Bulan April lalu tular gambar sut pakaian Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) untuk anak kapal AirAsia diperkatakan ramai.
Namun, syarikat penerbangan tambang murah itu menjelaskan penularan foto sut pelindungan tersebut masih dalam peringkat kajian. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, inisatif percubaan pemakaian PPE itu dilakukan oleh AirAsia Filipina untuk kru kabin mereka baru-baru ini.
Ads
“AirAsia Filipina telah melakukan inisiatif percubaan pemakaian PPE yang dibuat khusus untuk kru kabin mereka. Ia pertama kali digunakan untuk penerbangan penghantaran pulang (recovery flight). Penilaian lebih mendalam mengenai rekaan ini sedang dijalankan. Pihak kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana PPE ini masih dalam peringkat kajian. Pihak kami akan memaklumkan jika ada sebarang perkembangan berkaitan perkara ini,” kata kenyataan itu.
Ads
AirAsia Filipina baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan PPE untuk kru kabin mereka semasa penerbangan penghantaran pulang dari Bangkok ke Manila. Anak kapal AirAsia Filipina memperagakan sut pakaian Peralatan Pelindung Peribadi (PPE). Inisiatif tersebut merupakan tanggungjawab AirAsia untuk membantu mencegah penularan COVID-19 dan bahan PPE yang digunakan itu telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan negara tersebut.
Ads
PPE yang dilancarkan itu bukan sahaja untuk menjaga keselamatan para penumpang dan kru, tetapi bagi memastikan keselesaan kru kabin yang perlu bergerak sepanjang penerbangan. Sut PPE ini direka oleh pereka Filipina yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan selesa namun masih mengekalkan warna identiti AirAsia.
Bandar Lumut di Manjung, Perak meriah dengan penganjuran Lumut Eco Run 2019 yang julung kali diadakan di daerah berkenaan pada Sabtu.
Tiga kategori dipertandingkan iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer – Fun Run, berjaya menarik lebih 1,200 penyertaan peminat sukan larian tempatan dan antarabangsa. Bertempat di Jeti Lumut Waterfront peserta dilepaskan seawal 6.30 pagi mengikut kategori dengan kategori lima kilometer fun run dilepaskan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan turut menyertai kategori 5 kilometer – fun run berkata, acara berkenaan disambut baik penduduk khususnya dari daerah Manjung.
“Majoriti 80% peserta daripada kawasan Manjung. Ertinya penganjur dapat mobilise anak-anak muda untuk menyertai program aktif untuk kesihatan ini dan saya merasakan event sebegini jangan jadikan competition tapi untuk ritual kesihatan rakyat kita di Manjung”, ujar beliau.
Selain itu tambah Hatta, penganjuran larian berkenaan turut mempromosikan nama Lumut sebagai destinasi eko-pelancongan, selaras hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan melahirkan 50 ribu usahawan muda daripada golongan B40 dan M40, dengan 200 hingga 300 disasarkan dari Manjung, Pangkor dan Lumut.
Kategori 21 kilometer terbuka diungguli peserta dari Kenya – Lel Kip-Chir-Chir dengan catatan masa 1 jam 4 minit 54 saat, manakala terbuka wanita dimenangi Elizabeth Wanza Maithya juga dari Kenya dengan 1 jam 24 minit 42 saat. Manakala kategori terbuka 10 kilometer lelaki diungguli atlet SUKMA Perak Saran Raj Balakrishnan dengan catatan masa 35 minit 10 saat sementara juara wanita kategori berkenana menjadi milik Tam Bee Peng dengan catatan masa 47 minit 44 saat.
Hadiah disampaikan Datuk Dr. Hatta dan Pengawai Khas Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.
Sementara itu Pengarah Lumut Eco Run 2019 Mohd Firdaus Mat Azahar berkata pihaknya berhasrat mendaftarkan Lumut Eco Run 2019 dalam kalendar pelancongan negeri Perak, selain berusaha menjadikannya acara antarabangsa.
“Di Lumut ini banyak aset dan warisan disekitarnya paling dekat Pulau Pangkor. Mungkin mereka boleh curi masa sikit ke Pulau Pangkor, atau disebelah kita Teluk Batik atau Marina Island ini juga Lumut Eco Run akan diadakan secara tahunan mulai 2020 seiring dengan penaiktarafan Pulau Pangkor sebagai zon Bebas Cukai”, katanya.
