Bagi memudahkan pengundi pulang mengundi, Kerajaan telah menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am. Hal tersebut bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
bagi memudahkan pengundi balik mengundi, pemberian tol percuma untuk 30 konsesi Lebuh raya ditawarkan dua hari kepada para pengguna sempena hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November ini.
Foto: BERNAMA
“Tol percuma tersebut bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.
Ads
“Implikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai salah satu dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, dengan anggaran kos tanggungan sebanyak RM34.5 juta,” katanya dalam majlis pecah tanah bangunan CUEPAC di sini hari ini.
Tawaran pemberian tol percuma ini diputuskan setelah mengambil kira cadangan dan rundingan yang melibatkan antara Kementerian Kerja Raya dengan semua syarikat pengendali konsesi lebuh raya.
Ads
Foto: BERNAMA
Melalui inisiatif ini, kata beliau, kerajaan berharap dapat meringankan serba sedikit beban kewangan para pengguna khususnya warganegara untuk pulang mengundi demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih dalam sistem demokrasi yang diadakan pada setiap lima tahun sekali.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia susulan pandemik COVID-19 turut memberi ‘hikmah’ kepada alam sekitar.
Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minima.
Ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara di bawah 50 iaitu di tahap baik.
Kejernihan air sungai di sekitar Lembah Klang semasa Perintah Kawalan Pergerakan juga menunjukkan ada aktiviti yang menyumbang kepada kekeruhan sungai terhenti. Antara aktiviti yang berkemungkinan menyumbang ialah kerja pembangunan tanah dan pelepasan sisa basuhan terus ke longkang seterusnya ke sungai. Apabila kedua-dua aktiviti ini dihentikan, hasilnya sungai kelihatan lebih bersih.
Media sebelum ini melaporkan menurut Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih. Antara sungai yang kelihatan jernih sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.
Di Sungai Klang lebih bersih, apabila pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah telah dikeluarkan daripada sungai tersebut. Pada 15 Mac 2020 sehingga 15 April 2020, sebanyak 15,580 tan metrik sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.
Bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan Indeks Kualiti Air pada Kelas III adalah baik.
Ini jelas menunjukkan bahawa meminimumkan pergerakan orang ramai dan operasi perniagaan dapat membantu memulihkan sungai seperti ditunjukkan oleh frekuensi lebih tinggi Indeks Kualiti Air Kelas III. Apa yang lebih penting ia meningkatkan lagi kualiti air, berikutan data antarabangsa menunjukkan air bersih adalah faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sejak sempadan negara dibuka, Singapura antara yang terawal menerima ketibaan rakyat dari Malaysia. Memang banyak tempat menarik untuk dilawati, justeru kerajaan Singapura menerusi Singapore Tourism Board (STB) menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk menerima pelancong dari Malaysia dan negara-negara lain.
Dalam satu majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh STB baru-baru ini, turut melancarkan SingapoReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa, termasuklah tarikan terbaharu dan restoran yang unik, pusat kesihatan dan pengalaman lestari. Kempen ini dibangunkan dengan mengambil kira terhadap perubahan keperluan dan aspirasi pengguna secara global.
“Sejak pembukaan semula sempadan, kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pelancong Malaysia. Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk Singapura. Kini, aktiviti melancong juga semakin mudah tanpa kuarantin atau ujian bagi para pelancong yang telah menerima vaksin penuh, kami mengalu – alukan kepada semua untuk menikmati pengalaman dan membayangkan tawaran yang merupakan sebahagian daripada kempen SingapoReimagine”, kata Mr Lee Jian Xuan, Area Director, Malaysia dan Brunei, STB.
Kempen menarik bersama rakan kongsi untuk menarik minat pelawat ke Singapura
SingapoReimagine mempamerkan sisi yang berbeza dari apa yang ditawarkan oleh bandar ini, dari tarikan baharu dan tempat makan yang menarik, hingga pelbagai pengalaman kesihatan dan lestari. Pelancong juga boleh menantikan pengalaman baharu, tidak dijangka dan inovatif, disamping langkah-langkah kebersihan dan kesihatan yang dipertingkatkan.
