Selalunya kembara menaiki bas atau van yang diubah suai menjadi ‘campervan’ terutama di luar negara jadi inspirasi buat kita untuk melakukan perkara sama.
Tidak mustahil kerana jika ada keinginan dan minat, pasti impian akan jadi kenyataan.
Tambahnya gadis ini dia memulakan percutian selama 10 harınya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Dapat inspirasi dari seorang temannya.
Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanpa persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.
“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya lagi.
Sambil menghirup udara segar.Pemandangan mendamaikan.
Menurut Farah, kos transformasi ‘CamperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.
Ads
Dengan kreativiti dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.
Kerlipan lampu indah.
Manakala di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.
Bahagian untuk masak, makan dan sebagainya.
Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Asri Nawawi, pemilik kereta Kancil yang turut diubah suai
Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.
Ads
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.
Santai bersama teman.Puas hati dengan percutian kali ini.
Ternyata usaha dilakukan sangat menarik dan boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang minat melakukan aktiviti kembala solo ini.
Boleh saksikan video penuh Farah bersama campermyvi dalam video di bawah.
Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Mekah) merupakan bangunan ikonik di Kota Suci Mekah yang dikagumi ramai. Tapak bangunan Abraj Al-Bait Towers terdiri daripada premis kediaman, hotel dan mempunyai 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram yang menempatkan Kaabah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
Terbaharu, Menara Jam Diraja Mekah ini membuka satu lagi tarikan menarik kepada pengunjung iaitu Clock Tower Museum ( Muzium Menara Jam) kepada umum bermula 6 Mei 2019 iaitu awal Ramadhan lalu. Muzium ini ditempatkan di aras empat tingkat teratas Menara Jam Diraja Mekah. Setiap tingkat mempunyai konsep berlainan seperti info tentang alam semester, galeksi, kewujudan matahari dan bulan, cara mengukur masa, info jam raksasa dan kawasan untuk menikmati pemandangan indah Masjidil Haram.
Sebuah keluarga rakyat Malaysia yang kini menetap di Mekah berkongsi di laman sosial pengalamannya sekeluarga ketika mengunjungi muzium ini sebaik sahaja di buka kepada umum.
Dah lama saya ‘mengidam’ nak naik clock tower ni. Alhamdulillah.. akhirnya dibuka kepada umum ramadan ini. Malam tadi, saya mengambil peluang keemasan ini untuk pergi ke museum ini. Masha Allah memang berbaloi sangat walaupun harga tiket agak mahal iaitu 150sr untuk seorang.
Tempat beli tiket di dalam Abraj Al Bait Mall level ground floor.
Memandangkan kanak-kanak bawah 7 tahun tidak boleh masuk, jadi hanya saya, Rania & Rasyad yang masuk. Muzium di buka sepanjang bulan ramadan sahaja tau. Jadi sesiapa yang dah berada di Makkah ataupun menetap di kawasan sekitar bolehlah mengambil peluang ini!
Pintu masuk di level p9
Dapat alat audio ini.. setkan dalam bahasa english.. jadi dapat dengar penerangan dalam bahasa english nanti. Apa yang buat saya betul-betul impress adalah setiap penerangan akan dimulakan dengan ayat alquran yang berkaitan.
Masha Allah kita nampak jelas akan aturan Allah yang telah tercatat di dalam alquran dengan kejadian alam semesta. Boleh faham akan kaitannya di situ nanti. Pastinya kita tidak akan jumpa di mana-mana museum yang lain.
Ada 4 tingkat semuanya:
1st floor : Exhibition tentang Jam Besar Makkah.. sejarah serta proses pembuatan jam ini. Di floor ini juga ada view deck di mana kita boleh melihat Makkah dari menara jam ini. Masha Allah cantik sangat view dari sini. Biasanya tengok menara jam dari rumah, kali ini dapat betul2 berada dekat dengan jam gergasi makkah ini!
2nd floor: Exhibition tentang Time Measurement.
3rd floor: Exhibition tentang The Sun, Earth & Moon
4th floor: Exhibition tentang The Universe
Ada dua opening hours sepanjang bulan Ramadan ini iaitu:
1pm-6pm
10pm- 2am
Saya naik selepas habis terawih time di masjidilharam lebih kurang jam 11.30 malam tadi.
Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi paling popular dalam rantau Asia Pasifik yang menjadi pilihan untuk dikunjungi pelancong. Paling best, di Kuala Lumpur ini ada beberapa tempat yang menjadi wajah sesuatu kaum tetapi boleh dikunjungi semua orang tidak kira bangsa samada Melayu, Cina atau India.
Pasar Seni
Dibina pada tahun 1888, Central Market berfungsi sebagai sebuah pasar yang basah yang menjual barangan untuk pedagang dan pelombong bijih timah pada masa itu. Ia kemudiannya berkembang pada tahun 1895 dan sekali lagi pada tahun 1920, 1921, dan akhirnya kepada saiz hari ini pada tahun 1933. Pada tahun 1986, Central Market sekali lagi diubahsuai. Kali ini ia tidak lagi menjadi pasar basah dan telah ditukar menjadi pusat seni dan budaya serta pusat membeli-belah.
