
Isi Kandungan
ToggleRasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan.
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini disediakan sedikit panduan untuk anda.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
E bukan bermaksud empty
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Aurora Hunting Kat Sweden Pun Cantik. Sebelum Travel, Ini Tip Korang Kena Tahu, Baru Enjoy!

Sweden negara kelima terbesar yang ada di Eropah. Meskipun negaranya besar, namun Sweden mempunyai penduduk yang tidak ramai. Ia cukup terkenal dengan bentuk muka bumi yang kaya dengan hutan dan bergunung-ganang yang masih terpelihara.
Dapat bercuti ke sini dan saksikan sendiri keindahan yang ada di negara Sweden pastinya antara wishlist setiap traveler. Tapi sebelum korang ke sini, Detektif Kembara senaraikan supaya korang lebih bersedia sebelum menjejakkan kaki ke Sweden!
Tips travel DIY Sweden
- Nak mengembara di Sweden perlukan masa yang agak lama. Sekurang-kurangnya 8-10 malam. Sweden merupakan negara ke-5 terbesar di Eropah. Lebih besar daripada Norway dan Jerman.
- Sweden lebih daripada sekadar Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Lebih 15% daripada negara Sweden terletak di atas lingkungan artik circle. Maknanya peluang untuk merasai Aurora sangat tinggi.
- Matawang Sweden adalah Swedish Krona. Tak perlu bawa cash bila travel di sini. Hampir semuanya cashless.
- Jangan lupa ke Tasik Vattern, tasik ke-3 terbesar di Eropah. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini.
- Pengangkutan awam amat mudah kalau ke bandar-bandar besar seperti Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Gunakan pas harian berbanding tiket sehala. Kalau bercadang nak mengembara ke kawasan lain lebih praktikal sewa kereta.
- Kos barang di sini amat mahal seperti negara lain di Scandinavia. Lebih baik bawa makanan daripada Malaysia. Kalau nak beli barang keperluan boleh ke Willy’s, ICA and Lidl. Selalunya Willy’s yang paling murah.
- Orang Sweden bersantai minum kopi atau teh dinamakan “fika”. Ianya sama seperti budaya “teatime” di England. Makanan kegemaran adalah pastri cinnamon.
- Cuba ke kawasan Lapland dan duduk di Icehotel. Pengalaman sekali seumur hidup. Waktu paling sesuai bulan Disember-Mac.
- Sweden ada lebih daripada 20 ribu Archipelago. Cuba ambil 1 tour ke salah satu archipelago yang ada seperti Stockholm Archipelago.
- Peminat aktiviti musim sejuk seperti ski boleh ke Åre, Sälen, Vemdalen, atau Branäs.
- Stesen keretapi di bandar Stockholm amat meriah dihiasi dengan pelbagai warna dan tema. Jangan lupa berswafoto di sini.
- Peminat istana boleh ke Drottningholm Palace yang merupakan kediaman rasmi raja dan hanya dibuka semasa hujung minggu atau upacara keraian.
- Kebanyakan taman negara di Sweden adalah percuma. Antara yang terkenal adalah Abisko, Tyresta dan Sarek.
- Kebanyakan rakyat Sweden boleh berbahasa Inggeris dan sekiranya bertanya mereka mesra pelanggan.
- Aktiviti wild camping dibenarkan di Sweden. Cuma hormatilah tanah persendirian dan buang sampah hanya ditempat yang dibenarkan.
Selamat mengembara guys!!!
Untuk info travel & trip-trip terkini boleh join:
https://t.me/joinchat/FKciqEnjSNg3ZGZl
Kredit: Detektif Kembara
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali

Itali merekodkan peningkatan angka kematian akibat COVID-19 tertinggi setiap hari melebihi angka negara China yang menyaksikan penularan koronavirus itu reda sejak perintah berkurung ‘ketat’ berkuat kuasa.

