Kes COVID-29 Di Indonesia Makin Tinggi Tetapi Masih Belum Lakukan Perintah Kawalan Pergerakan

Share

Indonesia masih tidak menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan Covid-19. Sedangkan negara tersebut kini berdepan kes COVID-19 semakin meningkat setiap hari.

Foto: liputan6
Foto: en.tempo.com

Negara Indonesia masih belum dapat melakukan perintah tersebut kerana ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai penduduk lebih 270 juta orang. Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo berkata, sekiranya dilaksanakan, pemerintah menghadapi pelbagai kekangan bagi menyediakan keperluan asas untuk berjuta-juta rakyat di negara ini yang juga mendiami lebih 16,000 pulau.

“Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) bagaimana nasib pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) dapat bekerja?” katanya.

  • Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menetapkan negara ini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan dan menerusi penetapan status itu, beliau memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.
Foto: The Star
  • Beliau sebelum ini menyatakan Indonesia perlu menangani penularan virus itu dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, kondisi geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal.
  • Pelbagai bantuan dan insentif turut akan diebrikan kepada rakyat Indonesia yang terkesan akibat pandemik itu, antaranya memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (kira-kira RM170) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin, selain bantuan kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga.
  • Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta dan kota lain di Indonesia, kini sunyi sepi berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat sejak 16 Mac lepas, seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen Duduk Di Rumah.

Sumber: Bernama

IKLAN