Ramai tahu tentang Lenggong. Terletak di Hulu Perak, Lenggong diiktiraf oleh UNESCO sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penemparan dan ketamadunan manusia. Lembah Lenggong juga cukup dikenali selepas penemuan Orang Perak yang mana rangkanya berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Fua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah pada 1991.
Ads
Terletak 100 km dari utara Ipoh berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding, ternyata ada satu lagi tarikan baru di Lenggong iaitu Kuak Hill Resort. Salah satu tarikan “Staycation” di Lenggong, Kuak Hill Resort menyajikan keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak. Bagi yang menginap di sini, korang boleh memilih untuk tinggal di chalet atau pun di dalam khemah jika menginap di sini.
Ads
**media[329928]
Ads
Menariknya selain di atas bukit, dikeliling pokok-pokok buah-buahan, korang boleh mandi di kolam renang besarnya. Bukan saja airnya tidak klorin tapi ia adalah air bukit yang disalurkan terus ke kolam renang berkenaaan. Lebih menarik boleh mandi bila-bila masa termasuk tengah malam tapi awas, airnya sangat sejuk. Bukan saja boleh jadi lokasi bulan madu tapi percutian keluarga kerana pemandangan kolam renangnya mengadap bukit. Seolah-olah kita berada di atas awan. Bangun pagi, kelihatan kabus amat tebal dan ia memberikan percutian berbeza. Untuk info lanjut, boleh lihat di fb Kuak Hill Resort.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kadang kala kunjungan terlalu ramai tetamu di sesebuah resort membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa. Tambah-tambah jika ingin mandi kolam atau sungai yang mana lokasi ini pastinya menjadi tumpuan utama pengunjung kerana itulah tarikan utamanya ketika bercuti.
Bagi warga kota yang inginkan percutian agak privasi, hujung minggu ini bolehlah mencuba menginap di Agrotek Garden Resort yang terletak di Kampung Semungkis Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Memandu lebih kurang sejam dari ibu kota, kita sudah sampai di lokasi permai ini.
Lokasi Agrotek Garden Resort ini memang rare & agak terpencil. Jadi bagi yang nak tenang-tenang saja dan menikmati hutan tropika yang indah mempersonakan serta lari dari kesibukan kota bolehlah la buat pilihan di sini.
Lebih best, di lokasi ini juga sesuai bagi yang nak buat pelbagai program dan aktiviti seperti seminar, team building, hari keluarga, reunion, majlis resepsi dan sebagainya. Dan kalau nak menginap, ada resort dan bilik penginapan bermula dari harga RM150 ke RM315 semalam saja.
Apa yang menarik di sini?
Berdasarkan review dari pengunjung yang telah ke sini dan dikongsikan oleh Shiedah Sonice di page fb Hotel Review Malaysia, dirinya memaklumkan, suasana di sini agak tenang dan jumlah pengunjung juga dihadkan oleh pihak resort. Jadi agak privasi dan boleh mandi manda air sungai tanpa batas.
Jom baca review darinya.
Kami sekeluarga pergi setelah di review oleh adik saya yang pergi seminggu sebelum tu. Tak sangka dekat je dengan rumah rupanya. Bilik ada banyak pilihan. Cita rasa ala kampung atau moden. Ada yang berhawa dingin dan ada yang tak ada. Tapi malam-malam sejuk oo, jadi kena tutup aircond.
Boleh buat pilihan bilik
Bilik ada dua pilihan. Satu, boleh pilih bilik menghadap sungai atau kolam ikan . Di sini taka da kolam renang. Tapi ada sungai yang merentasi dalam kawasan resort. Air sejuk. Malam-mlam pun boleh mandi kalau kulit uolss tebal la tahan sejuk.
Masa kami pergi tak ramai orang jadi Insya Allah boleh jaga penjarakan sosial (menginap 11/8 – 12/8 2021). Dengar khabarnya, pihak pengurusan resort pun hadkan bilangan pengunjung. Kalau tak nak menginap pun tak apa, tapi pihak resort kenakan bayaran kemasukan RM10 bagi dewasa dan RM5 seorang bagi kanak-kanak untuk mandi manda di kawasan resort.
