Jika anda merancang untuk mengembara ke Hanoi, Vietnam buat pertama kali seperti rakan Libur ini, perkara pertama yang bermain di minda adalah untuk melihat keindahan semula jadi yang terdapat di bandar kedua terbesar selepas Ho Chi Minh ini. Pengembaraan Nur Bazilah ini mungkin boleh membantu perjalanan anda jika ke Hanoi nanti.
Berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuching ke Noi Bai International Airport Hanoi bermula 16 hingga 20 Mei 2014 di bawah ITC Travel Agent mengambil masa selama dua jam sepuluh minit. Buat pengetahuan anda, walaupun kebanyakan pengunjung berpendapat lapangan terbang ini sederhana tetapi ia ada menyediakan kemudahan Internet (wifi) yang luas dan terpantas.
TAM COC
Hari kedua mengikut jadual dari ITC Travel Agent, kami dibawa melawat Tam Coc untuk melihat tiga buah gua di sepanjang sungai. Pengembaraan menggunakan sampan yang begitu perlahan dikayuh oleh warga tempatan mengambil masa dua jam mungkin kerana mereka mengayuh menggunakan kaki dan sengaja memberi peluang untuk pelancong melihat keindahan sekeliling.
HOA LU ANCIENT CAPITAL
Setelah agak ‘kematu’ duduk di dalam sampan, kami dibawa pula melawat Hoa Lu Ancient Capital iaitu tokong milik dua orang raja bernama Dinh dan Lee. Sebaik saja memasuki tokong bersejarah ini, kami terpukau dengan landskap menarik yang terdapat di dalam kawasan ini.
HALONG BAY
Tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke Halong Bay. Halong Bay merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia. Halong Bay atau Teluk Halong dikelilingi ribuan batu kapur yang berbeza bentuk dan saiz.
Menaiki van menuju ke Halong Bay dari Hanoi mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan. Kemudian, kami menghabiskan masa bermalam di dalam Wooden Junk (kapal). Sepanjang di dalam kapal tersebut, kami dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Wooden Junk yang bergerak perlahan membawa kami menyusuri kawasan seperti Dinh Huong Island, Duck Island, Dog Island and Sail Island. Terdapat banyak Wooden Junk di sekitar Halong Bay malah jumlah bilik yang disediakan juga bergantung kepada saiz junk itu sendiri.
SUPRISE CAVE
Pengembaraan diteruskan dengan melawat antara gua yang tercantik yang dikenali sebagai Suprise Cave. Rasa sejuk di dalam gua tersebut seolah-olah ada penghawa dingin terpasang di dalamnya. Jangan terlepas untuk melihat batu yang menyerupai penyu. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut membawa tuah dan kerap menjadi lokasi pemujaan.
Berada di Halong Bay bukan sekadar melihat keindahan sekeliling teluk ini. Terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan antaranya berkayak, mendaki dan mandi manda di pantai.
Selesai mengembara, kami berangkat pulang ke Hanoi dan kebanyakan barang seperti cenderahati boleh didapati dengan banyak di sepanjang jalan. Oh ya! Jalan di Hanoi sangat sesak dan sibuk. Biarpun keluasan rumah penduduk hanya bersaiz kecil dan rapat tapi kebanyakannya bertingkat dan tidak banyak mempunyai tingkap. Namun, rumah mereka sangat unik kerana mempunyai ukiran yang kreatif.
Bagi kami, jika anda tidak berniat untuk ‘shopping’ dan lebih gemar melihat pemandangan, percutian ke Hanoi ini sudah cukup berbaloi kerana pengalaman berharga di tempat orang, mengenali budaya penduduk, merasa makanan, merakam kenangan dan sebagainya tidak boleh dibeli dengan wang!
Selepas Kerajaan Jepun melonggarkan syarat kemasukan untuk pelancong asing ke negara mereka, yang mana tak perlu lagi menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, nampaknya sudah ramai yang menjejakkan kaki sana.
Rindu dengan suasana dan budaya di sana, trip yang dirancang selama sebulan akhirnya terlaksana. Menurut Nor Idayu Ayop, berkunjung ke negara maju, tidak sukar untuk pengembara sepertinya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Percutian selama 6 hari 5 malam itu cukup bermakna, meskipun tak lama, banyak juga tempat yang sempat dikunjungi oleh wanita ini dan keluarganya.
