The Stick merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta kehijauan pokok.
Tempat ini ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru.
Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan.
Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.
The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan.
Ads
Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di chalet atau pondok.
Ads
Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk.
Ads
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah:
– Jungle Trekking
– Paragliding
– White Water Rafting
– The Sticks Botanical Walk
– Board Games
Malah, anda akan mendapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun bagi yang menginap di The Sticks.
Lokasi:
The Sticks
Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali nak suasana tenang untuk ubat emosi, boleh singgah ke Kampung Ujung Bukit, di Perlis. Ini salah satu homestay yang akan beri anda kenangan manis.
Di sini ada kolam dan dikelilingi sawah padi. Pemandangan sangat best dan tenang.
Pihak homestay ada sediakan basikal untuk anda beriadah dan bersiar-siar sekitar kawasan kampung.
Kalau berniat nak pergi musim cuti, anda kena booking awal, nanti penuh.
Lokasi:
Kg Ujung Bukit, Perlis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau ini ialah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas. Ketika ini air laut tenang dan jernih membolehkan anda menikmati keindahan pulau ini. Maka wujudnya pelbagai resort dan chalet yang menawarkan pelbagai pakej dari pakej santai sehinggalah pakej selam skuba.
Kebanyakan pakej yang disediakan telah termasuk penginapan, makan, bot untuk perjalanan pergi dan balik ke jeti serta aktiviti seperti tertera di dalam itinerari.
Menyedari akan tarikan di Pulau Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort menjadi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk pelancong. Menurut pemiliknya, Dato’ Zulkifli Mohd Sharif serta isteri, Datin Nur Salinda Sabar, Ombak Lodge, Ombak Cafe dan Ombak Divers tercetus sejak 2012 bagi memenuhi keperluan pelancong yang ingin bercuti di Pulau Perhentian Kecil.
Jelas Siti Balqish Sabar selaku Pengurus di resort itu, Ombak Dive Resort menerusi Ombak Lodge menyediakan pelbagai jenis bilik mengikut keselesaan dan keinginan tetamu. “Mengekalkan konsep sederhana dan selesa, antara bilik yang ditawarkan ialah single, twin, triple, dan quadruple sharing rooms. Pengunjung boleh memilih bilik dilengkapi kipas ataupun berhawa dingin mengikut keselesaan masing-masing.
Bagi sesetengah bilik di sini dilengkapi dengan balkoni. Istimewanya di sini, disediakan juga exclusive suites yang lebih privasi selesa buat pasangan yang ingin berbulan madu. Ke semua bilik di Ombak Lodge dilengkapi dengan tilam yang empuk serba baharu, kemudahan bilik air, siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan yang baik. Malahan Ombak Dive Resort disalurkan bekalan elektrik selama 24 jam bagi menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini.
Menjamu selera sambil menghadap pantai
Tiada yang lebih indah dapat menikmati hidangan dalam suasana tenang sambil ditemani bayu laut yang nyaman. Anda dapat merasai suasana ini sebaik ke Ombak Cafe. Pelbagai sajian antarabangsa seperti masakan Cina, Itali dan sajian barbeku disediakan oleh Chef Azizul Hakim Mohamed Mokhtar , berpengalaman luas dalam bidang kulinari.
Di sebelah malam pengunjung yang menginap di resort ini boleh menikmati menu pilihan sambil menonton filem yang ditayangkan dan ditemani cahaya bulan . Kesemua menu disediakansecara A’la Carte. Bagi mereka yang hadir dengan jumlah yang ramai, bufet akan dihidangkan dengan minimum 20 pax setiap hidangan.
“ Kami memberi kelainan buat tetamu dengan menyediakan roti secara segar pada setiap hari. Atas permintaan ramai, turut disediakan variasi kek untuk tetamu yang berhasrat merai majlis tertentu di pulau ini,” ujar Chef Azizul.
Tarikan aktiviti
Ombak Divers juga diktiraf sebagai pusat latihan skuba oleh PADI Dive yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman. Buat peminat selam skuba , jangan lepaskan peluang menyelam di sini. Ombak Divers turut menyediakan kelengkapan yang sewajarnya bagi mereka yang ingin merakamkan pemandangan indah di dasar laut.
