Ads

Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta

Bersyukurlah, jika kawasan perumahan anda mendapat kemudahan internet dengan mudah untuk melakukan pelbagai perkara. Namun tidak bagi penduduk di sebuah daerah Indonesia ini.

Gara-gara tiada akses internet, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian.

Sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah. Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan. Mereka terpaksa mendaki Gunung Temulawak yang cukup tinggi terletak di sebelah selatan Dusun.

Ads

Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta Kalau Nak Guna Internet, Penduduk Kena Mendaki Gunung Temulawak, Yogyakarta

Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka harus mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.

Ads

Mereka perlu menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu. Mereka akan berkumpul dulu sebelum mendaki bersama.

Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.

Ads

“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.

Foto: makassar_iinfo | Sumber: Sinar Harian

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

F1

Panduan Lengkap Ke Litar Antarabangsa Sepang Bersempena F1 Bahrain Grand Prix...

Nak tengok F1 di Sepang hujung minggu ini? Semak panduan penting pengangkutan, shuttle, parking, makanan dan survival kit sebelum ke SIC.