Wanita nak tunaikan Haji atau Umrah dah boleh ke Mekah & Madinah tanpa penjaga lelaki atau mahram.
Menurul laporan Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, Kelmarin.
Walaubagaimanapun, menurut Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi menyatakan wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.
Menurut laporan dari Astro Awani juga, Halabi menjelaskan keputusan tersebut sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman pada Mac lalu.
Ads
Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita tunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.
Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.
Ads
Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.
Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.
Sumber: Astro Awani
Ads
NOF8 kembali guysss! memang havoc jumpa hantu-hantu dan monster kali ni. Lebih seram dan menakutkan. Kali ni special bersama Libur ada influencer guest @alissazam & @qizbalqis experience apa yang ada di NOF8, let’s get scared guysss!
CONTEST CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke Night Of Fright 8 ni! Nak menang Tiket Full Moon Package bernilai RM1300 seorang tak?
Apa ada dalam Tiket Full Moon Package:
1 night stay at Sunway lagoon explorer campsite with breakfast for 2 pax
2 adult Sunway Lagoon theme park admission ticket
2 Night of Fright 8 (nof8) admission ticket
2 express pass
2 nof8 souvenir item
1 photography digital card
2 pax rodeo bull ride( 2 rides per pax)
2 pax of photo opportunity with nof8 character
Jom join contest
Syarat mudah nak menang tiket NOF8 2022
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall FB korang (PUBLIC)
Taip “NOF8” di ruangan komen FB Libur & tag sorang kawan yang korang nak bawak ke NOF8
3 KOMEN terakhir sebelum min KOMEN STOP akan memenangi tiket NOF8 ! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Jom berContest!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika ke Terengganu kalau tidak singgah ke Pasar Payang memang tidak lengkap kunjungan anda itu. Pelbagai barangan jualan produk popular di Terengganu boleh anda dapatkan di bangunan dua tingakt ini termasuk kain batik, sutera dan songket. Manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.
Menjadi ikon Terengganu sejak tahun 1968, lokasi pasar ini terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu. Pasar Payang berada pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1980-an, sehingga berjaya menarik pelancong dari dalam serta luar negeri. Pasar ini beroperasi setiap hari seawal 7 pagi hingga 6 petang.
Terkini, dikatakan wajah Pasar Payang akan diubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.
Kesemua peniaga sudah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.
Pasar ini tentunya meninggalkan pelbagai memori terutamanya, bagi peniaga asal di situ. Sebelum adanya kompleks pasar seperti hari ini, Pasar Payang hanya terdiri dari deretan kedai kecil yang menjual barang keperluan dan di satu sudut lain diisi oleh beberapa peniaga sayur serta buah-buahan.
Pada 1964 barulah ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Nama Kedai Payang pula dikekalkan bagi memelihara sejarah tempat asal itu sendiri. Pasar Payang dirasmikan Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 31 Ogos 1968 yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong keempat.
Nama Pasar Payang diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.
Sumber: Bernama Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melakukan aktiviti bercamping bersama keluarga boleh mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Inilah masakan berkumpul sambil bertanyakan perihal masing-masing.
Jadi bagi mereka yang mencari tapak camping paling best, boleh cuba layan Sojuk Riverside yang terletak di Batang Kali Selangor.
Menariknya pengunjung dapat melihat kejernihan sungai yang juga cetek dan untuk yang bawa anak 6 tahun ke bawah ada disediakan papan gelongsor terus ke sungai.
Kawasannya juga bersih dan terjaga. Pendek kata dengan harga serendah RM30, pengalaman camping di sini pasti memberi kepuasan berbeza.
Pengalaman bercamping bersama isteri dan anak-anak di Sojuk Riverside pada Jumaat dan Sabtu lepas. Kemsait yang sesuai untuk keluarga bagi saya. Kabin pun ada untuk yang tak nak pacak khemah.
Sungai jernih dan cetek, memang cun untuk bawa anak 6 tahun kebawah, siap ada papan gelongsor terus ke sungai. Kawasan bersih dan terjaga. Pagi-pagi kawasan pengumpulan sampah sudah dkbersihkan. Tandas dan sinki memuaskan, bersih dan tak berbau.
Untuk muslim, surau ada disediakan. Caj tapak khemah, RM50. Yang beratap dan berlantaikan simen RM130, boleh muat dua khemah besar. Kabin saya tak pasti.
Yang terbaik, tuan pemilik peramah, lembut berkata dan sudi membantu bila kita bertanya. Pekerja pun sentiasa berlegar-legar dengan walkie talkie mereka untuk melayan tetamu dan menguruskan parking kereta.
Di seberang sungai ni, ada satu kawasan persendirian (On The Rock) yang kita tidak boleh masuk. Penuh dengan rumput dan pokok-pokok besar, jadi pemandangan dari tapak khemah memang cantik menghijau. Pagi-pagi berkabus dan sejuk itu pasti, jadi memang santai.