Pakej snorkeling dengan harga istimewa turut ditawarkan. Jenama Aqualung menjadi pilihan untuk kegunaan snorkeling dan menyelam di dasar laut kerana percaya akan kualitinya. Pengguna yang menginap di sini boleh menyewa peralatan ini dengan harga yang berpatutan.
Secara kesimpulannya, menginap di Ombak Dive Resort menyempurnakan percutian anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut sahaja Pamukkale pasti ramai terbayang dalam fikiran gambar pemandangan indah satu daripada keunikan alam semula jadi di Turki itu.
Untuk ke Pamukkale jika dari Istanbul perjalanan selama 12 jam diperlukan jika menaiki kenderaan darat. Perjalanan jauh itu seolah-olah tidak akan terasa terasa apabila terlihat sebuah gunung putih tersergam di depan mata.
Pamukkale terkenal dengan peninggalan sejarah dan juga keindahan alamnya. Nama Pamukkale juga berasal daripada bahasa Turki yang bermaksud ‘cotton castle’ atau ‘benteng kapas’. Sebuah pemandangan yang luar biasa dibuat ketika air daripada sumber air panas kehilangan karbon dioksida dan mengalir menuruni lereng, meninggalkan endapan membentuk lapisan kalsium karbonat putih.
Dengan ketinggian lebih kurang 200 meter, kawasan ini dihiasi teres yang terbentuk secara semula jadi. Di teres ini ada 17 kolam air panas sekitar 35 darjah Celsius.
Jika berkunjung ke sini di waktu musim dingin tentu saja kawah-kawah air tersebut sebahagian menjadi beku. Namun airnya dirasakan masih tetap hangat panas, sehingga kawasan di sini seperti kelihatan banyak diselimuti kabut putih. Bagi memelihara kawasan ini, pengunjung harus berkaki ayam apabila berada di kawasan ini. Pembinaan hotel dan rumah juga tidak dibenarkan di kawasan sensitif.
Berhampiran Pamukkale terletak perbandaran Rom, Hierapolis. Pada kurun kedua sebelum Masihi, orang Rom membina kawasan mandian spa di Hierapolis kerana mereka percaya air panas ini boleh merawat pelbagai penyakit. Sehingga kini, ramai yang percaya mata air panas di Hierapolis dikatakan memiliki kuasa penyembuhan dan kebanyakan orang datang ke tempat ini sekadar merendam kaki atau mandi.
Menurut sejarah, dulunya dikatakan didirikan oleh Eumenes II, raja Pergamus (197-159 SM), Hierapolis mungkin sebenarnya telah dibentuk abad ke-4 SM oleh raja-raja Seleukus. Nama kota itu mungkin berasal dari Hiera, istri Telephus (anak dari Hercules dan cucu Zeus).Hierapolis telah diserahkan ke Roma pada 133 SM bersama dengan sisa kerajaan Pergamene dan menjadi sebahagian dari wilayah Romawi di Asia. Kota ini dihancurkan oleh gempa bumi di 60 AD, tetapi dibangunkan kembali dan mencapai puncaknya pada abad ke-2 dan ke-3.Di sini anda menemui sisa-sisa runtuhan bangunan, kuil, tembok-tembok, pilar, amphiteather dan kuburan-kuburan tua (necropolis). Hierapolis ini begitu luas dan perlukan anda berjalan selama lebih dari dua jam untuk menjelajahi tempat bersejarah ini.
Travertines adalah batuan kapur atau gunung kapur yang terbentuk dari kalsium karbonat. Batuan putih ini terbentuk secara semula jadi sejak ribuan tahun yang lalu. Daripada kejauhan Travertines kelihatan seperti kolam bertingkat dengan air panas di dalamnya. Keindahan travertines membuat tempat ini selalu dipadati oleh pengunjung.
Kesungguhan kerajaan Turki dalam memelihara Pamukkale tampak berhasil apabila pada 1988, Pamukkale dan kota kuno Hierapolis diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO, sekali gus merancakkan sektor pelancongannya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...