Seluruh dunia ‘kagum’ seketika bagaimana negara China yang pada mulanya merekodkan kes kematian yang tinggi akibat wabak COVID-19 dan hari ini hampir tiada kes baru direkodkan disesetengah lokasi yang panas sebelum ini.
Inisiatif kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil boleh dianggap suatu kejayaan. Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China sebaliknya berjaya mengawal penularan itu.
Kerajaan Malaysia juga dilihat sedang berusaha menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat menggunakan beberapa kaedah daripada negara China. Namun, sayangnya rakyat Malaysia masih kurang kesedaran untuk mengikuti perintah yang diminta.
Ini apa yang dilakukan negara China! – Sumber: astroawani
Penutupan Seluruh Bandar
- China telah melakukan kerja-kerja pembendungan terbaik dengan mengisytiharkan darurat ketat pada 23 Januari lalu di Wuhan serta 15 bandar lain di wilayah Hubei bagi mengekang wabak itu daripada terus menular. Seramai 56 juta penduduk terkesan dengan pengisytiharan itu di mana semua pintu pengangkutan awam (bas, keretapi, penerbangan dan feri), premis perniagaan, kilang-kilang, pejabat serta sekolah turut ditutup rapat. Malah, petugas kesihatan turut dikerahkan dari seluruh China hanya untuk membantu merawat pesakit yang dijangkiti virus pembunuh itu.
Pembinaan Dua Hospital
- Dua hospital juga dibina hanya dalam masa dua minggu bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap hari. Bukan sahaja langkah pembendungan dilakukan di negara itu, malah usaha pengawalan dan pengawasan turut dipertingkat dari semasa ke semasa.
Makluman Di Media Sosial
- Pihak kerajaan turut menggunakan platform media sosial serta aplikasi mudah alih bagi mengawasi pergerakan di kawasan yang dikategorikan mengikut warna iaitu hijau, kuning dan merah.
Proses Nyahkuman Yang Kerap
- Setiap jalan dan bangunan turut dibersihkan dengan penyemburan cecair pembasmi kuman yang dilakukan dengan kekerapan yang maksimum.
Penggunaan Cahaya UV
- Firma pengangkutan awam Yanggao mengubah kebuk pembersihan bas henti-hentinya kepada kebuk cahaya UV untuk tujuan nyahkuman pada rangkaian basnya. Proses yang sebelum ini mengambil masa 40 minit ditambah baik hingga hanya memerlukan tempoh 5 minit bagi setiap bas.
Topeng Muka Diwajibkan
- Semua rakyat turut diwajibkan memakai topeng muka jika menaiki teksi atau ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan dengan kerja-kerja bacaan suhu turut menjadi kewajipan semasa memasuki sesebuah bangunan.
Pergerakan Dipantau
- Selain itu, seluruh kejiranan turut dikawal oleh penguat kuasa yang melakukan rondaan serta pemeriksaan keluar masuk terhadap pelawat yang berkunjung ke sesebuah kawasan perumahan.
Penguatkuasaan Ketat
- China juga turut memperketat sistem pengkuatkuasaan tentera dan polisnya dengan menahan serta mengurung individu yang melanggar kesalahan di kala penularan wabak tersebut.
Pesanan Khidmat Masyarakat
- Bagi langkah pencegahan, pesanan khidmat masyarakat juga sering disebar luas kepada orang awam dengan mengalakkan mereka mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengurangkan perjalanan agar tidak
Ini pula perkongsian dan pandangan daripada saudara Helmi Effendy untuk mendidik rakyat kita agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung gejala COVID-19 lebih tinggi di Malaysia
(Status bertarikh 21 Mac 2020)
Kematian di Italy dah mencecah 4000 orang. Jumlah kes dah nak hampir cecah 50, 000 orang. Ada penambahan 5,986 kes hari ini di Italy. Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegini tiba ke negara kita. Dan China hari ini menggesa kepada seluruh dunia untuk ikut cara mereka berjaya menewaskan Covid-19.
Ya, lockdown China ialah kuarantin paling ganas, paling draconian, paling diktator dan keras dalam sejarah mana-mana kuarantin dalam sejarah. China sendiri kritik gaya lockdown Italy yang kalau aku baca, yang aku dapati aku dapati takde beza pun dengan Perintah Kawalan Pengerakan kita.
China bagitahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! China bantai anak muda, wanita, hatta orang tua yang degil tak mau duduk rumah. Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah ia. Kalau perlu untuk pasang banner yang menyindir paling dalam di serata tempat, maka buatlah!
China telah paksa setiap kapitalis-kapitalis yang degil tak mahu tutup syarikat dan kilang mereka supaya bungkam. Tak lama, sebulan jer duduk diam. Sebulan rugi tak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian.
Kenapa lockdown draconian ni perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Grafi yang menegak memuncak tu perlu diratakan. Dan betapa setiap manusia menjangkiti kepada 2.5 orang disekitar mereka.
Kalau dah sampai ke 10 generasi jangkitan, makanya jumlah kiraan dijangka 3000 orang akan berjangkit daripada seorang manusia sahaja! Bayangkan lebih daripada seorang lagi dengan ada rekod 10 generasi jangkitan yang lain? Nak lawan ni, kena pastikan semua orang duduk rumah, jangan keluar langsung! Sosial antara manusia perlu dihentikan!
Italy terlalu berlembut dalam lockdown mereka. Italy membenarkan pengangkutan awam berjalan seperti biasa. Italy membenarkan orang bersesak-sesak di supermarket, takde social distancing, dan rakyat Italy terlalu manja. Baru buat lockdown sikit, rakyat deme lari balik kampung macam orang Malaysia.