Ia adalah tempat terbaik untuk menyaksikan budaya, seni dan kraf Malaysia. Pelbagai barangan dijual di sini, termasuk kraftangan, cenderamata dan hasil seni pada harga yang berpatutan. Pengunjung juga berpeluang menghasilkan potret mereka di sini sambil mencuci mata di sepanjang Jalan Kasturi bersebelahan Pasar Seni untuk melihat dan membeli cenderamata.
Brickfields (Little India)
Brickfield atau dikenali sebagai Little India oleh masyarakat tempatan telah dibangunkan oleh Yap Kwan Seng yang merupakan Kapitan Cina Kuala Lumpur ke lima dan yang terakhir. Sebagai seorang ahli perniagaan beliau telah menjangkakan peningkatan permintaan untuk batu-bata di Kuala Lumpur. Maka beliau telah menubuhkan kawasan penghasilan batu-bata yang dipanggil Brickfield.
Brickfields juga turut digunakan sebagai depoh utama untuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) sewaktu pentadbiran British. Pihak berkuasa British membawa masuk orang-orang dari India untuk bekerja dengan keretapi. Ramai yang tinggal di kuarters di sekitar Brickfields. Sejak itu, masyarakat India telah hidup dan kekal di sini dan menjadi warganegara Malaysia.
Oleh kerana masyarakat India yang besar, bilangan kedai-kedai dan restoran yang menjual barangan dan kuih-muih India telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, kawasan itu terkenal dengan pelbagai hidangan asli masyarakat India seperti Nasi Daun Pisang. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan lain-lain. Menjelang perayaan Deepavali, kawasan ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah.
Petaling Street (Chinatown)
Petaling Street sangat popular bagi pelancong yang ingin mendapatkan barangan berbentuk cenderamata, pakaian, barangan elektronik dan barangan kulit pada harga yang berpatutan. Bagi yang gemar masakan Cina, di sini juga merupakan lokasi terkenal untuk menjamu selera.
Saban hari, Petaling Street tidak akan sunyi daripada pelancong asing dan juga pengunjung tempatan untuk membeli-belah. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga barangan yang dijual peniaga di sini, jika anda bernasib baik, anda akan memperolehi dengan harga yang cukup berpatutan.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang ialah kawasan tumpuan ramai pelancong dan warga kota untuk membeli-belah dan sumber hiburan yang masyhur di Kuala Lumpur. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Buat si ’kaki shopping’ membeli-belah sepuas-puasnya di kawasan segi tiga emas ini. Pasti anda rambang mata untuk memilih barangan atau pakaian yang berkenan di hati. Bagi yang gemar berhibur pada malam hari, Bukit Bintang antara destinasi yang tidak pernah tidur dan sunyi dek kunjungan orang tempatan dan juga pelancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tembok Besar China dahulunya menjadi ‘perisai’ Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turki.
Secara asasnya, Panjang Tembok Besar China ini kira-kira 6,400km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Memetik sumber Wikipedia pula, pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baharu menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8km.
Namun adakah antara kita pernah mendengar tentang Tembok Besar Jiankou yang menjadi sebahagian daripada sejarah kemegahan Tembok Besar China?
Tembok Besar Jiankou
Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China.
Tembok Besar Jiankou terletak kira-kira 30km dari Huairou, pinggir Beijing, di mana gunung-ganang di sekitarnya kelihatan agak berbeza antara satu sama lain.
Tidak seperti lokasi pelancongan Badaling Great Wall di Zhangjiakou yang sentiasa sesak kerana menjadi tumpuan ramai, Tembok Besar Jiankou adalah tembok besar di atas gunung yang curam dengan tebingnya yang lebih indah.
Tembok Besar Jiankou mendapat namanya kerana bentuknya yang seperti huruf W, ia sekali gus kelihatan seperti busur penuh lengkok anak panah.
Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China, namun ia bukan halangan kepada pendaki atau jurufoto untuk meneroka bahagian tersebut bagi mendapatkan sudut pandangan indah di puncak paling atas lokasi tersebut.
Di bahagian atas Tembok Besar Jiankou, pendaki boleh melihat Kolam Naga (Pool Dragon) dan runtuhan purba tembok besar yang berada di sekitar lokasi pendakian.
Laluan ke puncak Tembok Besar Jiankou adalah pendakian penuh curam di mana pendaki akan berdepan dengan beberapa seksyen pada sepanjang perjalanan sejauh 20km.
Antara seksyen yang terdapat di Tembok Besar Jiankou termasuk Titian ke Syurga (Tian Ti), Gerbang Neraka (Gui Men Guan), Menara Selatan (Nan Da Lou), Penjaga Pintu Gerbang General (Jiang Jun Shou Guan) dan bangunan Wangjing (Wangjing Building).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...