Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia susulan pandemik COVID-19 turut memberi ‘hikmah’ kepada alam sekitar.
Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minima.
Ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara di bawah 50 iaitu di tahap baik.
Ads
Foto: MalaymailFoto: Yahoo Malaysia
Kejernihan air sungai di sekitar Lembah Klang semasa Perintah Kawalan Pergerakan juga menunjukkan ada aktiviti yang menyumbang kepada kekeruhan sungai terhenti. Antara aktiviti yang berkemungkinan menyumbang ialah kerja pembangunan tanah dan pelepasan sisa basuhan terus ke longkang seterusnya ke sungai. Apabila kedua-dua aktiviti ini dihentikan, hasilnya sungai kelihatan lebih bersih.
Media sebelum ini melaporkan menurut Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih. Antara sungai yang kelihatan jernih sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.
Di Sungai Klang lebih bersih, apabila pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah telah dikeluarkan daripada sungai tersebut. Pada 15 Mac 2020 sehingga 15 April 2020, sebanyak 15,580 tan metrik sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.
Bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan Indeks Kualiti Air pada Kelas III adalah baik.
Ini jelas menunjukkan bahawa meminimumkan pergerakan orang ramai dan operasi perniagaan dapat membantu memulihkan sungai seperti ditunjukkan oleh frekuensi lebih tinggi Indeks Kualiti Air Kelas III. Apa yang lebih penting ia meningkatkan lagi kualiti air, berikutan data antarabangsa menunjukkan air bersih adalah faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Line Clear yang popular di Penang Road, Georgetown diumumkan dalam senarai top-10 oleh World Street Food Congress (WSFW), acara di Manila, Filipina minggu lepas.
Boleh dikatakan Nasi Kandaq paling popular di Malaysia. Berada di celah bangunan, stall kecil, dan pilihan ayam goreng masala, kari kepala ikan, kambing, udang besar, sotong, sambal pedas dsb dan dimakan bersama nasi yang ditabur campuran kuah kari; semua ini adalah trademark Line Clear.
”Ramai orang datang makan dan pelayan mereka ramah, begitu juga pelanggan mereka”, WSFW menghuraikan restoran 24 jam itu.
Satu lagi makanan popular Pulau Pinang ialah Siam Road Char Koay Teow. Pemilik perniagaan, Tan Chooi Hong, 76 popular dengan koay teow. Berada pada kedudukan ke 14 dalam senarai, orang ramai tetap sabar menunggu koay teow yang dimasak menggunakan arang.
“Gerai troli klasik yang boleh ditolak, koay teow dimasak menggunakan arang dan persembahan makanan yang sedap adalah antara sebab mengapa ramai orang beratur untuk mendapatkannya” ujar WSFW.
Empat lagi gerai juga berjaya masuk ke dalam senarai iaitu Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu (23), Donald & Lily Nyonya Mee Siam, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Ipoh (36), and Jalan Kuli Satay, Melaka (43).
Senarai The World Street Food Masters dibuat oleh panel berpengalaman seperti pengacara, penulis, selebriti makanan, dan profesional yang memiliki deria rasa hebat bagi budaya makanan jalanan warisan.
Tempat pertama ialah Singapore’s Hill Street Tai Wah Bak Chor Mee, Franklin’s BBQ kedua, dan Thailand Che Paek Pu Ob Voon Sen ketiga.
Bukan sekali dua kita dengar haiwan ‘didera’ dijadikan objek untuk menggembirakan manusia yang sakit otak. Minggu lalu, sebuah rakaman tular di laman sosial Weibo apabila khinzir ‘ditolak’ pada ketinggian atas di sebuah taman tema.
Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China – Mexin Wine Town menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Dalam rakaman tersebut, dua pekerja teman tema dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum mengikatnya pada tali bungee. Semua pekerja bersorak kegembiraan sebaik sahaja babi tersebut ditolak.
Pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus. Katanya lagi, haiwan itu terus dihantar ke rumah penyembelihan sebaik sahaja ‘tugasnya’ selesai.
Negara China tiada undang-undang khusus bagi menghukum individu yang menganiaya haiwan. Namun, tahap kesedaran rakyat di negara itu mengenai isu kekejaman terhadap haiwan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Nampaknya”idea brilliant” Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes yang melancarkan Air Asia Ride, sebuah perkhidmatan e-hailing udara semalam cukup mengujakan.
Dalam satu hantaran di instagramnya semalam, @tonyfernandez menulis:-
Launched today. AirAsia Ride is now on the SKY .The countdown starts. KLIA to Sentral 11 MINUTES.
Ini bermakna bagi mereka yang mementingkan masa dan perlukan kecepatan perjalanan, boleh mencuba Air Asia Ride yang menawarkan perkhidmatan e-hailing udara ini menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).
Sekaligus bayangan “kereta terbang” di Malaysia menjadi kenyataan tapi diganti dengan kapal terbang lebih kecil.
Perkhidmatan ini ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang namun apa yang jelas, tambangnya belum dinyatakan secara jelas. Difahamkan ianya akan mula beroperasi pada tahun 2025.
Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.
Persefahaman itu sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...