Ikuti perkongsiannya:
Trip DIY Tokyo
18 -23 OKTOBER 2022
Trip yang dirancang kurang dari sebulan dan sewaktu perancangan ini kami suami isteri tengah banyak kerja yang perlu diselesaikan. Persediaan awal hanyalah membaca beberapa catatan perkongsian di dalam group RTJ dan membeli buku Road To Japan bagi menambahkan kefahaman.
Negara maju seperti Jepun tidak akan menimbulkan kesukaran kepada pengembara untuk bergerak.
Saya dah suami serta anak meneruskan niat ke Jepun dengan harapan nak mengalami musim luruh. Rupa-rupanya kedatangan kami terlalu awal dan musim luruh belum bermula di Tokyo…tapi tak pe la sebab si anak dah kata..asalkan sejuk dia dah puas hati.
Day 1
Pengembaraan kami bermula awal pagi, selepas melalui prosedur saringan kesihatan, imigresen dan kastam di Lapangan terbang Narita kami berehat2 dahulu di balai ketibaan sambil memerhatikan gelagat manusia. ketibaan kami di awal pagi tidak memerlukan kami untuk bergegas keluar daripada terminal. Ketika inilah, baru kami putuskan sama ada hendak menaiki bas atau train ke bandaraya Tokyo. Akhirnya kami memilih bas sahaja sebab ada tujuan hendak ke Tokyo Station. Bayaran bas ¥1300 seorang dan perjalanan mengambil masa 65 minit. Ini adalah harga yang terkini berkaitan dengan tambang bas. Perjalanan ke bandaraya menyaksikan pemandangan yang menarik. Tiada kesesakan lalu lintas walaupun pada ketika itu adalah masa bekerja. Sepanjang bahu jalan dan di atas bumbung bangunan ( bila lalu atas fly over yang tinggi boleh nampak bumbung bangunan 2-3 tingkat) tiada sampah yang kelihatan. Sungai yang bersih dan tenang serta sususan kereta di tempat parking juga sangat teratur.
Di Tokyo Station kami mendapatkan tiket bas untuk ke Kawaguchiko untuk melihat Mount Fuji. Selepas selesai pembelian tiket bas terus mencari kaunter tourist information untuk mendapatkan pass subway yang dikhaskan untuk pelancong. Saya membeli pas 72 jam yang berharga ¥1500 dan pass 24 jam yang berharga ¥800. Pas ini dibeli bagi membolehkan kami menggunakan perkhidmatan subway tanpa limit. Pas ini sangat penting jika kita salah masuk stesen atau salah train tak de la setiap kali salah tu kena bayar harga tiket. Memang menjimatkan jika kita gunakan sebaik-sebaiknya dengan melawat kawasan-kawasan tarikan pelancong.
Selepas itu, barulah kami bergerak ke hotel yang telah ditempah sebelum ini. Kawasan hotel berhampiran dengan Euno iaitu lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Hotel kami terletak di Inaricho. Sebuah kawasan perumahan dan kedai-kedai yang terletak dipinggir kawasan Euno. Di sini lebih tenang dan sunyi. Selepas menghantar luggage ke hotel dan mencuci muka kami terus bergerak ke Euno. Tak boleh nak check in lagi kerana masa check in adalah pada jam 3 petang.
Lawatan hari pertama ini santai-santai sahaja dan sekitar Euno. Kami melawat Euno Park dan juga sekitar National Museum. Duduk di taman menikmati udara yang segar dan dingin di samping melihat pokok2 yang mula berubah warna.
Jam 4 petang kami kembali semula ke hotel dan terus menikmati makan tengah hari dengan bekalan yang di bawa. Pada ketika ini, belum sempat nak google restoran halal yang berhampiran. Malam pertama di bandar Tokyo terasa sangat nyenyak kerana kepenatan.
Day 2
Subuh seawal 4.26am, selepas subuh kami terus bersiap-siap untuk bergerak ke Tokyo Station untuk mendapatkan bas ke Kawaguchiko. Saje je kami keluar awal, takut-takut kalau tersesat ada masa untuk cari jalan yang betul. Alhamdulillah tak sesat dan sememangnya kami berpandukan google maps sahaja dan telah settingkan utk penggunaan subway sahaja. Jika tak begitu, takut tertukar ke stesen LRT JR dan perlu membeli tiket yang lain. Kami sampai awal 45 minit dan peluang itu diambil untuk duduk mengopi melihat gelagat masyarakat Jepun.
Syukur kerana bas yang dinaiki sangat selesa dan perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam 30 minit itu tidak terasa . Satu jam yang pertama itu, memang kami tidur kerana kepenatan bangun awal pagi. Jam berikutnya dapatlah menikmati pemandangan kawasan kampung yang terletak bersebelahan lebuhraya.
