Anda tahu tak berapa banyak kapal terbang yang berada di udara sekarang? Menurut info daripada FlightRadar24, ada kira-kira 3300 kapal terbang yang berada di udara setiap masa.
Apabila anda melihat ke langit, biasanya ruang langit kosong dan tak kelihatan pun 3300 pesawat yang sedang terbang tu, tapi percayalah yang sebenarnya ruang udara kita sangat sibuk.
Sekiranya ruang udara itu sibuk dengan pesawat yang ulang-alik setiap masa, di mana pula lapangan terbang yang paling sibuk? Jawapanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.
Pada Tahun 2018 sahaja, lapangan terbang ini mencatatkan jumlah penumpang seramai lebih 107 juta orang sekaligus menjadikan lapangan terbang ini menerima jumlah pelepasan dan pendaratan kapal terbang paling banyak di dunia.
IKLAN
Apa yang menjadi persoalan adalah, Atlanta bukan satu kawasan pelancongan yang popular seperti tempat-tempat lain tetapi masih menerima kedatangan pelawat yang tinggi.
IKLAN
Jumlah yang diterima itu meninggalkan jumlah pelawat yang diterima oleh Lapangan Terbang Beijing di tempat kedua dengan 101 juta penumpang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan 90 juta penumpang di tempat ketiga. Kedua-dua lapangan terbang di Beijing ini lebih popular berbanding lapangan terbang di Atlanta tersebut.
IKLAN
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta ini tidak akan diperbesarkan sehingga tahun 2037 kerana pengurusan bandar Atlanta telah menandatangani perjanjian bersama Delta Airways yang berpengkalan di bandar tersebut untuk tidak membina sebarang lapangan terbang baharu selama 20 tahun bermula 2017.
Untuk pengetahuan anda, Delta Airlines adalah penerbangan kedua paling popular di dunia dan pernah menjadi yang pertama sebelum dipintas oleh American Airlines yang telah bergabung dengan U.S Airways.
Jangan tidak tahu, dengan membeli barang buatan Malaysia juga sudah dapat menunjukkan yang anda semua cinta akan negara kita!
Pusat Pemborong GM Klang melancarkan kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah sebagai inisiatif dalam membantu usaha meningkatkan ekonomi negara yang sedang berdepan dengan ancaman penularan COVID-19.
Kempen itu merupakan antara usaha pusat berkenaan untuk memupuk usaha membeli barangan dan jenama tempatan di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan pembeli secara tidak langsung. Ia juga sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Seiring dengan kempen ini, ia adalah usaha GM Klang untuk mempromosikan peniaga-peniaga tempatan di sini khususnya, kerana mereka turut wujudkan slot peniaga tempatan di sini.
Kempen yang telah bermula 31 Ogos sehingga 30 Sept depan itu turut menawarkan peluang memenangi insentif membeli belah RM300 tiap seorang, di mana pengunjung hanya perlu berswafoto di lokasi menarik sekitar GM Klang bersama topi eksklusif berharga RM5 yang boleh dibeli di pusat khidmat kompleks itu, dan memuat naik gambar di laman sosial mereka, dengan 'tag' GM Klang beserta #supportbarangantempatan.
Kanggaru adalah sejenis marsupial yang banyak ditemui di benua Australia. Jika anda berkunjung ke negara ini, melawat lokasi yang mempunyai habitat kanggaru adalah perkara yang wajib dilakukan. Lihat sahaja haiwan ini seperti sangat comel, tapi sebenarnya kanggaru berupaya ‘meninju’ dan mencederakan lawannya.
Kanggaru boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan cara melompat dengan sangat pantas. Susuk tubuh kanggaru kadangkala kelihatan seperti manusia dan boleh berdiri. Namun sebenarnya postur tersebut tidak sekukuh yang disangka. Kanggaru menggunakan ekor kuat mereka untuk berdiri dengan teguh jika ada ancaman.
Kebiasaannya, ibu kanggaru akan membawa anaknya dalam kantung yang terletak pada bahagian bawah perut, sehinggalah anak itu menjadi kanggaru dewasa. Pernahkah anda terfikir, bagaiamana rupa dan fungsi ruang kantung tersebut? Adakah seperti poket biasa?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan video menunjukkan bahagian dalam kantung perut ibu seekor kanggaru. Memang terkejut dapat melihat keadaan sebenar.
Perkongsian video asal oleh seorang vlogger, Alexandra Kalin ini membuatkan ramai pengguna laman sosial yang lain terkejut apabila mengetahui keadaan sebenar dalam kantung tersebut.
Jelas kelihatan bahagian dalam kantung itu seekor anak kanggaru dengan keadaan rongga badan yang jelas kelihatan organ dalaman ibu kanggaru terbabit. Kantung ini biasanya akan menempatkan janin kanggaru yang juga dikenali sebagai ‘Joey’. Semasa janin ini dilahirkan, ia merangkak dari dalam ibu ke bahagian kantung. Di dalam kantung inilah, bayi kanggaru akan menyusu dan berlindung daripada dunia luar. Video berkenaan sehingga kini mendapat lebih 11.8 juta tontonan di Twitter.
Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, memulakan penerbangan langsung bagi laluan baru dari Singapura ke Kota Kinabalu.
Penerbangan sulung tersebut membawa 178 penumpang dari Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira 11.40 pagi.
Laluan ini telah diperkenalkan kepada pelanggan bermula 3 Disember lalu, menjadikan ibu negeri Sabah itu sebagai destinasi kelapannya di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.
Scoot gembira dapat menambah perkhidmatan harian ke Kota Kinabalu ke dalam rangkaiannya yang semakin berkembang di Malaysia. Kini, Scoot mengendalikan tujuh penerbangan semingguan secara terus antara Singapura dan Kota Kinabalu.
Laluan ini diharap akan melonjakkan pelancongan daripada Singapura memandangkan Sabah banyak menawarkan destinasi pelancongan terutama pulau-pulaunya yang indah seperti Sipadan dan Mabul sehinggalah Gunung Kinabalu yang gah.
Kalau anda rakyat Malaysia yang menetap di Sabah, boleh cuba menggunakan khidmat penerbangan tambang murah ini dari Kota Kinabalu ke Kota Singa untuk berlibur dan bercuti. Untuk maklumat lanjut boleh layari flyscoot.com