikit nak dapat. Kalau Lulus, boleh terus ambil passport di Pejabat Imigresen yang kita tetapkan. Kalau di UTC Perak, saya nampak boleh walk in je. Tiada nombor khas diperlukan.
5.Kalau TAK lulus, tarik nafas dalam-dalam…it’s going to be a long and tedious journey. Antara sebab proses pembaharuan tergendala adalah gambar tidak ikut spesifikasi dan cap jari tiada dalam rekod.
6.Masalah utama nak siapkan passport adalah nak dapatkan nombor giliran untuk proses passport. Bila dah lengkapkan butiran gambar, cap jari dan pembayaran, laju je. Tak sampai satu jam boleh siap. Kalau macam di Ipoh, kena dua kali beratur. Satu untuk masuk UTC, lagi satu untuk ambil nombor giliran di Jabatan Imigresen. Tempat lain mungkin berbeza dari segi kaedah dan waktu operasi. Pastikan semak dahulu di laman web.
Tips tambahan dari saya:
1.Jangan buat last minute. Kalau boleh, sebulan awal dah rancang dah hari apa nak perbaharui passport.
2.Cari masa off peak. Minggu lepas saya pergi waktu cuti sekolah. Memang ramai Ya Amat. Harini, kurang sedikit orang nak kejar nombor giliran.
3.Kita nak beratur lama. Pastikan bawa kudap-kudap dan air. Bawa bahan bacaan. Nak lagi sedap, bawa kerusi lipat. Saya rasa macam ni kot rasa orang nak pergi konsert Billie Eilish.
4.Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Pegawai yang melayan di kaunter. Bukan mereka yang putuskan untuk laksanakan kaedah yang rumit ini. Mereka pun manusia. Mereka pun penat. Kita nak orang senyum, tapi kita pula muka bengis. Ingat pesanan ini;
“Tak hensem takpe. Tak kaya takpe. Tak manja takpe. Asalkan beradab.”
**untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, pastikan bawa sekali surat beranak dan MyKid.
Apabila bercadang untuk bercuti ke negara orang, kita pasti impikan destinasi dan lokasi yang dikunjungi itu mempunyai tarikan tersendiri. Lagi seronok jika hari kejadian ketika kita melancong, jatuh pada hari perayaan atau sambutan tertentu negara tersebut.
Jika bercadang ke negara jiran seperti Brunei, ini ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelancongan berasaskan komuniti antara pemain utama industri pelancongan yang ada di negeri Selangor. Justeru bagi memantapkan lagi sektor tersebut, dalam usaha menambah baik industri pelancongan Selangor dan juga mempromosikan Experiential Tourism, kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan sebuah lawatan di Bangkok bersama Hos Komuniti Setempat Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Lawatan ini telah dianjurkan oleh Tourism Selangor, iaitu agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor. Dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) serta pejabat Tourism Malaysia di Bangkok, lawatan tersebut telah berlangsung selama enam hari, dari 28 September hingga 3 Oktober 2022
Diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor serta Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor. Program ini telah mempamerkan pelbagai siri Pelancongan Berasaskan Komuniti di Bangkok seperti yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand. Ini termasuk Float House River Kwai Resort, Nang Loeng, Hua Takhe dan Pasar Chatuchak.
Enam Pihak Berkuasa Tempatan—Majlis Perbandaran Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Perbandaran Kajang telah bekerjasama dalam program ini bagi menyokong Hos Komuniti Setempat Selangor. Usaha ini turut disokong oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Lawatan Pelancongan Berasaskan Komuniti Selangor di Bangkok, diadakan bagi memperbaharui industri pelancongan Selangor serta menambah baik beberapa kawasan tumpuan pelancongan yang ikonik di negeri ini. Beberapa lokasi tumpuan pelancongan ini termasuk Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Sawah Padi Sekinchan di Sabak Bernam, Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Bandar Diraja Klang, Pusat Warisan Kajang serta Perkampungan Budaya Mah Meri di Kuala Langat
Selangor mempunyai kelebihan daripada segi akses keluar masuknya dan telah membolehkan negeri tersebut menarik lebih 10.2 juta pengunjung bagi tahun 2021. Ini akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan Pelancongan Berasaskan Komuniti di samping memastikan produk Pelancongan Selangor berdaya saing, inovatif dan mengikut trend dan permintaan semasa.
Hubungan dua hala serta beberapa program yang diuruskan bersama dengan negara lain seperti Hos Komuniti Setempat Selangor akan dapat memperhebatkan lagi pelancongan antarabangsa ke negeri Selangor. Usaha tersebut akan dapat menyumbang secara langsung ke arah kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere!, yang merupakan kempen pemasaran pelancongan global oleh Tourism Selangor. Kempen ini bertujuan bagi menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara yang berminat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...