Lumut Eco Run bertemakan Bumi (Bumi2019) yang julung kali diadakan pada tahun ini akan diteruskan penganjurannya pada tahun-tahun akan datang dengan berkonsepkan larian alam sekitar yang seperti Air2020, Api2021, Angin2022.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang rakyat Malaysia berusia 36 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 15 Mei lalu kerana memiliki bahan lucah berunsur kanak-kanak.
Suspek ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah berunsur eksploitasi kanak-kanak selepas dilakukan pemeriksaan oleh Penguatkuasa Imigresen Australia (ABF).
Memetik sumber daripada CNA, ABF menemui bahan terlarang termasuk rakaman video menjijikkan berupa penderaan seksual terhadap kanak-kanak selepas melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit suspek.
Pihak berkuasa Australia merampas telefon bimbit berkenaan dan membatalkan visa lawatan suspek selain dikenakan tuduhan dibawah Akta Kastam Australia kerana membawa masuk bahan larangan.
“Pelancong seharusnya tahu bahawa memiliki bahan lucah mengeksploitasikan kanak-kanak adalah satu perkara yang dipandang serius di bawah undang-undang Australia,” kata Pemangku Komander ABF Wilayah Barat Australia, Emma Newman.
Hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sehingga AU$525,000 boleh dikenakan bagi kesalahan memiliki bahan lucah terlarang itu di Australia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Keadaan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Setakat ini, empat disahkan kes Koronavirus yang dikesan di negara kita.
“Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga perlu menghalang pelancong, contohnya. Kita perlu menilai bila peringkatnya kritikal. Namun kita akan terus melakukan pemeriksaan ke atas pelancong, apabila terdapat beberapa petunjuk yang mungkin telah dijangkiti,” katanya kepada Bernama.
Kebanyakan negara sudah mengambil beberapa langkah kerana ia sesuatu yang amat serius memandangkan kita tidak mengenali penyakit ini sebelum ini.
"Bagaimanapun, manifestasi penyakit ini agak sukar dikesan. Ini persoalannya apabila orang ramai boleh bergerak dan pergi ke mana-mana dengan amat pantas. Sebelum anda boleh mengesan seseorang itu sakit, dia telahpun sampai ke destinasinya, jadi kita terpaksa menerima bahawa satu kawalan sepenuhnya adalah suatu yang mustahil,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, setakad ini kerajaan belum ada rancangan untuk menghalang pelancong dari Wuhan, China daripada memasuki negara ini.
Ditanya sama ada kerajaan berhasrat untuk kuarantin semua pelancong China dan negara lain yang dijangkiti sejurus memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata tindakan itu tidak sesuai dilaksanakan memandangkan jumlah pelancong negara berkenaan yang memasuki negara ini meningkat sehingga dua juta orang.
“Pelancong dari China kadang-kadang meningkat sehingga dua juta. Kita nak simpan dia di mana? Jadi yang mana ada simptom, ada sikit sign pun kita kuarantin mereka. Anda boleh hantar pulang mereka ke China tetapi dalam proses menghantar mereka pulang, mereka akan bersentuhan dengan orang lain. Adalah lebih baik mereka dikuarantin terlebih dahulu sehingga mereka menunjukkan tiada tanda, barulah kita hantar mereka pulang,” katanya.Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berkata, adalah lebih mudah jika seseorang yang telahpun mempunyai penyakit lain untuk dijangkiti dengan virus baharu ini, itulah sebabnya kerajaan perlu bekerja di luar sistem yang mana kita boleh mengasingkan mereka dengan cepat pada masa hadapan.
“Kita juga tidak pasti mengenai rawatan. Jadi buat masa sekarang ia melibatkan pencegahan dan bukan rawatan… dan pencegahan melibatkan memakai topeng mulut dan hidung dan jauhi tempat ramai orang, yang disyaki mempunyai penyakit itu,” katanya lagi.
Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di China dan negara yang turut dijangkiti virus berkenaan untuk mengambil langkah sewajarnya dengan menggunakan topeng mulut dan hidung bagi mengelakkan jangkitan.
"Kerajaan China mengambil tindakan tegas dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti oleh penyakit itu yang bermula di Wuhan dan menghalang mereka daripada bergerak keluar. Kerajaan China juga telah mengenakan kuarantin kepada seluruh 11 juta penduduk (di Wuhan), ini satu tindakan drastik dan ia menunjukkan ketegasan kerajaan China bagi mengawal penyakit itu,” katanya.
Malaysia Ada Pengalaman Tangani Kes Virus
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail pula memaklumkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.
“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia. Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain," nasihat beliau selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel koronavirus.
Malah katanya kepada status virus koronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik. Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...