Kapitalism, Individualism, atau nak panggil apa sahaja berkaitan dengannya sedang membunuh Eropah dan US, dan juga negara kita dalam melawan Covid-19.
Kalau buat macam China, Eropah dan US akan menelan segala tohmahan mereka ke atas China yang dianggap melanggar hak asasi manusia, dan mencabul kehormatan masa awal lockdown. Tapi tak apa, kali ini, jilatlah ludah kamu balik wahai US dan Eropah. Apalah sangat jilat ludah-ludah kalian kalau dapat menyelamatkan nyawa manusia.
Di luar China, US dah cecah 18,121, dengan penambahan dalam 4000 kes hari ini! Jerman dah hampir mencapai 20, 000 kes dengan penambahan hari ini dalam 5,986 orang! Sepanyol dah cecah lebih 20, 000 dah kes hari ini.
China yang selepas angka 80, 000 dah tak ada penambahan angka terlalu kritikal telah menggesa kepada dunia, inilah masanya untuk lupakan seketika segala ideologi woke, SJW dan liberal yang sedang dianut oleh negara-negara ini.
Sementara seluruh dunia sedang bergelut, di Wuhan, setiap bangunan mereka merayakan kejayaan mereka menentang Covid-19. “Wuhan sudah menang!” (rujuk gambar).
China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan US nak lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka kena jadi macam China!
Buat lockdown paling draconian dalam sejarah mereka! Abaikan sejenak ideologi hak asasi individu, kebebasan mereka. Kerana ada kalanya, kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik. Nasib tamadun manusia bergantung pada tangan-tangan pemimpin negara ini. Bagus, kerah tentera untuk pastikan rakyat kita duduk dalam rumah. Kalau boleh, heret FRU sekali turun. Kalau boleh, pancut air, baling gas pemedih mata kepada mereka yang degil berkumpul. Kita harus jadi draconian macam China kalau nak selamat!
Anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kami di Majalah Libur ingin bertanya, cara negara mana yang anda ingin jadikan contoh terbaik untuk diikuti? Jom patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diminta.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulim Bakal Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Sendiri. Dijangka Beri Manfaat Kepada Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak & Perlis

Rakyat ‘hijau kuning’ pasti bangga, apabila satu lagi lapangan terbang akan dibina di negeri Kedah selepas mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Kerajaan Persekutuan sekali lagi meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa hadapan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang mampu menampung kapasiti maksimum 12 juta penumpang setahun. Ketika ini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan tujuh juta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik krisis penularan wabak COVID-19 tamat atau selepas 2022.
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang diluluskan kerajaan dirancang mempunyai empat landasan menerusi projek jangka panjang sehingga tahun 2050. Pembinaan landasan pertama dan kedua akan dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, manakala dua lagi landasan akan dibina menjelang 2050.
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim untuk kali pertama sejak rancangan itu dikemukakan pada 2014. Projek pembinaan itu pernah diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan pada beberapa bulan lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya, sebelum kedua-dua pihak setuju supaya kertas cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dibentangkan semula pada mesyuarat MPFN.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim mampu memberi kesan positif kepada ekonomi walaupun ketika ekonomi negara berhadapan kelembapan disebabkan pandemik COVID-19. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim akan menjadi pencetus perubahan ekonomi kepada Kedah dengan Pulau Pinang, Perak dan Perlis turut mendapat manfaat. Selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baru.
image via KULIM International Airport | Sumber: Astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI