Tempoh cuti sekolah pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak. Dan antara aktiviti boleh menceriakan mereka ialah rombongan lawatan sambil belajar. Ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah.
Program lawatan seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. 6 lokasi menarik di bawah yang sesuai untuk lawatan sambil belajar!
1) Muzium Coklat, Kota Damansara
Credit: Chocolate Museum by @ Chocolate Museum
Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!
2) Zoo Negara
Credit: Zoo Negara by Puspanita KPDNHEP Putrajaya @ Facebook
Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar.
Ads
Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.
3) Selangor Fruit Valley
Credit: Selangor Fruit Valley by @
Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.
4) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar
Credit: Mandi Palong @Homestay sungai sireh, Tanjong Karang (palong soaking) by @ Youtube
Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar!
Ads
Di sini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!
5) Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Credit: Forest Research Institute Malaysia (FRIM) by Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1 @ Facebook
Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar.
Ads
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!
6) Taman Botani Negara Shah Alam
Credit: Shah Alam National Botanical Park by Taman Botani Negara Shah Alam @ Facebook
Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!
Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka. Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi di sekitar Negeri ini tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan!
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pendakian di terdapat banyak di negara ini khususnya yang berada di dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Selangor akan ditutup mulai esok, berkuat kuasa serta merta.
Notis penutupan ini bagi aktiviti pendakian ini akan ditutup mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022 atas arahan Pengarah Perhutanan Negeri.
Tidak sebab jelas dinyatakan mengapa pendakian di hutan kekal simpan ditutup sebaliknya ia hanya dikongsikan di fb rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Dalam pada itu, larangan memasuki dan menjalankan aktiviti di kawasan Gunung Nuang juga telah dikeluarkan dan ianya berkuat kuasa pada 26 November lalu.
Penutupan dan larangan ini adalah disebabkan masalah tanah runtuh dan musim tengkujuh. Pelanggaran ke atas NOTIS akan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) dan 81(1) (g), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Ramai menyukai aktiviti lasak ini dan mulai esok, semua HSK Negeri Selangor ditutup bagi aktiviti pendakian
Bagi pendaki yang gagal mematuhi notis ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang ingkar arahan tersebut.
LOKASI HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI SELANGOR YANG PERLU KITA TAHU
1 HUTAN SIMPAN AMPANG PECHAH 2 HUTAN SIMPAN BATANG KALI 3 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA 4 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA TAMBAHAN 5 BUKIT TUNGGAL 6 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA (TAMBAHAN II) 7 HUTAN SIMPAN BUKIT CHERAKAH 8 HUTAN SIMPAN BUKIT KUTU 9 HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG 10 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK 11 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK TAMBAHAN 12 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK (TAMBAHAN II) 13 HUTAN SIMPAN GADING 14 HUTAN SIMPAN HULU SELANGOR 15 HUTAN SIMPAN KANCHING 16 HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG 17 HUTAN SIMPAN RANTAUPANJANG TAMBAHAN 18 HUTAN SIMPAN SEMANGKO 19 HUTAN SIMPAN SEMANGKO(TAMBAHAN) 20 HUTAN SIMPAN SERENDAH 21 HUTAN SIMPAN SUNGAI DUSUN 22 HUTAN SIMPAN RAJA MUSA 23 HUTAN SIMPAN TEMPLER 24 HUTAN SIMPAN AMPANG 25 HUTAN SIMPAN BUKIT CHERAKAH TAMBAHAN 26 HUTAN SIMPAN AYER HITAM 27 HUTAN SIMPAN AYER HITAM TAMBAHAN 28 HUTAN SIMPAN BUKIT SUNGAI PUTEH UTARA 29 HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG 30 HUTAN SIMPAN BUKIT SUNGAI PUTEH SELATAN 31 HUTAN SIMPAN SUNGAI BULOH 32 HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA 33 HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH 34 HUTAN SIMPAN SUNGAI LALANG 35 HUTAN SIMPAN SUNGAI LALANG TAMBAHAN 36 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK 37 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK TAMBAHAN 38 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK TAMBAHAN 1 39 HUTAN SIMPAN HULU LANGAT 40 HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA 41 HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA TAMBAHAN 42 HUTAN SIMPAN BUKIT JUGRA 43 HUTAN SIMPAN BUKIT JUGRA TAMBAHAN 44 HUTAN SIMPAN JUGRA KOMPOK 1 45 HUTAN SIMPAN JUGRA KOMPOK 2 46 HUTAN SIMPAN KAPAR 47 HUTAN SIMPAN KAPAR TAMBAHAN 48 HUTAN SIMPAN KUALA BERNAM 49 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN 50 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN TAMBAHAN 51 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN TAMBAHAN 52 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA 53 HUTAN SIMPAN KUALA SEPANG 54 HUTAN SIMPAN PUALAU KETAM 55 HUTAN SIMPAN PULAU CHE MAT 56 HUTAN SIMPAN PULAU CHE MAT ZIN TAMBAHAN 57 HUTAN SIMPAN PULAU KELANG 58 HUTAN SIMPAN PULAU KELANG TAMBAHAN 59 HUTAN SIMPAN PULAU PINTU GEDONG 60 HUTAN SIMPAN PULAU RUSA 61 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT KERING 62 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT MAHANG 63 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT MERIAM 64 HUTAN SIMPAN PULAU TENGAH 65 HUTAN SIMPAN PULAU TENGAH TAMBAHAN 66 HUTAN SIMPAN PULAU TONGGOK 67 HUTAN SIMPAN PUlAU SELAT KERING TAMBAHAN 68 HUTAN SIMPAN SUNGAI KARANG 69 HUTAN SIMPAN TELOK GEDONG 70 HUTAN SIMPAN TELOK GEDONG TAMBAHAN 71 HUTAN SIMPAN SEPANG KECHIL 72 HUTAN SIMPAN SEPANG KECHIL TAMBAHAN
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Agak mustahil sekiranya ditanya oleh sesiapa yang mereka tidak kenal dengan watak animasi popular kucing berwarna biru dari Jepun ni. Pasti apabila ditanya siapakah kucing berwarna biru dan takutkan tikus, ramai akan menjawab dengan tepat – dia Doraemon!