Setibanya di Kawaguchiko saya terus mendapatkan tiket bas retro dan saya membeli pass sehari yang berharga ¥1200 seorang. Dengan adanya pass ini kami boleh menggunakan perkhidmatan bas tanpa limit dalam tempoh sehari. Sightseeing di Kawaguchiko dimulakan dengan memilih red line. Ada 20 hentian di red line ini, hentian pertama yang kami berhenti ialah di hentian ke 9. Kami memilih kawasan ini kerana ingin menaiki bot di tasik ini dan melihat view Mount Fuji dengan lebih jelas. Syukur sangat kerana pada hari ini, cuaca sangat baik dan langit membiru yang cantik kelihatan. Dalam erti kata lain, Mount Fuji tidak merajuk dan tidak diselindungi dengan awan yang kelam.
Selepas merakamkan kenangan di stesen no 9 ini kami meneruskan ke stesen no 17. Di sini kami terus ke jeti yang berhampiran untuk bergambar, menoleh seketika di sebelah kanan, kami terkejut kerana melihat begitu ramai pelukis yang sedang ralit melukis pemandangan. Memang tak sedar kawasan tersebut ada orang disebabkan mereka semua senyap seribu bahasa. Kami berjalan kaki sahaja dari stesen 17 hingga ke stesen terakhir. Pemandangan di stesen terakhir begitu cantik kerana kelihatan pokok-pokok yang telah berubah ke warna merah.
Perut kami mula memberikan signal lapar, setelah kembali ke stesen Kawaguchiko saya terus mendapatkan info berkaitan dengan green line. Terus ambil jadual perjalanan bas green line kerana akan cuba juga melawat kawasan tersebut jika ada masa. Misi mencari kedai makan, berjalan kaki mengikut arah yang dibawa oleh google maps, berjalan hampir 20 minit dan sebaik sahaja sampai di kedai rasa nak teriak dan menangis kerana kedai ini telah tutup dan kawasan ini adalah kawasan yang kami telah singgah sebelum ini….cuba bayangkan jalan kaki semula ke situ..kalau lah tahu dr awal…tak berputus asa kami terus mencari satu lagi kedai dan ada nampak signboard masjid di situ. Restoran ini terletak di stesen no 5 red line. Sebaik sahaja sampai di situ, sekali lagi dikecewakan kerana kedai juga tutup. Mungkin kerana kurang pelancong lagi pada ketika ini.
Lapar dan perlu mencari lokasi nak solat..pada ketika kami berehat-rehat menimati buah pisang kaki yang sangat sedap… lalulah bas green line..naik aje la..klau tak turun kita ronda-ronda dalam bas je…melihat jam yang masih awal lagi akhirnya kami putuskan berhenti di stesen yang ke 48. Rancangnya nanti boleh je solat di tepi taman berhampiran. Turun sahaja dr bas kedengaran org memanggil kami untuk mencuba makanan halal katanya..buah-buahan kering dan juga seafood. Seteleha mencuba beberapa barangan yg diperkenalkan kami ditanya sama ada telah solat ke belum? Terus jawap belum dan peniaga itu terus membawa kami ke sebuah musolla di belakang kedainya. Setelah selesai solat dan makan sedikit bekalan roti, kami dihidangkan dengan air lemon panas. Nikmat Allah yang tidak mampu kau dustai, terasa tenang berada disitu, cuaca dingin tetapi tidak terlalu sejuk. Sementara menuggu bas, kami berbual-bual dengan peniaga yang sangat ramah itu dan banyak cerita beliau ttg rakyat Malaysia yang dtg ke Jepun. Sekali lagi sebelum kami menaiki bas pulang, kami dibekalkan dengan bekalan ikan bakar, katanya utk makan malam bila tiba di hotel nanti.
Perjalanan pulang ke Tokyo juga lancar dan tiada kesesakan lalu lintas. Setibanya di hotel, kami terus panaskan nasi dan menikmati hidangan makan malam yang simple tetapi menyelarakan setelah ada tambahan ikan bakar.
