Tahun 2020 bakal memberi perkhabaran gembira buat tiga buah bandar di Malaysia kerana bakal diiktiraf sebagai Bandaraya baru. Tiga bandar dijangka bakal berstatus Bandaraya adalah Kuantan, Seremban dan Subang Jaya.

Ikuti perkongsian daripada sumber facebook saudara Zulkifli Marzuki

Bagaiamana Pemilihan Sesebuah Bandaraya

Dewan atau Bandaraya merupakan hierarki tertinggi bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Buat masa ini terdapat 14 buah bandar atau PBT yang diiktiraf berstatus Bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Setar, Miri, Kuala Terengganu, Iskandar Puteri dan terkini Seberang Perai.

Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020

Penentuan status Bandaraya ini tertakluk kepada beberapa syarat, pekeliling dan juga Akta yang membentuk sesebuah PBT seperti Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) di Semenanjung, Akta Ibukota Persekutuan (DBKL) dan Ordinans (Sabah & Sarawak). Pemberian status Bandaraya ini juga berdasarkan penilaian dan syor KPKT di peringkat Persekutuan dan SUK Negeri sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet sebelum watikah pengisytiharan ditandatangani oleh DYMM Agong.

IKLAN

Berdasarkan Pekeliling yang ditetapkan oleh KPKT, terdapat 11 kriteria untuk melayakkan sesebuah PBT dinaiktaraf sebagai Bandaraya.

  • Meliputi pusat pentadbiran negeri;
  • Jumlah penduduk tidak kurang 500,000;
  • Jumlah hasil tahunan melebihi RM100 juta daripada sumber kewangan secara ‘fiscal sustainable’ dan seimbang;
  • Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap tinggi termasuk hasil kutipan hasil, kelulusan pembangunan, penguatkuasa dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
  • Penekanan kepada pembangunan bandar secara ‘sustainable development’ dan usaha-usaha menangani isu perbandaran. Indikator bandar mampan seperti ditekankan dalam ‘Malaysia Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development’ (MurniNets) akan diambilkira;
  • Pembentukan imej dan identiti sesuai dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah termasuklah memelihara bangunan warisan;
  • Mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik pelabur, termasuklah perhotelan bagi menggalakkan pelancong dan urusan perniagaan dengan tumpuan kepada sektor perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah;
  • Mempunyai instituti pendidikan yang lengkap termasuklah universiti dan kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
  • Pusat aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Mempunyai kemudahan infra dan utiliti yang cukup termasuklah taman awam yang mesra OKU, kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalanraya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
  • Mendapat pengiktirafan tertentu di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sejajar sebagai status sebuah bandaraya.
  • (Walau begitu, terdapat sesetengah bandaraya tidak menggunakan kriteria ibu negeri dan beberapa kriteria lain atas faktor-faktor tertentu).

Tiga (3) buah bandar yang dijangka berstatus Bandaraya pada tahun hadapan adalah:

IKLAN
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020

Merupakan ibu negeri Pahang selepas pusat pentadbiran negeri berpindah dari Kuala Lipis pada tahun 1976. Mempunyai penduduk yang diunjurkan berjumlah 517,200 pada tahun 2015 dan 590,621 pada tahun 2020 (RTD Kuantan 2035 Pengubahan). Kuantan sebenarnya dari awal telahpun memenuhi kriteria sebagai Bandaraya namun cadangan tersebut ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri bagi melihat secara teliti kesediaan infrastruktur dan kemudahan serta implikasi terhadap kos sara hidup penduduk. Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat, Kuantan telahpun mendapat kelulusan kabinet dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya. Mungkin secara kebetulan, watikah yang akan ditandatangani oleh DYMM Agong yang juga berasal dari Negeri Pahang akan memberi lebih makna kepada pengisytiharan ini nanti.

IKLAN
Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020

Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020 Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020

Subang Jaya pula dijangka diisytiharkan sebagai Bandaraya pada tahun 2020 dan diikuti oleh Klang. Kertas kerja berkaitan cadangan naik taraf ini sebenarnya telah diteliti dan diulas pada tahun 2016 termasuklah cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Kuala Langat. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai penduduk terpadat di Malaysia berdasarkan banci penduduk 2010 walaupun hanya berkeluasan 16,187.68 hektar, Subang Jaya sememangnya mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi dan layak untuk diiktiraf serta bersedia menggalas tanggungjawab sebagai sebuah PBT berstatus Bandaraya selaras dengan keperluan kualiti perkhidmatan yang perlukan oleh penduduk di dalamnya dan seiring dengan perancangan Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 yang menunggu proses seterusnya sebelum diwartakan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI