Untuk pemilik haiwan comel seperti kucing, sila ambil perhatian ya!
Kucing didapati boleh menjangkiti kucing lain dengan COVID-19 walaupun mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kajian terbaharu itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka, pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo serta saintis lain dari Universiti Wisconsin. Mereka, bagaimanapun, mendapati masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyumbang kepada penularan COVID-19, lapor AP.
Dalam kajian itu, pengkaji menjangkiti tiga kucing dengan virus tersebut. Selepas ketiga-tiga kucing itu bergaul dengan kucing lain yang sihat selama beberapa hari, kucing lain dikesan turut dijangkiti virus berkenaan. Namun, tiada seekor kucing yang terlibat menunjukkan simptom lazim seperti perbezaan suhu badan atau kehilangan berat badan.
Ads
“Melihat kepada keperluan untuk menghentikan pandemik koronavirus ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu,” kata kumpulan pengkaji itu kepada New England Journal of Medicine.
Ads
Dalam pada itu, belum ada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh dijangkiti dari haiwan ke manusia. Sebelum ini, dua kucing pertama di New York yang disahkan positif wabak itu menunjukkan sedikit simptom respiratori, namun dijangka akan pulih sepenuhnya. Selain itu, tiga singa dan harimau di Zoo Bronx, New York turut didapati positif virus berkenaan.
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan agar pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka kekal di dalam rumah serta mengamalkan penjarakan sosial sekiranya perlu dibawa keluar.
Buat anda yang mungkin sudah menempah perjalanan antarabangsa untuk bercuti ke luar negara dengan syarikat tambang murah AirAsia, trip anda mungkin tidak akan berlangsung tahun ini.
Jom cuti-cuti Malaysia je ya!
AIRASIA Group Bhd menjangkakan tiada perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan kumpulan penerbangan itu pada tahun ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 belum berakhir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, impak pandemik itu akan berlarutan dan berkemungkinan mengambil masa untuk pulih sekali gus membuka kembali perjalanan udara kepada situasi normal. Kumpulan AirAsia juga bersedia untuk berhadapan situasi sukar jika sempadan kebanyakan negara di dunia ini masih tidak dibuka sehingga akhir tahun ini.
"Kami bersedia jika tiada perjalanan udara dapat dilakukan pada tahun ini. Namun AirAsia mengharapkan krisis kesihatan dan ekonomi global ini akan pulih secepat mungkin dan tidak berlarutan sehingga Disember 2020. Kami sentiasa optimistik dalam perniagaan AirAsia. Tetapi kami memerlukan lebih lagi walaupun penerbangan domestik sudah dibuka," katanya.
AirAsia juga mengharap tidak akan mengecilkan lagi operasi perniagaan mereka jika keadaan menjadi lebih teruk dan perjalanan udara antarabangsa masih tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun banyak faktor perlu difikirkan dan kumpulan mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum sebarang pelaksanaan dijalankan. Januari 2021 diharap akan lebih baik dan keadaan akan menjadi lebih normal. Cuma apa yang menjadi kerisauan ketika ini kepada semua perniagaan adalah jika berlakunya gelombang kedua dan ketiga pandemik COVID-19.
AirAsia turut mengharapkan pemimpin negara Asean yang mempunyai zon hijau lebih berani dan kembali membuka semula sempadan masing-masing demi peningkatan ekonomi serantau seperti laluan zon hijau Malaysia dan Singapura, ini adalah peluang bagi negara lain seperti Thailand, Vietnam, Kemboja , dan Laos perlahan-lahan dan berhati-hati membuka sempadan mereka, tanpa terlalu banyak risiko.
