Pertama Kali Camping Di Teluk Batik Campsite, Lumut, Perak. Seronok Layan Bintang Di Langit Dari Dalam Khemah!

Share

Mencipta kelainan menghabiskan masa bersama keluarga dengan mengadakan aktiviti perkhemahan.

Biarpun pertama kali, namun keseronokkan dapat bersama-sama lakukan aktiviti yang lebih menhargai keindahan alam semula jadi.

Bagi salah seorang sahabat di Family Camping Malaysia, Intan D Ayu mengambil kesempatan pergi bercamping bersama keluarga di Teluk Batik Campisite di Lumut Perak.

Walaupun baru pertama kali tetapi seronok dan berpuas hati dengan aktiviti camping yang dilakukan.

Menurutnya suasana malam rasa begitu tenang sambil baring dengan khemah sambil bersaksikan bintang di langit sera mendengar deruan ombak.

Dia turut memberitahu sangat rokemen tempat ini untuk family yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia camping.

Ini kerana lokasi yang selamat kerana ada sistem rondaan pada maktu malam.

Jadi dia turut menyarankan bagi yang nak datang camping di sini, sangat digalakkan untuk finggal 3 hari 2 malam baru betul-betul boleh merasai keseronokkan suasana camping.

Our early. dinner hari pertama. Sambal Udang Petai in da house yo
Khemah utk kami 3 beranak.. Xsangka rupanya seronok camping ni
Layan kopi panas sambil bertemankan bintang dan ombak pantai… Nyamannnnnn je.. Kalau stress sgt digalakkan camping dekat laut.

Terang sbb ada sportlight besar depan ni

Teluk Batik Campsite, Lumut, Perak

Kemudahan Disediakan
– View laut
– Toilet Awam (lepas jam 7ptg free)
– Plug point
– Safety sebab ada rondaan (ada sportlight besar dekat sini jadi kurang sikit rasa takut untuk newbie campers macam saya)
– Line telefon (Celcom kuat…lain² slow sikit)
– Reserved parking (boleh parking dekat khemah)

Tapak khemah
– RM40 sewa tapak (tanpa plug point)
– RM50 sewa tapak dengan plug point

Nasi Lemak Sambal Sotong utk hari ke2..
Malam ke2 kami bbq
Thanks Teluk Batik Campsite for good hospitality sepanjang 3h2m kami di sini
Utk rujukan kawan2 campers yang nak try camping dekat sini..

Artikel Lain:

Hirup Secangkir Kopi Sambil Rasai Suasana Santai & Mendamaikan, Di Kafe Cantik Di Tepian Tasik, Titiwangsa

Selesa Pandu Kereta Sendiri Sepanjang Bercuti. Wanita Kongsi 23 Lokasi Best Dalam Negeri Patut Korang Pergi!

Cadang Pusing New Zealand Guna Campervan, Lelaki Kongsi 11 Tips Berguna Untuk Pertama Kali Travel

IKLAN