Makanan sedap-sedap terutama western
Untuk makan, resorti ni ada sediakan restoran. Harga standard macam harga kat luar saja. Sedap masakan dia. Pilihan dari western hingga ala Thai.
Ok macam biasa, di page Hotel Review Malaysia nie ada disediakan komen tentang kekurangan sesuatu lokasi menginap. Ini menurut pandangan Shiedah Sonice di page tersebut.
1) Dalam bilik tak ada disediakan air mineral dan cerek elektrik. Jadi uolss kena bawa siap-siap air mineral dari rumah sebab nak ke kedai agak jauh jugak dan terpaksa pula hadap jem maha dahsyat setiap weekend sebab ramai orang pergi berkelah di area Hulu Langat ni. Untuk air panas, uolss boleh minta dari restoran tu. Bawa siap-siap termos untuk memudahkan ambil air panas.
2) Breakfast free for 2 pax. Dinasihatkan pergi awal kalau lambat, habis. Dia orang tak top up. Dan menu breakfast sangat simple. Macam kami hari tu nasi lemak dan roti gardenia je.
Kawasan ni boleh dipuji tahap kebersihannya. Taman cantik dan bersih. Gambar: FB Agrotek Garden Resort dan Shiedah Sonice.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak menghairankan jika Perancis menjadi salah satu destinasi popular di dunia. Keindahan, sejarah, seni, budaya dan kota-kotanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Bukan setakat itu pantai-pantainya juga mempesona, gunung-ganang yang mengagumkan, semuanya boleh anda temui di Perancis.
Saban tahun melancong dan berlibur ke tempat-tempat menarik menjadi agenda utama Suwarsi M.Arukin. Melihat tempat orang yang pelbagai rencam dan budaya merupakan terapi minda yang menyeronokkan. Tidak berapa lama dulu, Sue memutuskan untuk menjelajah Itali dan menyambung perjalanan ke Monaco serta Nice dan Cannes di Perancis.
Monaco, sebuah negeri kecil yang moden namun masih mengekalkan tradisi dalam banyak perkara. Oleh kerana Sue ke Monaco melalui jalan darat (menaiki bas pelancong yang disewa khas oleh ejen pelancongan yang menguruskan perjalanannya) jadi kurang pasti penerbangan mana yang sesuai untuk dipilih jika anda ingin terbang terus ke Monaco.
Monte Carlo, merupakan bandar utama dan terpenting di Monaco. Di sinilah terletaknya pelbagai aktiviti penting keseluruhan Monaco. Kepada peminat sukan lumba kereta Formula One, tentunya tahu bahawa litar Monaco adalah antara litar yang paling sukar dan merbahaya buat para pelumba. Litar yang dibangunkan dari jalan raya (jalan raya utama digunakan sebagai litar) ternyata begitu mencabar dan penuh dengan selekoh tajam dan curam namun inilah tarikan utama Formula One Monaco.
Selain litar lumba, kecantikan lautnya sangat mengagumkan. Ratusan bot dan kapal mewah yang berlabuh di pesisir pantai menambahkan lagi gelaran kota ini sebagai tempat untuk “The Rich & Famous”. Harga hartanah di sini seperti tidak tercapai akal untuk golongan rakyat biasa memilikinya. Monte Carlo juga mempunyai puluhan (mungkin ratusan) pusat hiburan dan perjudian (kasino). Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti perjudian. Menelusuri jalan-jalan di kota ini, melihat bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan digunakan seperti town hall, mahkamah dan pejabat pelancongan, memberi gambaran mereka masih menghargai warisan silam.
Dari Monaco perjalanan menaiki bas pelancong ke Nice, Perancis pula. Terletak di French Riviera, Timur Laut Perancis yang di kelilingi Laut Mediterranean. Kota ini juga mendapat jolokan Nice La Belle yang bermaksud Nice, yang cantik. Memang benar, kota ini menyajikan pemandangan yang indah di sekitar kota dan pesisir pantainya. Banyak bangunan di Nice mendapat pengaruh Rusia daripada segi seni bina dan reka bentuknya. Ini boleh dilihat antaranya di Cathedrale Orthodoxe Russe St Nicholas. Terdapat banyak pusat membeli-belah di kota ini.