Day 3
Trip DIY ini , memang simple dan hanya memfokuskan kepada beberapa kawasan utama sahaja. Hari ini kami keluar lewat sedikit kerana lokasi yang dituju adalah dalam kawasan line subway yang sama. Dari line G17 menuju ke line G1 iaitu ke Shibuya. Katanya Shibuya ni kena pergi sebab disitulah yang akan menunjukkan kesibukan sebenar masyarakat Tokyo. Memang lintasan zebra tu sangat sibuk apabila menjelang tengah hari. Pada hari ini kami hanya melawat sekitar kawasan ini dan terus ke Shinjuku. Anak-anak yang tinggal di rumah asyik tanya bila nak ke outlet beli barangan yang mereka kirim. Pada mulanya kami ke kedai-kedai di kawasan Shinjuku dan Shibuya, di sini barangan yang dijual agak mahal. Setelah penat berjalan-jalan kami berhenti berehat mengopi seketika, pada ketika inilah barulah digoogle Mitsui outlet yang berhampiran. Akhirnya kami ke Makuhari. Perlu menggunakan subway + JR line. kami membeli tiket JR dimesin sahaja dan dibantu oleh petugas JR Line. Di sini, pada mulanya sy menggunakan kad big pay, tetapi mesin itu decline kad tersebut dan menyebabkan kami membeli secara tunai. Semasa dalam train, saya melihat kad big pay telah dicaj untuk bayaran tiket tadi dan telah buat aduan kepada big pay, namun setelah bebrrapa hari big pay release kan bayaran kepada syarikat train dan meminta saya memberikan resit bayaran tunai. Adoii..manalah nak dapat resit pada ketika itu sebab tak sangka nak jadi begini. Di outlet ini, pada penggemar Levis, GAP dan kasut VANS memang sangat berbaloi. Harga lebih murah dan sudah pasti jaminan kualiti Terbaik.
Disinilah bervideo call dengan anak-anak yang tak ikut dan mereka membuat pilihan. Selesai pembelian kami bergerak pulang ke Euno. Malam ni nak makan luar katanya, kami makan di sebuah gerai Turki, nampak sahaja muka orang Malaysia terus mereka beritahu mereka ada jual nasi selain kebab. Alhamdulillah selesai makan malam. Bajet makan seorang di sini anggaran ¥1000.
Day 4
Perancangan hendak ke Odaiba. Pengangkutan yang digunakan ialah subway + JR line. Di Odaiba kami nak melihat robot besar tu je sebnarnya dan menikmati pemandangan tepi pantai. Patung robot sedang dibaiki dan kami hanya ambil gambar dari jauh dan patung ini juga tidak berkepala. Adoi…di sini terjumpa pula kedai Adidas idaman encik suami..setelah membeli apa yang di hajati kami meneruskan perjalanan untuk melihat kota budaya Tokyo di Asakusa. Sebelum meninggalkan Odaiba saya sempat juga membeli sepasang kasut Adidas edisi 2022. Saya tak tahu sangat tentang barangan Adidas ini tetapi en suami la yang banyak bercerita dan dia memaklumkan kalau beli kat Malaysia lagi mahal.
Di Asakusa kami melawat beberapa tempat tarikan pelancong, tidak banyak beza binaan ini seperti di China dan juga Korea. Mencari cenderahati hendak di bawa pulang. Fridge Magnet sahajalah yang mampu kami beli buat ingatan.
Disebelah malam kami sekali lagi ke Euno untuk makan malam dan cuba meninjau-ninjau ke salah sebuah kedai jam. Alhamdulillah..orang kata kalau ke Jepun tak sah kalau tak cari G-Shock. Pada malam inj kami saje je berjalan-jalan dengan menaiki subway dan berhenti di Ginza dan melihat suasana malam di Ginza.
Day 5
Perjalanan pulang kami menggunakan skyline sahaja. Stesen Skyline terletak di Euno dan perjalanan ke Natita mengambil masa hanya 36 minit. Perjalanan pulang ke Malaysia membawa 1000 kenangan berharga buat kami bertiga.
Jika anda ada plan nak bercuti di Cameron Highlands, kali ini boleh cuba menginap di Rose Cottage by De’La Ferns.
Terletak di Tanah Rata, Pahang, cottage ini menawarkan penginapan yang unik dengan 3 rumah berbeza, free WiFi, dan private parking.
Apa yang Menarik di Rose Cottage
Taman yang cantik: Dikelilingi lanskap yang indah dan bunga-bunga harum, good spot untuk OOTD.
Bilik yang selesa dengan kelengkapan yang teliti untuk penginapan yang menenangkan.
Staf yang mesra dan saranan berguna daripada staf, memastikan penginapan anda selesa.
Berdekatan dengan ladang teh.
Rose Cottage by De’La Ferns.
Dekorasi Dalam Yang Indah
Kalau luarannya penuh dengan pokok bunga, masuk dalam rumah pula anda akan puas dengan dekorasi dalamannya. Sesuai untuk anda ootd di setiap ruang. Jom tengok!
