Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan

Share

Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan; Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dibatalkan susulan penularan COVID-19.

Pembatalan itu dibuat bagi memberi keutamaan supaya kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat terpelihara. Semua penggiat industri pelancongan dan kebudayaan diseru mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, peraturan dan arahan yang sedang berkuat kuasa ketika ini. Antaranya:

  • Premis penginapan pelancongan di seluruh negara diminta mematuhi peraturan terbaharu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Premis penginapan pelancongan dibenarkan beroperasi dengan jumlah kakitangan minimum, tertakluk kepada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Tetamu dikehendaki berada di dalam bilik penginapan sepanjang masa dengan tempahan makanan dibuat secara perkhidmatan bilik manakala, operasi fasiliti sampingan, termasuk kolam renang, ruang permainan dan gimnasium tidak dibenarkan beroperasi.
  • Semua urusan pembaharuan lesen pengendalian dan penarafan premis pelancongan, pemandu pelancong serta institut latihan dibekukan hingga 31 Mac ini.
Foto: The Star

Untuk sebarang pertanyaan, penggiat industri pelancongan, kebudayaan dan orang awam boleh merujuk laman web rasmi www.motac.gov.my atau menghubungi kami menerusi e-mel di covid19@motac.gov.my

IKLAN