Menyusuri jalan di kota ini di waktu malam juga satu pengalaman yang mengasyikkan melihat warga kotanya membanjiri kafe, restoran dan pusat hiburan. Pengangkutan awam seperti bas, tram dan teksi ialah pilihan ada. Namun jika anda inginkan kelainan, boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar sekitar bandar. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gerai,kiosk dan restoran di mana peniaga yang kebanyakannya dari timur tengah menyajikan makanan halal dengan harga berpatutan.
Selesai di Nice, perjalanan diteruskan ke Cannes, sebuah bandar perfileman terkenal dunia. Di sinilah berlangsungnya Festival Filem Cannes saban tahun yang menghimpunkan bintang-bintang industri perfileman seluruh dunia. Bandar sofistikated ini menyajikan deretan butik-butik berjenama bagi mereka yang gemar membeli-belah. Kebanyakan kediaman berstruktur tinggi seperti kondominium atau apartmen yang kebanyakannya menghadap laut Mediterranean yang sangat cantik pemandangannya.
Anda tidak perlu berada lama di Cannes, memadai sehari suntuk sudah mencukupi untuk mengelilingi bandar yang serba-serbi mahal (untuk masuk tandas awam sahaja anda perlu membayar sekitar dua euro menyamai hampir RM10). Pengangkutan awam di sini tidak terlalu banyak pilihan dan anda perlu bersedia membayar harga tinggi untuk perkhidmatan teksi bandarnya. Mungkin bandar ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dan dunia glamor.
Sesuai dengan gelaran bandar filem, panggung teater dan persembahan banyak terdapat di sini. Makanan halal juga terdapat di sini namun terhad. Pilihan lain ialah makanan vegetarian. Keseronokan berada di sini memang sesuatu yang luar biasa. Sue tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke sini lagi di masa akan datang jika keadaan dan rezeki mengizinkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda tinggal di Lembah Klang anda boleh melakukan aktiviti mendaki tanpa perlu keluar jauh ke luar kawasan.
Salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah-tengah ibu kota untuk aktiviti mendaki ialah Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Ia menjadi tumpuan pelbagai peringkat usia melakukan aktiviti sihat serta kecerdasan tubuh.
Kawasan yang agak terkenal untuk beriadah bagi warga kota ini terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Kawasan hutan dan bukit di sini masih dalam keadaan baik seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian kira-kira 164 meter. Ia masih terpelihara dengan keaslian flora dan fauna di sekitarnya.
Menjelang hujung minggu, Bukit Gasing akan mula dimasuki pencinta alam semula jadi seawal jam 4 pagi hingga menjadi sesak. Tidak kira tua, muda, kecil dan besar masing-masing kelihatan bersemangat untuk memulakan pendakian. Biarpun tahap ketinggian bukit ini tidak setinggi mana tetapi trek laluannya yang berliku dan agak curam serta mencabar terutama individu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.
Di Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini, terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih bergantung tahap keupayaan masing-masing. Ada laluan yang mencabar, ada juga yang mudah dengan setiap satunya menjanjikan cabaran yang berbeza sama ada yang baru pertama kali mencuba atau yang mempunyai stamina yang tinggi.
Apa yang pasti setelah penat berjalan, kepuasan pasti dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki di puncak Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Anda berpeluang menjamu mata dengan panorama indah bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Tip
Bukit Gasing dikelilingi taman perumahan dan tidak pernah sunyi terutama pada awal pagi. Namun perlu diingat pengunjung perlu bekerjasama dan tidak boleh meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sesuka hati atau di depan rumah penduduk berikutan ruang parkir yang agak terhad. Pada hujung minggu atau cuti umum, anda dicadangkan untuk tiba di kawasan ini lebih awal untuk mengelakkan anda perlu memakir kenderaan di tempat yang jauh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...