Haaa.. jangan lupa sambung healing di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang! Sesekali kena cari tempat sejuk untuk ‘pungut’ tenaga yang sudah hilang dek kerana keluar mencari rezeki.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suatu ketika dahulu, bila menyebut tentang Gerik, ia hanya kawasan Hulu dan agak jauh dari pembangunan. Tapi kini, persepsi itu harus dibuang jauh-jauh kerana kawasan Hulu Perak ini menerima pembangunan serta banyak lokasi pelancongan boleh diteroka.
Bagi yang ingin bercuti ke Gerik, apa kata singgah ke Denai Kabus yang mendapat jolokan Switzerland Perak. Wow, tak perlu pergi jauh-jauh ke negara orang kerana suasana dan pemandangannya sama indah dengan lokasi pelancongan dunia itu. Nak ke sini pun tak susah, dalam 15 minit menaiki kereta dan sudah ada jalan tar disediakan untuk ke lokasi percutian ini.
Sesuai dengan namanya Denai Kabus, cuacanya sangat sejuk umpama bahkan dikatakan kabusnya ada sehingga sehingga tengahari. Tidak hanya berkabus, lebih menarik pada malam hari, di kawasan langit terbuka luas, kita dapat saksikan bintang-bintang indah bertaburan sekaligus menjadi kenangan sukar dilupakan saat berlibur di kawasan ini.
Jom tengok apa yang menarik di Denai Kabus.
Kawasan ini merupakan tarikan pelancongan dan riadah terbaru di Hulu Perak yang terletak di kaki Gunung Kenserong, Kg Pahat. Suasananya sangat damai dengan view yang sangat indah. Diapit dua gunung iaitu Gunung Kenderong dan Kerunai, pada waktu pagi, kabus dapat dilihat menutupi puncak gunung.
Ada dua pilihan penginapan iaitu cottage dan khemah.
Cottage A penginapan yang unik dan reka bentuk ala-ala eropah. Ada 6 unit saja dan harga sewaannya RM150 semalam. Boleh masuk 4 orang dewasa satu cottage.
Sementara khemah boleh dibawa sendiri pada harga RM50 satu tapak atau sewa dari pihak Denak Kabus pada harga RM10 sebagai tambahan khemah. Setiap port khemah dilengkapo plug, sinki dan tandas selain unggun api yang boleh jadi port lepak sembang banyak-banyak (tiada bayaran dikenakan untuk duduk di unggun api ya).
Apa aktiviti boleh dibuat di sini?
Bila melancong, kita mesti mahukan suatu kelainan. Kalau korang menginap di sini, lupakan telefon untuk beberapa hari kerana banyak aktiviti agro pelancongan boleh cuba.
Antaranya ialah :-
1) Memancing (bayaran ikut kilogram berapa ikan yang korang dapat tangkap).
2) Fish Feeding.
3) Mandi sungai (yang boleh berenang so so saja, pelampung ada disediakan. Jadi jangan risau).
4) Berkayak. 5) Boleh mendaki dua gunung berdekatan 6) Meneroka kawasan sekitar dengan menaiki ATV. 7) Menunggang kuda 8) Memetik sendiri buah strawberi 9) Belajar toreh getah (wow, ohsem sangat).
Di sini petting zoo juga disediakan untuk kanak-kanak ya di mana mereka boleh beramah mesra dengan binatang seperti Arnab, kambing dan lain lagi.
**media[]**
Dalam pada itu, pihak Denai Kabus memaklumkan, mereka secara aktif memikirkan cara merevolusikan kehidupan kampung untuk dinikmati tetamu. Keluar dan bermalam di hutan dalam usaha mencari hasil-hasil rimba seperti akar-akar kayu herba pernah jadi sebahagian sumber ekonomi penduduk kampung. Apabila malam tiba, unggun api dihidupkan bagi menjauhkan haiwan liar seperti gajah yang banyak di Gerik suatu ketika dahulu. Denai Kabus dikelilingi ladang dan dusun. Kayu-kayu mati dan kering kami kutip dan jadikan unggun untuk tetamu-tetamu menikmati kesejukan malam di kaki Gunung Kenderong dan Kerunai.
Dan lebih best, kalau pergi pada musim durian, ada kebun Musang King dan buah-buahan tempatan yang lain, sesuai dengan konsep agro pelancongannya di mana ada 1000 pokok Musang King ditanam di sini.
Yang nak pergi, boleh datang ke Denai Kabus yang terletak di Kaki Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak, Malaysia. Sumber gambar : FB Denai Kabus
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...