Sojuk Riverside Jln Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor 017-376 5668 https://goo.gl/maps/gwEWrwyU5zGNFuJL6
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aplikasi Dulux Visualizer dan teknologi pemilih warna baharunya membolehkan anda meraikan Hari Merdeka dengan penuh warna-warni. Aplikasi yang mudah digunakan ini membolehkan anda untuk mendapatkan gambaran warna dinding sebelum ia dicat. Melalui Aplikasi Dulux Visualizer, semua orang boleh meraikan dan memilih warna cat dengan yakin kerana ia akan menunjukkan warna pilihan anda pada mana-mana ruang kediaman. Jadi,jika anda mahu menukar warna di kediaman, kedai, atau jalan raya sekali pun, apa kata anda perluaskan pilihan warna yang ingin dicuba dan jadikan warna-warna bendera Malaysia sebagai sumber ilham baharu. Bendera Malaysia mempunyai empat warna utama dengan setiap satunya membawa makna simbolik yang tersendiri.
Warna kuning pada bendera Malaysia mewakili warna pemerintah diraja. Jika anda mahu mencetuskan elemen glamor dan ketenangan dalam kediaman anda, warna itu perlu menjadi antara pilihan utama. Ia juga menggambarkan keseronokan seperti pancaran sinar matahari dan menzahirkan keceriaan. Bukan mudah untuk menentukan tona warna kuning yang paling sesuai untuk dinding anda memandangkan pelbagai pilihan yang ada, ditambah pula dengan jenis pencahayaan yang diperlukan.
Ini sudah tentu bakal menimbulkan masalah dan kerunsingan kepada anda. Namun, anda tidak perlu bimbang sama sekali. Aplikasi Dulux Visualizer membolehkan anda berkongsi gambaran warna yang diingini untuk kediamanan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Aplikasi menggunakan teknologi realiti berperantara ini membolehkan anda memilih dan menggambarkan warna yang diingini bagi melihat kesesuaiannya dengan suasana kediaman anda sekarang. Semuanya hanya dengan sentuhan pada skrin peranti anda.
Warna putih pada bendera Malaysia pula dikaitkan dengan keamanan dan kejujuran. Putih bukanlah warna yang asing untuk digunakan pada dinding,namun ramai orang lebih suka memilih warna lain kerana menganggap warna putih sebagai ketinggalan zaman. Walau bagaimanapun, aplikasi Visualizer membuktikan bahawa warna putih bukanlah warna yang membosankan kerana terdapat begitu banyak tona warna putih berbeza yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut untuk anda mencubanya. Tidak hairanlah jika warna putih akan sentiasa menjadi pilihan kerana ia menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.
Warna merah pada bendera Malaysia membawa maksud yang begitu sentimental, ‘Tanah Tumpahnya Darahku’-ia menggambarkan keberanian, kehebatan dan cinta sejati kepada negara. Selama ini, merah kurang menjadi pilihan sebagai warna dinding kediaman. Namun dengan pilihan lebih 2,000 warna Dulux, anda boleh mencuba pelbagai tona merah yang berbeza menggunakan aplikasi Visualizer dan mencari padanan yang paling sempurna untuk dinding anda. Melalui aplikasi Visualizer, anda boleh melakukan apa sahaja dan bermain dengan imaginasi untuk mencuba semua warna yang ditawarkan.
Akhir sekali, biru menandakan kejujuran, kesetiaan, keadilan dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat serta latar belakang etnik berbeza. Ia merupakan warna yang mengagumkan untuk kediaman dan sudah pasti akan menjadikan dinding anda lebih menarik. Takluki warna biru dengan memilih Warna Tahunan 2017 Dulux, Denim Drift (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoked Grey). Ia benar-benar merupakan warna serba guna serta boleh disesuaikan dengan semua jenis gaya hidup dan hiasan dalaman.
Warna Tahunan itu juga dilengkapi dengan pilihan warna yang merangkumi spektrum warna biru daripada tona berbeza – satu pendekatan baharu untuk membantu anda menggabungkan warna. Jika anda sering berdepan kesukaran untuk memilih warna cat, anda boleh mencuba warna-warna ini pada dinding anda melalui aplikasi Visualizer yang mudah digunakan dan menyimpan hasilnya dalam bentuk gambar atau video untuk dikongsi bersama rakan atau orang tersayang.
Jadi,manfaatkan kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi Dulux Visualizer dan jadikan keindahan bendera Malaysia sebagai panduan serta inspirasi anda. Dengan pelbagai warna dan tona untuk dipilih, anda pasti akan membuat pilihan yang tepat menggunakan warna-warna Jalur Gemilang sempena Merdeka ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...