Ya, penangan animasi popular dari Jepun itu mewarnai memori setiap kanak-kanak, remaja malah dewasa dengan indah sekali. Memori indah waktu kecil, duduk di hadapan kaca television, menonton gelagat lima sahabat iaitu Doraemon, Nobita, Sizuka, Sunyo dan Giant menempuh pelbagai peristiwa berserta dengan gajet-gajet abad ke-21 dari dalam saku Doraemon.
Untuk anda yang masih mempunyai ingatan segar tentang animasi Doraemon ini, jom kita datang beramai-ramai ke gateway@klia2. Kerana buat pertama kali dalam sejarah pusat membeli-belah dalam lapangan terbang itu menerima kedatangan Doraemon dan rakan-rakannya bersempena pop-up store yang berlangsung dari 7 Mac hingga 28 April ini.
Dari kiri: Amerrudin Ahmad, Timbalan Pengarah Balai Seni Negara, Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd., Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan WCT Malls, Moon Tan, Pengarah Jualan WCT Malls Management Sdn. Bhd., dan Tian Keng Swee, Penolong Pengarah Urusan Centre Management gateway@klia2 bergambar selepas merasmikan Pop-up Store Doraemon di pusat membeli-belah gateway@klia2.Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, menyampaikan ucapan beliau mengenai usaha kerajaan dalam mempromosikan bidang jualan sebagai salah satu cabang pelancongan di Malaysia.
Penunjung yang datang ke pop-up store Doraemon di gateway@klia2 ini akan menyaksikan 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dewasa dan pastinya pengalaman ini akan memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung dan peminat Doraemon.
Selain itu, pop-up store Doraemon yang dibuka secara percuma ini menyajikan pelbagai jenis koleksi cenderahati termasuk koleksi edisi terhad seperti baju t-shirt, baju kemeja, gelas, bantal, buku, anak patung dan pelbagai lagi barangan Doraemon yang lain.
Jadi kepada anda yang ingin berlepas atau tiba di klia2, jom singgah sebentar ke pop-up store Doraemon ini, dan bukan itu sahaja, kipas-susah-mati Doraemon yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang juga boleh hadir sama kerana lokasi strategik pusat membeli-belah klia2 ini memberikan akses mudah untuk anda berkunjung ke sini.
Jangan tunggu lama lagi, jom kita rasai kemeriahan Doraemon dan rakan-rakan di gateway@klia2 sekarang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika umat Islam sedang membuat persiapan akhir menjelang hari raya, empat daerah di Kedah dijangka akan menerima kesan berikutan ombak tinggi yang diramalkan berlaku pada dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.
Empat daerah yang dijangka terkesan dengan ombak tinggi itu adalah di Kuala Muda, Yan, Kuala Kedah dan Langkawi.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ombak setinggi 2.9 meter dijangka berlaku pada 4 dan 5 Jun depan.
“Kita berharap ketika itu tidak berlaku hujan lebat kerana sekiranya berlaku pertembungan ombak besar dan hujan, ia boleh menyebabkan berlakunya air pasang yang mengakibatkan banjir di sekitar daerah itu,” katanya.
Namun seramai 150 anggota dan pegawai kami di 10 daerah di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian bencana seperti banjir, ribut serta kemalangan jalan raya.
Seramai 36 anggota di menara penyelamat pantai di lima tempat iaitu empat di Langkawi dan satu di Kuala Muda juga akan bertugas ketika musim perayaan ini. Mereka akan memantau dan melakukan rondaan di sekitar pantai untuk memastikan keselamatan pengunjung yang mandi di kawasan berkenaan dan akan meminta pengunjung supaya beredar dari situ jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Orang ramai yang tinggal di pesisir pantai di empat daerah itu dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya hujan lebat berterusan lebih tiga jam.
Sebarang aktiviti beriadah di tepi pantai juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan pengunjung selain bot atau sampan kecil yang melakukan aktiviti menangkap ikan di pesisir pantai.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...