"Jika anda melihat Thailand, yang memiliki kurang dari 10 kes sehari, mengapa Malaysia dan Thailand tidak memiliki laluan zon hijau. Ini kerana Asean adalah antara yang baik dalam menangani krisis pandemik ini. Kami tahu realitinya ketika ini tiada siapa yang bersedia membuka sempadan mereka, tapi apa salahnya jika kita ambil langkah pembukaan ini. Ia akan mengambil masa yang panjang untuk semua negara pulih dari pandemik dan perintah kawalan, jadi pembukaan sempadan ini adalah langkah awal," katanya.
image via goole| pexals | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan memperkenalkan kempen pelancongan baru bagi menggantikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang dibatalkan akibat COVID-19.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata kempen baharu itu bersifat jangka panjang yang akan memperkukuhkan jenama ‘Malaysia, Truly Asia’ dan mengetengahkan pengalaman unik yang terdapat di Malaysia. MOTAC yakin usaha ini akan mengukuhkan daya saing dan kelestarian industri pelancongan negara di samping memastikan industri ini inklusif.
Foto: Tourism Malaysia
Sebelum ini, kempen VM2020 telah dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan COVID-19 selain impak wabak yang menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia serta dunia.
Berikutan wabak COVID-19, anggaran semasa kerugian yang dihadapi pemain industri pelancongan negara seperti sektor penginapan, pengangkutan, beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara perniagaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, melebihi RM9 bilion. Sehubungan itu hasil perbincangan bersama pemain industri baru-baru ini, satu pelan tindakan strategik akan diperkenalkan.
Foto: Selangor Kini
MOTAC telah melakar pelan tindakan strategik untuk membantu merancakkan kembali industri ini dan memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri ini terjamin.
MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan bagi memperhalusi semua pandangan yang dikemukakan pemain industri pelancongan terutamanya berkaitan dengan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada industri itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Majoriti negara di seluruh dunia tidak bersedia dalam menghadapi ancaman biologi seperti wabak dan penyakit berjangkit lain sekiranya ia berlaku.
Menurut Economist Intelligence Unit, menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada Oktober 2019, purata skor yang dicatatkan 195 negara terbabit ialah pada sekitar 40.5 peratus. Laporan tersebut menjelaskan kesediaan antarabangsa untuk sebarang wabak atau penyakit masih berada di tahap lemah. Indeks ini mengukur keupayaan sesebuah negara meliputi pengesanan, pencegahan, tindakan, risiko serta komitmen untuk meningkatkan kapasiti nasional.
Setakat laporan tersebut dilaporkan pada Oktober 2019, hanya 13 negara sahaja yang berada pada kedudukan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi ancaman wabak termasuk Thailand dan Korea Selatan. Dalam indeks sama, Malaysia berada di kedudukan ke-18 dunia dengan skor 62.2 peratus pada kategori ‘lebih bersedia’.
Thailand menjadi negara ‘paling bersedia’ untuk menghadapi situasi wabak berbanding negara Asia Tenggara yang lain pada skor 73.2 peratus, manakala Singapura pada skor 58.7 peratus.
Laporan sama turut memberi contoh bagaimana Thailand berjaya menghentikan penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) pada 2015. Thailand berjaya mengenal pasti dan menghentikan penularan MERS menjadi contoh terbaik bagi nilai yang ditunjukkan dalam pembangunan sistem keselamatan kesihatan dan sistem kesihatan yang baik bagi menghentikan wabak dari sumbernya. Ini menunjukkan Thailand berjaya mengungguli isu keselamatan kesihatan di peringkat global.
Ketika itu, wabak berkenaan telah menjangkiti 186 individu dengan 38 terbunuh di Korea Selatan. Pada tahun sama, Thailand telah mengesahkan kes import yang berlaku dan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta-merta. Laporan berkenaan turut memberitahu bahawa Thailand berjaya menghentikan kes jangkitan MERS dan kes berikutnya tanpa sebarang penularan baharu.
Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) mengambil masa lebih dua tahun untuk dikeluarkan dengan pembabitan lebih 100 penyelidik dari seluruh dunia. Laporan ini juga menjadi indikator penting kepada pembuat dasar bagi menentukan keutamaan bagi memastikan keselamatan di negara masing-masing.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...