Untuk mendorong inisiatif ini, STB Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Mandai Wildlife Group dengan menawarkan diskaun ekslusif sebanyak 33% kepada pelancong Malaysia ke atas pembelian tiket untuk ketiga-tiga taman mereka – Singapore Zoo, Night Safari dan Jurong Bird Park dengan kod promosi – MY33OFF . Promosi ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2022, ketahui lebih lanjut
Selain itu, Singapore Airlines mengadakan promosi Travel Fair, dengan diskaun tambang semua dalam penerbangan mereka dari 28 Mei hingga 6 Jun 2022 dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Singapura. Tambang penuh untuk kelas Ekonomi bermula dari RM450 hingga RM2,500 untuk kelas Perniagaan.
Terdapat juga rancangan bersama airasia untuk melancarkan kempen seluruh Asia Tenggara untuk menarik minat pelancong datang ke Singapura. STB juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama airasia pada Februari 2022 untuk mempromosikan lawatan ke Singapura dan menggalakkan pelancong untuk mengalami pengalaman dan tawaran di Singapura melalui airasia Super App.
STB juga telah berkolaborasi bersama syarikat e-dagang ShopBack dalam inisiatif ‘Singapore is Calling’ bermula dari 25 April sehingga 8 Mei 2022, yang melibatkan peniaga pelancongan utama Agoda dan Booking.com. Pengguna ShopBack boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 15% apabila membuat tempahan ke Singapura melalui laman sesawang tersebut.
STB akan menampilkan sisi terbaru yang berlainan Singapura untuk pelancong
Awal tahun ini, STB Malaysia melancarkan beberapa aktiviti pemasaran yang mensasarkan kepada destinasi pilihan dikalangan pelancong Malaysia. Contoh yang pertama merupakan siri kandungan “Hello from Singapore” doku-siri 10 episod yang menawarkan pandangan para penggiat industri di Singapura dalam memikirkan cara terbaharu untuk membuka peluang perniagaan pelancongan mereka. Pelbagai insan yang terkenal muncul di dalam program tersebut termasuklah Trase One,perintis adegan seni jalanan tempatan,, ; Pirakash T, Ketua APAC Muzium Ais Krim yang bertemakan alam Ajaib, Oniatta Effendi pengasas Baju by Oniatta, jenama baju yang menampilkan kembali fesyen Batik moden dan lain – lain.
Video bersiri 4 bahagian “Chic In The City” telah dilancarkan untuk memberikan pelancong maklumat terkini tentang pelbagai tawaran runcit di Singapura. Webisodes ini dibawakan oleh personaliti TV Malaysia dan influencer, Amanda Chaang menerokai perkara yang unik dan istimewa di Singapura melalui program “Made With Passion” yang menampilkan jenama utama tentang cerita Singapura bermula daripada Fesyen & Aksesori, Reka Bentuk, Rumah & Dekorasi, Kecantikan & Kesihatan dan juga Makanan & Minuman.
Sehingga kini, musim terbaharu ‘Hello from Singapore’ telah mencatatkan penonton atas talian sebanyak 1,008,158. Rancangan siri yang masih bersiaran “Chic In The City” pula mencatatkan jumlah penonton sebanyak 712,370.
Dalam beberapa bulan akan datang, STB Malaysia akan bekerjasama dengan rakan media,penglibatan daripada content creator dan influencer, untuk mengimbas kembali pengalaman melancong di Singapura dan juga memperkenalkan kepada pelancong tentang tarikan yang kurang dikenali oleh para pengguna. Dengan pengurangan sekatan dan limit kapasiti, fokus kali ini akan lebih kepada promosi percutian pelayaran yang sangat terkenal dikalangan pelawat Malaysia, begitu juga dengan penglibatan dalam acara dan perayaan di Singapura seperti perasmian 10-day Wellness Festival yang akan berlangsung pada bulan Jun 3 – 12, Singapore Food Festival pada bulan Ogos dan Singapore F1 Grand Prix padabulan Oktober.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ambil perhatian buat anda yang bercadang bercuti ke negeri Sarawak!
Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang sudah merancang untuk memasuki negeri Sarawak ketika ini (6 Ogos) tidak perlu lagi memohon dan mengisi borang ‘EnterSarawak’. Bagaimanapun, mereka masih diwajibkan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan, demikian diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...